Pilihan Bahasa - MY   |   EN
                              

Soalan & Jawapan Lazim Bahagian Daftar Warisan

BIL.

SOALAN

JAWAPAN

1.

Apakah itu warisan?

 

 

 

Hanya sekadar imbasan - Warisan secara umum berkaitan tinggalan atau apa jua berkaitan dengan sesuatu yang diperturunkan dari satu generasi kepada satu generasi. Ianya mengambarkan memori kepada keseluruhan kehidupan sesuatu bangsa yang melambangkan ketamadunan bangsa tersebut.

 

Warisan - di bawah Seksyen 2 Akta 645 - membawa pengertian generik WK, tapak, objek dan warisan di bawah air sama ada disenaraikan atau tidak dalam Daftar.

 

Bererti secara tersiratnya - dapatlah disimpulkan bahawa kita semua merupakan pewaris yang mesti memperjuangkan warisan negara supaya warisan yang ada pada kita hari ini kekal sehingga ke generasi akan datang sama ada warisan kebudayaan ketara atau warisan kebudayaan tidak ketara (ICH) yang merangkumi bangunan, seni budaya, makanan, minuman, objek, tekstil, perubatan, Bahasa dan persuratan, pertahanan diri, permainan dan sebagainya.

 

2.

Apakah peranan Jabatan Warisan Negara dalam pemuliharaan dan pemeliharaan warisan negara.

Peranan JWN - adalah selaras dengan apa yang terkandung dalam Akta 645:

 

1.         Menguatkuasakan Akta 645 dan Garis Panduan Warisan - JWN juga mengeluarkan garis panduan berkaitan warisan termasuklah Garis Panduan Pemuliharaan Bangunan Warisan. Malah JWN juga mengambil kira Akta dan Garis Panduan Jabatan/Agensi lain yang ada menyentuh tentang warisan seperti Akta 172, Jabatan Perhutanan, Perhilitan, Enakmen Negeri-negeri serta garis panduan PBT seperti di bawah DBKL dan sebagainya.

 

2.         Mengiktiraf melalui pewartaan warisan negara - mana yang diwartakan akan didaftarkan dalam Buku Daftar yang diwujudkan di bawah Akta 645 yang berada di JWN. Malah setiap 2 atau 3 tahun sekali JWN akan mengadakan Majlis Pengisytiharan WK-dimana warisan negara yang mempunyai signifikan dan justifikasi yang besar terhadap masyarakat dan negara akan diisytiharkan oleh YB Menteri Pelancongan dan Kebudayaan sebagai WK

 

3.         Melaksana pemuliharaan, pemeliharaan, perlindungan, pembangunan, pemantauan serta mempromosikan warisan negara. Ianya untuk memastikan warisan negara dipulihara dan diletakkan pada tempat yang selayaknya.

 

4.         Menerbitkan bahan ilmiah atau separa ilmiah untuk rujukan masyarakat, pelajar sekolah dan IPTA malah penyelidik luar turut digiatkan oleh JWN. Ia juga dilaksanakan menerusi NBOS-JWN telah mewujudkan kerjasama dengan sektor swasta, NGO, penyelidik IPTA dalam meneruskan usaha ini. MoU dan kerjasama pintar juga diadakan dalam menjayakan misi bahan penerbitan tersebut termasuk warisan ketara dan tidak ketara- Seperti dengan Think City, UMK, IPTA-IPTA lain

 

5.         Pengiktirafan oleh badan antarabangsa seperti UNESCO, ISESCO dll - sekaligus menjadi wadah pemasaran, promosi kepada dunia luar untuk datang melihat dan menikmati warisan yang diiktiraf tersebut. Manfaatnya akan melimpah kepada rakyat dan negara - dari segi penghormatan, ekonomi, khidmat nasihat pakar dan mungkin juga sumbangan pihak-pihak luar dan dalam negara dalam mempertingkatkan lagi kemudahan asas atau lain-lain keperluan terhadap pengiktirafan tersebut.

 

6.         Program-program kesedaran dan pengembangan - melibatkan penyertaan di kalangan masyarakat umum, para pelajar sekolah, pelajar IPTA dan lain-lain. Contoh: bengkel warisan mak yong, bengkel khat Jawi, Jejak Warisan Merdeka, bicara warisan oleh tokoh-tokoh Bahasa dan persuratan, terlibat dalam program Hari UNESCO, Nilai-Nilai Murni dan sebagainya.

 

Objektif utama - meningkatkan kesedaran peserta agar lebih menghargai warisan, mencintai warisan, mengamalkan seterusnya mewariskan kepada anak cucu.

 

3.

Apakah skop warisan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645]?

 

(Akta 645) – menetapkan warisan kepada 2 status iaitu Warisan (W) dan Warisan Kebangsaan (WK). Semua butiran akan diiktiraf sebagai W terlebih dahulu.

-          Kemudian mana-mana butiran W – yg mempunyai signifikan dan justifikasi yang penting kepada negara akan diiktiraf sebagai WK.

-          W dan WK ini – terdiri daripada tapak warisan (bangunan/monumen, semulajadi dan arkeologi), objek warisan ketara, kebudayaan tidak ketara serta warisan kebudayaan di bawah air.

-          Tetapi keistimewaan kepada Tokoh Orang Hidup – diiktiraf oleh YB Menteri sebagai WK Orang Hidup – bererti bahawa tokoh tersebut memang bernilai warisan yang tinggi kepada masyarakat dan negara.

-          WK Orang Hidup ini merupakan individu yang ketokohannya dalam bidang warisan jelas tersohor, hidupnya tertumpu kepada pengamalan dan memperturunkan kepandaian warisan yang dimilikinya kepada generasi muda.

-          Untuk pengetahuan semua hanya (Akta 645) setakatnya ini di dunia yang mengiktiraf Orang Hidup melalui perundangan negara.

 

4.

Bagaimanakah proses pencalonan Warisan?

 

-       Untuk makluman pendengar, sesiapa sahaja boleh mencalonkan mana-mana tapak, objek, warisan kebudayaan bawah air, warisan kebudayaan tidak ketara serta Tokoh Orang Hidup sebagai Warisan/ Warisan Kebangsaan untuk diiktiraf melalui pewartaan di bawah (Akta 645) dengan mengisi borang pencalonan yang boleh didapati di laman sesawang JWN atau boleh terus menghubungi JWN.

-       Antara maklumat yang diperlukan dalam mengisi borang pencalonan tersebut adalah seperti keterangan butiran yang hendaklah dicalonkan, sejarah, peta kedudukan (tapak), pemilik, nilai warisan berdasarkan kepada kriteria di bawah Seksyen 67 (2) Akta 645, dokumen rasmi berhubung pemilikan tanah dan sebagainya.

-       JWN akan membuat penyelidikan dan penilaian bagi menentukan kepentingan dan signifikan warisan di bawah Akta 645.

 

5.

Apakah kriteria untuk pencalonan Warisan? 

 

-          Terdapat 9 kriteria digariskan di bawah Seksyen 67 (2) Akta 645 dan sudah memadai sekiranya butiran tersebut mempunyai salah satu daripada kriteria yang dinyatakan. Namun jika ianya tersebut melebihi 1 kriteria - maka sudah pastilah ianya merupakan sesuatu yang penting kepada masyarakat dan negara.

 

-          Kriteria:

 

a)    Sejarah - tentulah kriteria penting yang mesti diambil kira terutama tapak, objek, warisan kebudayaan, bawah air mahupun semulajadi.

 

b)    Ciri reka bentuk @ estetik - termasuk pada bangunan, semulajadi, objek ketara dll.

 

c)    Pembaharuan atau pencapaian saintifik @ teknikal

 

d)    Hubungan sosial @ kebudayaan - tapak tersebut melambangkan atau mempunyai tinggalan atau bukti wujudnya hubungan dengan sosial dan budaya masyarakatnya baik peringkat dalaman atau pun dengan negara luar:

 

e)    Potensi untuk mendidik, menjelaskan atau menyediakan penyiasatan lanjut berhubung dengan Warisan Kebudayaan Malaysia.

 

f)     Kepentingan dalam mempamer kekayaan, kepelbagaian atau integrase bentuk yang luar biasa;

 

g)    Jarang tidaknya atau Keunikan warisan semula jadi, warisan kebudayaan ketara atau tidak ketara atau warisan kebudayaan di bawah air;

 

h)    Gambaran bentuk suatu tapak atau objek sebagai sebahagian daripada kelas atau jenis suatu tapak atau objek;

 

i)      Apa-apa perkara lain yang berkaitan dengan penentuan warisan kebudayaan yang penting .

 

-          Majlis Warisan Kebangsaan telah menubuhkan 13 JK Pakar bagi membantu PJW dalam hal-hal berkaitan penentuan kriteria, layak atau tidaknya sesuatu tapak itu diangkat sebagai Warisan.Pencalonan warisan yang diterima akan dijalankan kajian lanjutan – dan dibentangkan kepada JK Pakar yang berkaitan untuk diperhalusi dan membuat syor kepada PJW.

 

6.

Bagaimana proses pewartaan dijalankan?

 

Setelah Pesuruhjaya Warisan (PJW) berpuas hati dan memuktamadkan keputusannya untuk mengangkat sesuatu butiran warisan, barulah proses pewartaan dimulakan.

Tapak Warisan

-          Sek. 24 (Akta 645) – memperuntukan bahawa PJW boleh menetapkan mana-mana tapak yang mempunyai warisan semulajadi atau warisan kebudayaan yang penting menjadi tapak warisan.

-          Walau bagaimanapun, keizinan Pihak Berkuasa Negeri (PBN) perlu diperoleh terlebih dahulu sebelum sebarang penetapan dibuat.

-          Proses penetapan tapak sebagai Warisan oleh PJW – menjangkau tempoh antara 6 bulan hingga 18 bulan.

-          Tertakluk kepada peringkat proses yang dilalui. Sekiranya berjalan lancar dan segala dokumen yang dikehendaki lengkap, biasanya dalam tempoh 6 bulan siap diwartakan.

-          Walau bagaimanapun, proses ini seringkali mengambil masa terutamanya di peringkat mendapatkan keizinan PBN.

-          Malah ada yang mengambil masa bertahun – dan ada yang belum mendapat keizinan sehingga saat ini walaupun PJW telah memohon sejak tahun 2008 lagi.

-          Setiap tahun, JWN akan mengulangi permohonan tersebut kepada PBN dengan harapan akan mendapat khabar positif.

-          Setelah keizinan PBN diperoleh – Notis tentang niat untukmendaftarkan tapak sebagai tapak warisan akan dihantar kepada Pemunya tapak.

-          Untuk makluman, pemunya tapak dikenalpasti melalui Carian Rasmi dan Pengesahan daripada Pejabat Tanah berkaitan.

-          Notis Niat tersebut akan disiarkan didalam akhbar (Utusan Malaysia dan The New Strait Time).

-          Pemunya tapak atau mana-mana orang lain yang terjejas atau berkemungkinan akan terjejas oleh penetapan tapak tersebut sebagai tapak warisan – boleh membuat bantahan kepada PWJ dalam masa 30 hari dari tarikh penyiaran notis tersebut.

Peringkat bantahan – sekiranya ada sekalipun bantahan daripada mana-mana pihak berkepentingan – akan melalui proses pendengaran dan PJW akan membuat keputusan dalam tempoh masa yang ditetapkan selaras Akta 645.

-          Sekiranya PJW telah membuat keputusan untuk meneruskan penetapan sebagai tapak W selepas pendengaran – maka pihak yang tidak berpuas hati boleh membuat rayuan kepada YB Menteri dan apa jua keputusan YB Menteri terhadap rayuan itu adalah muktamad.

-          Meneruskan penetapan / atau tidak meneruskan penetapan.

 

7.

Apakah implikasi pewartaan dibawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645]

 

Tapak

 

1-    Merupakan suatu penghormatan - negara ke atas tapak tersebut, kepada PBN dan PBT – bahkan masyarakat setempat

 

2-    Tidak menjejaskan – milikan, jagaan dan pentadbiran tapak – Kerajaan Pusat tidak akan mengambil sebarang pemilikan tanah atau tapak bahkan kekal di bawah pemilik rasmi sebagaimana tercatat di dalam Carian Rasmi masing-masing.

 

3-    Sebarang cadangan kerja-kerja Pemuliharaan di tapak warisan – mestilah berpandukan Pelan Pengurusan Pemuliharaan (CMP) – ini penting bagi memastikan integriti dan keaslian tapak kekal terpelihara dan cadangan pemuliharaan dapat diharmonikan dengan persekitaran warisan.

 

4-    Pengiktirafan pastilah seterusnya menjadi aset pelancongan dan pendidikan – tumpuan pelawat dari dalam dan luar negara – menjana ekonomi terutama pendapatan kepada industry players berkaitan heritage tourism ini.

 

5-    Pemunya boleh mengenakan fi masuk – (Akta 645) jelas menyatakan perkara tersebut dan pemunya mesti merujuk perkara ini terlebih dahulu dan mnedapatkan nasihat bertulis daripada PJW – ini bagi memastikan keharmonian tapak warisan serta sekitarnya dan kadar fi masuk yang bakal dikenakan tidak menjejaskan pelawat.

 

JABATAN WARISAN NEGARA
Blok A dan B, Bangunan Sultan Abdul Samad,
Jalan Raja 50050 Kuala Lumpur

No. Tel : 03 - 2612 7200
No. Faks : 03 - 2604 4900
Emel : info@heritage.gov.my

Ikuti Kami di Sosial Media

Income Tax Planning

    View Service