JABATAN WARISAN NEGARA
Aras Mezanin, 15-20,
Menara Permodalan Nasional Berhad (PNB),
No. 201-A, Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Emel : info@heritage.gov.my
PESURUHJAYA WARISAN
(a) Untuk menentukan penetapan tapak, pendaftaran objek dan warisan kebudayaan di bawah air;
(b) untuk mewujudkan dan menyenggarakan Daftar dan untuk menentukan dan menetapkan kategori warisan yang hendak disenaraikan dalam Daftar;
(c) untuk mengawasi dan menyelia pemuliharaan, pemeliharaan, pembaikpulihan, penyenggaraan, penggalakan, pemameran dan kemudahan akses warisan;
(d) untuk menggalakkan dan memudahkan apa-apa penyelidikan yang berhubungan dengan warisan;
(e) untuk membenarkan, memantau dan mengawasi penggalian bagi maksud warisan;
(f) untuk menyenggarakan dokumen-dokumen yang berhubungan dengan apa-apa penggalian, penjelajahan, penjumpaan atau pencarian warisan;
(g) untuk menubuhkan dan menyenggarakan perhubungan dan kerjasama dengan Pihak Berkuasa Negeri berkenaan dengan pemuliharaan dan pemeliharaan perkara-perkara warisan;
(h) untuk menasihati dan menyelaraskan dengan pihak berkuasa perancang tempatan, Majlis dan badan dan entiti lain di semua peringkat bagi maksud melindungi, menggalakkan dan berurusan dengan apa-apa warisan;
(i) untuk menggalakkan dan mengawal selia standard dan amalan yang terpakai dalam pemuliharaan dan pemeliharaan warisan;
(j) untuk menasihati Menteri berhubung dengan apa-apa perkara berkenaan dengan pemuliharaan dan pemeliharaan warisan;
(k) untuk melaksanakan apa-apa fungsi lain di bawah Akta ini sebagaimana yang diberikan oleh Menteri dari semasa ke semasa; dan
(l) untuk melakukan semua perkara yang bersampingan dengan atau berbangkit daripada penunaian kuasa dan fungsinya.
Tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, kuasa Pesuruhjaya adalah seperti yang berikut:
(a) untuk membuat kontrak;
(b) untuk memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati tiap-tiap jenis harta alih dan harta tak alih;
(c) untuk memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadai janji, mendemis, menyerahhakan semula, memindahkan hakmilik, atau selainnya melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai apa-apa harta alih atau harta tak alih dan apa-apa kepentingan dalam apa-apa harta alih atau tak alih, yang terletak hak pada Pesuruhjaya; dan
(d) untuk melakukan semua perkara yang semunasabahnya perlu bagi pelaksanaan kewajipannya di bawah Akta ini.
1. YBhg. Profesor Emeratus Datin Paduka Zuraina Majid
(April 2006 – Mei 2014)
2. YBhg. Dato’Dr. Zainah binti Ibrahim
(Jun 2014 – Jun 2019)
3. YBrs. Tuan Haji Mesran bin Mohd. Yusop
(Mei 2019 – Jan 2021)
4. YBrs. Mohd. Azmi bin Mohd Yusof
(Feb 2021 – sehingga sekarang)
JABATAN WARISAN NEGARA
Aras Mezanin, 15-20,
Menara Permodalan Nasional Berhad (PNB),
No. 201-A, Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Emel : info@heritage.gov.my