Pilihan Bahasa   

MS
Icon 11 Icon 10 Icon 1 Icon 9 Icon 2 Icon 3 Icon 4 Icon 5 Icon 6 Icon 7 Gmail Icon
dzul-search

Bukit Choras - Yan, Kedah

Candi ini terletak di Bukit Choras, Yan, Kedah. Tapak arkeologi Bukit Choras telah dilaporkan buat kali pertamanya oleh James Low pada pertengahan kurun ke-19. Beliau telah merekodkan tinggalan binaan bata di puncak bukit tersebut yang dipercayai merupakan sebuah candi. Seterusnya, H. G. Quaritch-Wales telah menjalankan penyelidikan arkeologi di tapak ini pada tahun 1937. Beliau mempertarikhkan tapak tersebut pada kurun ke-6 Masihi berdasarkan kepada bentuk dan dimensi bata laterit yang dibandingkan dengan tapak-tapak di Selatan Thailand. Turut ditemui inskripsi agama Buddha yang diukir pada sekeping batu sabak berbentuk segi empat tepat di bukit tersebut dengan empat baris tulisan yang menggunakan aksara India Selatan.

Pada tahun 2023, penyelidikan arkeologi di tapak ini telah dijalankan secara sistematik oleh pasukan penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Nasha Rodziadi Khaw dengan kerjasama Jabatan Warisan Negara. Ekskavasi telah mendedahkan struktur kompleks seperti candi yang dipercayai berusia kira‑kira 1,200 tahun, beserta patung Buddha bersaiz sebenar, prasasti berbahasa Pallava dan artifak tembikar, menunjukkan fungsi tapak sebagai pusat keagamaan dan kebudayaan pada zaman dahulu.

 

 
 

JABATAN WARISAN NEGARA
Aras Mezanin, 15-20,
Menara Permodalan Nasional Berhad (PNB),
No. 201-A, Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Emel : info@heritage.gov.my

Jumlah Pelawat :

Pilihan Bahasa :
Melayu | English

Peta Laman
dzul-search