Pilihan Bahasa - MY   |   EN
                              

Seni Halus

Busana

Busana boleh diertikan sebagai pakaian lengkap lagi indah buatannya. Manakala berbusana membawa maksud berpakaian lengkap.



Gambar 1:Baju Kurung Telok Belanga

Tekstil

Tekstil boleh diertikan sebagai kain atau barang tenun yang diperbuat daripada benang. Bahan tenun yang digunakan boleh terdiri daripada benang kapas, benang sutera, benang emas dan sebagainya.

 

Songket

Satu teknik menyungkit dengan menggunakan lidi buluh ataupun bilah nibung melalui benang loseng (warp) di permukaan alat tenun atau kei. Songket merupakan sejenis kain yang biasanya ditenun tangan, dan mempunyai corak yang rumit dan diperbuat daripada benang emas atau perak. Perkataan songket juga bermaksud membawa keluar atau menarik benang daripada kain atau menenun menggunakan benang emas dan perak. Proses ini dilakukan selepas menyediakan benang ‘karat butang’ bertujuan untuk membuat reka corak ataupun sulaman benang emas, atau perak.

Pembuatan kain songket ini dipercayai diilhamkan daripada proses pembuatan kain-kain oleh pedagang-pedagang India yang menggunakan teknik ‘ikat’. Teknik ini amat sukar dan memerlukan kepakaran serta ketekunan yang tinggi. Mereka ini telah membawa masuk bahan mentah seperti benang emas, perak serta sutera di samping kain-kain yang telah siap ditenun.

Songket mempunyai nilai sejarah yang tinggi sebagai fabrik warisan agung. Selain mengangkat martabat si pemakai, motif dan warna tenunan songket melambangkan kedudukan seseorang.

 

Gambar 2:       Kain Songket benang emas yang dihiasi dengan reka corak menarik



Gambar 3:       Kerja-kerja pembuatan kain songket menggunakan kei (kek)



Seni Hias Diri
 

Ikatan Samping

Kain samping atau ‘samping’ menurut Kamus Dewan sebagai kain sarung yang dipakai selepas memakai seluar pada (pakaian Melayu) dan biasanya dari paras pinggang hingga paras lutut sahaja. Samping pula merujuk kepada ‘rusuk’. Kain samping, kadang kalanya menggunakan kain sarung sahaja. Kain samping ini juga sebagai ‘sampingan’ atau pelengkap dalam pemakaian baju Melayu.Ia dianggap sebagai salah satu bahagian penting dan menjadi pelengkap kepada lelaki Melayu semasa memakai pakaian tradisi baju Melayu. Ia diikat dari paras pinggang hingga jatuh ke aras lutut sahaja. Namun, ia dikecualikan kepada kanak-kanak lelaki kerana ia didapati lebih sesuai jika tidak bersamping.

 

JABATAN WARISAN NEGARA
Blok A dan B, Bangunan Sultan Abdul Samad,
Jalan Raja 50050 Kuala Lumpur

No. Tel : 03 - 2612 7200
No. Faks : 03 - 2604 4900
Emel : info@heritage.gov.my

Ikuti Kami di Sosial Media

Income Tax Planning

    View Service