POLISI PRIVASI
Jabatan Warisan Negara menghormati privasi pengguna yang melayari portal ini. Sebarang maklumat peribadi yang dikemukakan melalui borang, e-mel atau perkhidmatan dalam talian hanya akan digunakan bagi tujuan yang berkaitan dengan urusan, pertanyaan atau perkhidmatan yang dimohon oleh pengguna.
Maklumat peribadi pengguna tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak ketiga kecuali dengan kebenaran pengguna atau apabila diperlukan oleh undang-undang. Walau bagaimanapun, pengguna dinasihatkan supaya berhati-hati ketika menghantar maklumat melalui internet kerana penghantaran data secara dalam talian tidak dapat dijamin sepenuhnya selamat.
Portal ini mungkin merekodkan maklumat teknikal asas seperti alamat IP, jenis pelayar, tarikh dan masa capaian serta halaman yang dilawati bagi tujuan statistik, pemantauan keselamatan dan penambahbaikan perkhidmatan. Maklumat tersebut tidak digunakan untuk mengenal pasti pengguna secara peribadi.
Jabatan Warisan Negara berhak meminda polisi privasi ini dari semasa ke semasa selaras dengan keperluan semasa, perubahan teknologi atau peraturan yang berkuat kuasa. Pengguna digalakkan menyemak halaman ini secara berkala untuk mengetahui sebarang perubahan.