Pilihan Bahasa   

MY
                              

Bil.

Perkara

Tarikh

Penganjur

Tempat

Butiran

1.

Pesta Makanan Tradisi Lenggong

10-11 Januari 2014

Majlis Daerah Lenggong

Dataran Lenggong, Lenggong, Perak

Tapak Arkeologi Lenggong, Perak telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 2012. Pengktirafan ini menjadikan Lenggong lebih dkenali dimata dunia dan menjadi tumpuan pelancong. Walau bagaimanapun, makanan warisan tempatan juga telah menjadi tarikan utama pelancong luar mahupun tempatan ke sini. Bagi tujuan mempromosikan makanan tempatan Lenggong sebagai salah satu tarikan, program ini yang  disertai 19 kampung di daerah Lenggong telah diadakan dengan mengenengahkan masakan-masakan warisan daerah Lenggong kepada orang ramai.  

2.

Big Kitchen Festival 2015

29-31 Mei 2015

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

Pengisian Festival ini termasuklah pembentangan kertas kerja oleh pakar-pakar kulinari dalam dan luar negara, jualan pelbagai produk makanan tempatan dan pertandingan kulinari.

Jabatan Warisan Negara dipertanggungjawabkan dalam penyediaan pameran dan jualan makanan warisan.

Festival ini telah dirasmikan oleh Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajjah Haminah.

3.

Festival Nasi Ambeng 2016

16 -17 April 2016

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN)

Homestay Banghuris, Sungai Pelek, Selangor

Festival Nasi Ambeng diadakan untuk menarik para pelancong dalam dan luar negeri untuk sama-sama menikmati keenakan dan keunikan hidangan Nasi Ambeng yang merupakan makanan warisan masyarakat Jawa. Pengunjung boleh berkongsi pengalaman menikmati hidangan Nasi Ambeng secara tradisional iaitu makan sedulang berkongsi empat orang dengan duduk bersila.

4.

Karnival Makanan Warisan 1Malaysia

26-28 Mac 2016

Kementerian Wilayah Persekutuan dan DBKL

Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur

Karnival yang julung-julung kali diadakan ini telah menghimpunkan lebih kurang 100 penggerai dan penjaja serta 20 foodtruck dari seluruh negara yang menampilkan makanan warisan dari negeri masing-masing serta makanan pelbagai kaum masyarakat Malaysia. Terdapat juga makanan dari Sabah dan Sarawak yang jarang dijumpai oleh masyarakat di Semenanjung seperti ambuyat, umai, celorot dan laksa Sarawak.

5.

Kongres Makanan Warisan 2019

23-24 April 2019

Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan, UiTM

Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM

Pembentangan kertas kerja berkaitan makanan warisar dari pelbagai aspek dan pameran berkaitan makanan warisan disertai perlbagai agensi kerajaan dan swasta. 

6.

Makanan Hampir Pupus sempena Promosi Ramadan

13 April -12 Mei 2021

Restoran OpenHouse, KLCC

Restoran OpenHouse, KLCC

Pihak Retoran OpenHouse KLCC telah bekerjasama dengan JWN untuk menampilkan beberapa menu makanan warisan seperti sup nelayan, gulai lemak ikan patin, rendang tok daging rusa dan lain-lain sempena promosi Ramadhan restoran berkenaan.

7.

Malaysia Culinary World Cup 2023

21 – 23 Feb. 2023

Malaysia Bersatu Culinary Association

Pusat Dagangan Dunia  (WTC) Kuala Lumpur

Pertandingan memasak pertama terbesar di Malaysia dengan penyertaan lebih kurang  650 peserta tempatan dan antarabangsa, terdiri daripada profesional dan amatur, Pertandingan selama 3 hari ini menampilkan 9 kategori utama dan 63 subkategori termasuk 40 kategori masakan tempatan.

 

JABATAN WARISAN NEGARA
Blok A dan B, Bangunan Sultan Abdul Samad,
Jalan Raja 50050 Kuala Lumpur

No. Tel : 03 - 2612 7200
No. Faks : 03 - 2604 4900
Emel : info@heritage.gov.my

Jumlah Pelawat :

Income Tax Planning

    View Service