Pilihan Bahasa   

MY
Icon 11 Icon 10 Icon 1 Icon 9 Icon 2 Icon 3 Icon 4 Icon 5 Icon 6 Icon 7 Gmail Icon

Fungsi Bahagian Daftar Warisan

  1. Bertanggungjawab memastikan khazanah warisan negara didaftar dan direkod dengan sistematik dalam Buku Daftar Warisan Kebangsaan;
  2. Menjalankan penyelidikan dan pendokumentasian berterusan untuk menentukan signifikasi butiran warisan;
  3. Melaksanakan penguatkuasaan Akta Warisan Kebangsaan 2005 untuk melindungi dan memulihara kesinambungan warisan negara;
  4. Memberi taklimat dan penerangan kepada semua pihak termasuk kerajaan negeri berkaitan akta warisan;
  5. Bahagian ini dibahagikan kepada dua cawangan iaitu Cawangan Pewartaan dan Cawangan Penguatkuasaan; dan
  6. Keurusetiaan bagi:
    • Mesyuarat Majlis Warisan Kebangsaan;
    • Mesyuarat Jawatankuasa Pakar Warisan Seni Bina dan Landskap, Semula jadi, Geologi, Objek Ketara & Seni Halus;
    • Mesyuarat Jawatankuasa Kumpulan Wang Warisan; dan
    • Mesyuarat Jawatankuasa Kebenaran Merancang.

FUNGSI PEJABAT ZON SELATAN

Fungsi Pejabat Zon Selatan adalah seperti berikut:

 

  1. Menjadi perantara pihak Jabatan dengan pihak berkepentingan termasuk penduduk setempat dan pemilik-pemilik tapak, objek Warisan dan Warisan Kebangsaan.
  2. Melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan, pemantauan dan pembangunan tapak-tapak warisan yang telah diwartakan dibawah Akta Warisan Kebangsaan 2005.
  3. Menjalankan penyelidikan dan penyebaran maklumat berkenaan warisan ketara dan tidak ketara untuk tujuan daftar inventori sebelum diangkat sebagai Warisan dan Warisan Kebangsaan.
  4. Merancang dan melaksanakan program serta aktiviti pengembangan warisan dalam usaha memupuk kesedaran masyarakat untuk memelihara khazanah warisan negara.
  5. Menyelaras operasi harian Galeri Warisan Kota Melaka termasuk mengadakan taklimat dan lawatan berpandu.
  6. Memantau, memelihara dan mempromosikan Tapak Warisan Dunia Melaka.
  7. Membantu kerja-kerja konservasi dan kerja penyelidikan arkeologi yang dijalankan di peringkat zon selatan.

 

KRONOLOGI PENUBUHAN & PERJAWATAN JWN ZON SELATAN

2007
JWN telah menempatkan 4 orang kakitangan terdiri daripada 1 Penolong Kurator Gred S27/32, 2 Pembantu Muzium Gred S17/22 dan 1 Pemandu H11 (Kontrak) secara sementara bagi memantau dan membantu pelaksanaan Kerja-kerja eskavasi dan pembinaan semula Bastion Middleburg pada tahun 2007.
 
2010
Cadangan pewujudan perjawatan tetap di Pejabat Zon / Negeri Jabatan Warisan Negara melalui kaedah pindah butiran perjawatan Ibu Pejabat Jabatan telah mendapat kelulusan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Khas bagi Mengkaji Jawatan-jawatan Tingkatan Tertinggi (JKTT) Bil. 4/2010 yang bersidang pada 16 Ogos 2010.
 
  
Kementerian Kewangan telah mengeluarkan Waran Perjawatan Bil. S197 bertarikh 25 Ogos 2010 yang berkuatkuasa pada 16 Ogos 2010 melibatkan perjawatan JWN Zon Selatan seperti berikut :
 
a)   1 Ketua Zon, Kurator Gred S48,
b)   1 Penolong Kurator Gred S27/32, dan
c)   2 Pembantu Muzium Gred S17/22
 

2014

Penyusunan  semula struktur organisasi JWN melibatkan Zon Selatan selaras dengan kepentingan yang dimainkan oleh Pejabat Zon diperingkat Kerajaan Negeri. Penyusunan organisasi ini telah melibatkan pertambahan bilangan perjawatan kepada perjawatan sedia ada, seperti berikut :

 a)   1 Kurator Gred S41/44,

b)   1 Penolong Kurator Gred S27/32, dan

c)   1 Pembantu Muzium Gred S17/22

 

LATAR BELAKANG JWN ZON SELATAN

Jabatan Warisan Negara ditubuhkan pada 1 Mac 2006, dan bertanggungjawab untuk memulihara, memelihara, melindungi dan mempromosikan kekayaan khazanah warisan Malaysia. Jabatan ini mempunyai peranan seperti yang termaktub dalam Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645]. Maka berdasarkan Akta tersebut, Jabatan melaksanakan penyelidikan, arkeologi, konservasi bangunan dan monumen, pewartaan dan penguatkuasaan, warisan tidak ketara dan warisan semulajadi.
 
Jabatan ini terus berkembang dengan mewujudkan Pejabat Zon Selatan (JWN Zon Selatan) secara berperingkat sejak 2007 selari dengan kepentingan peranan yang dimainkan oleh pihak jabatan diperingkat Kerajaan Negeri. JWN Zon Selatan secara dasarnya bertanggungjawab dalam menjalankan fungsi teras jabatan meliputi Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.

KRONOLOGI PEMBANGUNAN

  • Dibina pada tahun 1999 – 2000

 

  • Dikenali sebagai Muzium Arkeologi Lenggong, ia dibuka untuk kunjungan awam pada tahun 2001 dengan pengisian Pameran Sementara.

 

  • Kerja-kerja mereka bentuk dalaman dan pengisian bermula pada tahun 2001 dan siap pada 2003.

 

  • Muzium ini kemudian dikendalikan oleh Jabatan Warisan Negara,di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, dan dinamakan Galeri Arkeologi Lembah Lenggong

 

  • Lembah Lenggong diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia pada 30 Jun 2012 oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, UNESCO.

JABATAN WARISAN NEGARA
Aras Mezanin, 15-20,
Menara Permodalan Nasional Berhad (PNB),
No. 201-A, Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Emel : info@heritage.gov.my

Jumlah Pelawat :

Pilihan Bahasa :
Melayu | English

Peta Laman