Pilihan Bahasa   

MY
                              

Ahli Majlis
Warisan Kebangsaan

Tempoh Jawatan

Tertakluk kepada seksyen 13, anggota yang dilantik di bawah perenggan 10 (a) atau (g) hendaklah, melainkan jika dia meletakkan jawatannya terlebih dahulu atau pelantikannya terlebih dahulu dibatalkan, memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri pada masa pelantikannya dan adalah layak untuk dilantik semula.

Pembatalan pelantikan dan peletakan jawatan anggota

(1) Pelantikan anggota di bawah perenggan 10(a) atau (g) boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh Menteri.

(2) Seorang anggota yang dilantik di bawah perenggan 10(a) atau (g) boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan memberikan empat belas hari notis bertulis yang ditujukan kepada Menteri.

Pengosongan Jawatan

(a) dia meninggal dunia;

(b) telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan –

(i) kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;

(ii) kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau

(iii) apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda) selama lebih daripada dua tahun;

(c) dia menjadi bankrap;

(d) dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan kewajipannya;

(e) dia tidak menghadiri mesyuarat Majlis tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi dan dalam hal Pengerusi tanpa kebenaran Menteri;

(f) peletakan jawatannya diterima oleh Menteri; atau (g) pelantikannya dibatalkan oleh Menteri.

Pengisian Kekosongan

Jika anggota yang dilantik di bawah perenggan 10(a) atau (g) terhenti menjadi anggota Majlis, Menteri boleh melantik seorang lain untuk mengisi kekosongan bagi baki tempoh anggota yang mengosongkan jawatan itu dilantik.

Senarai Ahli Majlis Warisan Kebangsaan 2023 - 2025

YBHG. PROFESOR EMERITUS DATO’ DR. IBRAHIM BIN KOMOO (PENGERUSI)
Pengerusi
Lembaga Pengarah Universiti
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang
Selangor Darul Ehsan

YBHG. DATO'S ROSLAN TAN SRI ABDUL RAHMAN (AHLI)
Ketua Setiausaha
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Aras 17, No. 2 Menara 1,
Jalan Presint p5/6, Presint 5
62200 Putrajaya

YBHG. DATUK KAMARUL BAHARIN BIN A. KASIM (AHLI)
Ketua Pengarah
Jabatan Muzium Malaysia

YBRS. MOHAMAD MUDA BIN BAHADIN (AHLI)
Pesuruhjaya Warisan
Jabatan Warisan Negara

YBHG. TPR DR. ALIAS BIN RAMELI (AHLI)
Ketua Pengarah
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (PLANMalaysia)

YBHG. PROF. EMERITUS DATO’ DR. MOHD GHOUSE BIN NASURUDDIN (AHLI)
Pensyarah Universiti
Pusat Pengajian Seni, Universiti Sains Malaysia (USM)

YBHG. PROFESOR DATO' DR. TEO KOK SEONG (AHLI)
Pensyarah Universiti
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

YBRS. PROF. DR. A. GHAFAR BIN AHMAD (AHLI)
Pensyarah Universiti
Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan, Universiti Sains Malaysia (USM)

YBRS. DR. MANIMARAN A/L SUBRAMANIAM (AHLI)
Pensyarah Universiti
Universiti Malaya (UM)

YBRS. ENCIK ARIF BIN ABD. HAMID (AHLI)
Pengarah
Jabatan Muzium Negeri Sabah

YBRS. PUAN NANCY HAJI JOLHI (AHLI)
Pengarah
Jabatan Muzium Negeri Sarawak

YBRS. ENCIK TANG AH CHAI (AHLI)
Pengerusi
Persatuan Sahabat Warisan Kuala Lumpur dan Selangor

JABATAN WARISAN NEGARA
Blok A dan B, Bangunan Sultan Abdul Samad,
Jalan Raja 50050 Kuala Lumpur

No. Tel : 03 - 2612 7200
No. Faks : 03 - 2604 4900
Emel : info@heritage.gov.my

Jumlah Pelawat :

Ikuti Kami di Sosial Media

Income Tax Planning

    View Service