JABATAN WARISAN NEGARA
Aras Mezanin, 15-20,
Menara Permodalan Nasional Berhad (PNB),
No. 201-A, Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Emel : info@heritage.gov.my

Kubu Margherita di bina pada 1878 dan siap pada tahun 1879 dengan jumlah kos 8,100 Dolar Spanish. Terletak di atas tebing Sungai Sarawak mengadap Pekan Kuching berhampiran kediaman Brooks. Tempat ini dikelilingi oleh Kampung Melayu. Kubu ini dinamakan 'Fort Margherita' bersempena nama isteri Charles Brook, Rajah kedua Sarawak iaitu Ranee Margaret.. Dengan kedudukan yang strategik di atas bukit mengadap lencongan Sungai Sarawak, kubu ini berperanan sebagai tempat pertahanan utama Rajah Brooke yang menghadapi tentangan berterusan dari penduduk pribumi.
Pada tahun 1932, kubu ini pernah dijadikan sebagai pusat Renjer Sarawak. Pada asalnya iaitu sebelum tahun 1934 hanya terdapat bilik tahanan tetapi telah ditambah menjadi kubu. Kubu ini juga pernah dijadikan sebagai pengkalan bagi tentera Jepun pada tahun 1941. memandangkan bangunan ini mempunyai nilai sejarah yang tinggi, pada tahun 1971 kubu ini telah disenaraikan sebagai Bangunan Bersejarah Sarawak di bawah Antiquities Ordinance (Ordinan Warisan Bandaraya Sarawak, 1993).
Kubu ini berbentuk bangunan segi empat dibina dari batu-bata berplaster. Ia mempunyai 3 tingkat iaitu tingkat bawah berlantai tanah untuk kawalan dan bilik tahanan. Tingkat 1 dan 2 berlantai kayu belian untuk ruang kediaman tentera. Manakala bahagian bumbung merupakan tempat kawalan. Tangga putar (spiral staircase) daripada kayu belian dan bertiang besi terletak disatu penjuru menghubungkan setiap aras sehingga ke bumbung. Menara tangga ini lebih tinggi dari bumbung untuk pengawal meninjau jarak yang lebih jauh.
Akibat serangan yang lebih hebat dari penduduk pribumi, kubu ini telah diperbesar pada tahun 1934 dengan membina tembok tinggi yang bersambung dengan bangunan asal. Bangunan ini mempunyai halaman salam yang luas untuk perbarisan tentera. Ia dilengkapi dengan dua menara tinjau dan laluan untuk tentera berkawal pada sepanjang tembok. Lubang-lubang meriam dibina pada tembok menghala Sungai Sarawak dan perkampungan Melayu di bawah bukit.
Kubu ini dijadikan pengkalan Renjer Sarawak ada tahun 1932, Pejabat Kampetai Jepun sewaktu Perang Dunia ke-2 dan terakhir sebagai Muzium Polis. Jabatan Warisan Negara telah membuat kerja pembaikan pada tahun 2006. Walau bagaimanapun, ia mengalami kerosakan setelah dikosongkan oleh Polis sewaktu projek pembinaan bangunan baru Dewan Undangan Negeri Sawarak bersebelahan kubu ini. Konservasi kubu ini merupakan salah satu projek utama Jabatan Warisan Negara pada tahun 2011-2012 di bawah Program Rancangan Malaysia ke-10.
![]() |
![]() |
![]() |
| Sebelum Kerja Konservasi | Semasa Kerja Konservasi | Selepas Kerja Konservasi |
Rumah Penghulu Abdul Ghani bin Abdul Majid di Merlimau, Daerah Jasin, Melaka ini adalah antara Rumah Melaka tertua yang masih berdiri megah dan merupakan antara rumah Tradisional Melayu yang tercantik di negara ini. Ia mempunyai seni bina yang sangat unik dengan gabungan gaya seni bina Melayu, Cina dan Eropah. Skala rumah ini adalah jauh lebih besar dari ukuran lazim Rumah Melaka. Rumah ini pernah didiami oleh seorang ketua masyarakat yang menjawat jawatan Demang atau Ketua Penghulu iaitu Penghulu Abdul Ghani bin Abdul Majid dan anaknya Penghulu Natar bin Abdul Ghani. Segala peralatan perabot gaya Eropah seperti meja, almari, kerusi dan katil yang diguna pakai di dalam rumah ini berbeza dengan cara tradisional Melayu seperti kebiasaannya yang hanya duduk bersila.
Rumah ini mempunyai dua buah komponen rumah yang bersambung menjadi satu. Rumah Melaka iaitu Rumah Bumbung Panjang Tiang Enam Belas terletak pada bahagian belakang merupakan kediaman rasmi keluarga Penghulu. Manakala Rumah Limas Johor yang bersambungan menjadi anjung terbuka kepada Rumah Melaka berkenaan. Di sinilah Penghulu Ghani mengadakan pertemuan dengan penduduk kampung di mana bangku panjang gaya Victoria dibina pada sepanjang sisi anjung untuk duduk bermesyuarat. Rumah ini diilhamkan oleh Penghulu Abdul Ghani sendiri dan dibina oleh beberapa Tukang Cina. Oleh itu tidak hairanlah terdapat motif-motif Cina menghiasi dinding, pintu, tingkap dan pagar rumah ini. Pengunjung akan disambut dengan tangga batu Melaka yang sangat elegan berturapkan jubin berhias pelbagai warna yang diimport. Ia diapit oleh dua buah kolah air serta tiang berhias sebiji buah nenas sebagai lambang kemakmuran di kiri dan kanan tangga. Terdapat sepasang pintu unik dengan hiasan dua ekor naga berlaga terletak di antara ruang verandah dengan anjung. Selain itu juga, motif flora dan burung pada kepala pintu, tingkap serta pelamin yang jarang terdapat pada rumah-rumah Melayu asli menyerlahkan lagi seni pertukangan gaya Peranakan Cina yang dibina kekal di Rumah Ibu.
Rumah Belakang dan Rumah Dapur dipisahkan dari Rumah Ibu dengan sebuah halaman dalam (courtyard). Ia mempunyai dua buah pintu masuk di sebelah sisi dan belakang dengan rekabentuk Cina berbumbung genting Belanda. Di ‘courtyard’ ini juga terdapat sebuah kolah besar untuk membasuh kain serta sebuah bilik mandi tanpa bumbung yang juga mempunyai kolah besar. Bumbung Rumah Anjung, Rumah Ibu dan Rumah Belakang dibina dari zink iaitu bahan bumbung yang eksklusif pada masa itu. Manakala bumbung Rumah Dapur adalah dari genting India. Keseluruhan bangunan ini dicat dengan motif mempunyai pelbagai warna. Ini merupakan pengaruh senibina Cina kerana rumah-rumah tradisi Melayu lazimnya mengekalkan warna kayu tanpa dicat.
Bagi menyelamatkan khazanah Negara yang tidak ternilai ini, Jabatan Warisan Negara telah melaksanakan kerja-kerja baikpulih pada keseluruhan bangunan termasuk membaikpulih dan memperkukuhkan struktur tembok dinding dan tiang konkrit yang rosak, mengikis dan mengecat semula, menanggal dan memasang jubin seramik, meroboh dinding tambahan, membaikpulih struktur kerangka dan kemasan bumbung serta lain-lain kerja berkaitan seperti membaikpulih pelamin, kabinet dinding, tempat memasak, kabinet dapur, kolah bilik air serta tiang dan pelbagai motif ukiran. Semoga usaha murni ini dapat meneruskan warisan peninggalan nenek moyang untuk generasi akan datang.
Keunikan Senibina & Elemen Bangunan
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
| Tiang Seri dan Pelamin gaya Peranakan Cina yang terletak di bahagian Rumah Ibu. | Tiang di verandah dihiasi jubin pelbagai corak. | Ukiran hiasan dua ekor naga serta motif flora dan burung pada pintu pagar Peranakan di verandah. | |
![]() |
![]() |
||
| ‘Jeriji pagar musang’ di bahagian anjung. | Motif ukiran hiasan pelbagai warna serta tingkap ram kayu boleh laras terdapat di serambi. | ||
Antara Kerja-kerja Baikpulih Yang Dilaksanakan
![]() |
![]() |
![]() |
| (a) Kerja-kerja mengikis cat dan memasang semula kepingan tingkap. | (c) Kerja-kerja menyimen lantai dan membaikpulih kolah air yang retak. | (e) Kerja-kerja menanggal dan menurunkan genting bumbung untuk pembersihan. |
![]() |
![]() |
![]() |
| (b) Selepas baikpulih | (d) Selepas baikpulih | (f) Selepas baikpulih |
| (a) & (b): Bahagian Serambi. | (c) & (d): Bahagian ‘Courtyard’. | (e) & (f): Bumbung Rumah Dapur. |
![]() |
![]() |
![]() |
| Sebelum Kerja Konservasi | Semasa Kerja Konservasi | Selepas Kerja Konservasi |
Rumah “bungalow” dua tingkat dengan senibina yang menarik ini terletak di atas sebidang tanah seluas 1608 meter persegi berhadapan dengan bangunan bersejarah Sekolah Kebangsan Sri Tanjung. Rumah yang pernah menjadi kediaman beberapa generasi ini dibina sekitar tahun 1893 dan dikenali dengan nama Rumah “Teh Bunga” kerana warnanya. Rumah gaya ‘Sino-Malay’ ini menggabungkan rumah bumbung limas Melayu dengan ciri-ciri Cina dan Eropah menyerupai Rumah Syed Al-Attas di Lebuh Armenian, Pulau Pinang. Rumah batu ini berbumbung genting India berbentuk V. Pada ‘pediment’ fasad hadapan rumah terdapat lambang bulan dan bintang sebagai tanda penghuni asalnya adalah orang Islam serta diserikan lagi dengan motif flora yang menyerlahkan lagi keunikannya.
Rumah ini terbahagi kepada blok rumah utama, blok penyambung, blok dapur dan blok garaj. Blok rumah utama mengandungi anjung luar, ruang tamu, empat bilik tidur, ruang keluarga dan anjung atas. Begitu juga di blok dapur terbahagi kepada dapur, bilik mandi, tandas, bilik setor dan ruang terbuka. Manakala blok garaj yang terletak bersebelahan blok rumah utama pula menempatkan kediaman pemandu, tempat meletak kereta kuda dan dua kandang kuda. Namun demikian, ruang ini dibiarkan kosong sahaja dan ruang meletak kereta kuda ini digunakan sebagai tempat letak kereta penghuni rumah.
Pemilik asal rumah ini ialah Tuan Abdul Wahab, seorang Jawi Peranakan Pulau Pinang. Keluarga saudagar ini tinggal di sini untuk tempoh yang singkat sahaja. Pada awal tahun 1900an, rumah ini telah dibeli oleh Encik Tan Chong Keat. Keluarga ini mendiami rumah ini untuk beberapa generasi dan pada satu-satu masa ia pernah didiami oleh tiga hingga empat keluarga. Pada tahun 2008, rumah ini diletakkan dibawah Amanah Raya Berhad sebagai Pemegang Amanah Hartanah.
Pihak Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG) telah mengemukakan cadangan kepada Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KekkWA) pada masa itu supaya rumah ini dijadikan sebagai Galeri Melayu Pulau Pinang. Pihak kementerian telah membeli rumah ini atas persetujuan pemilik dan kerja-kerja pemuliharaan oleh Jabatan Warisan Negara telah bermula pada tahun 2008.
Walau pun pemilik rumah ini telah bertukar ganti dan telah dihuni oleh beberapa generasi, namun keseluruhan fabrik dan karektor rumah ini masih kekal dan tidak terjejas. Kerjasama dari pemilik akhir rumah ini dalam memberikan maklumat telah banyak membantu kerja-kerja pemuliharaan. Kerja-kerja konservasi dilaksanakan pada keseluruhan bangunan merangkumi kerja-kerja membaiki, menggantikan struktur dan elemen yang rosak dengan bahan yang sama seperti asal dari segi bahan, saiz dan warna. Di samping itu juga terdapat kerja-kerja baru seperti pembinaan pondok pengawal serta lanskap di hadapan rumah bagi menyerlahkan lagi keaslian dan keindahan senibinanya.
Keunikan Senibina & Elemen Bangunan
![]() |
Antara Kerja-kerja Konservasi Yang Dilaksanakan
![]() |
![]() |
|
| Jubin lantai Blok Utama yang masih elok dan dikekalkan | Kesisi pada tingkap labuh di tingkat atas | Antara rekabentuk jejala dan kekisi udara |
![]() |
![]() |
![]() |
| (a) Kerja-kerja membuka lantai teracota | (c) Kerja-kerja mengecat lapisan asas | (e) Kerja-kerja membuka lantai yang telah rosak |
![]() |
![]() |
![]() |
| (b) Selepas baikpulih | (d) Selepas baikpulih | (f) Selepas baikpulih |
| (a) & (b): Blok Penyambung | (c) & (d): Bahagian anjung tingkat atas | (e) & (f): Lantai bilik tingkat atas |
![]() |
![]() |
![]() |
| Sebelum Kerja Konservasi | Semasa Kerja Konservasi | Selepas Kerja Konservasi |
Rumah Limas dua tingkat yang tersergam indah di Jalan Tok Lam, Bandar Kuala Terengganu ini telah dibina pada 1920an, zaman pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Shah (1920-1942). Pada asalnya, rumah ini beserta Masjid Putih terletakdiKampung Dalam yang merupakan sebahagian kawasan Istana Maziah. Ia telah lama dikenali oleh masyarakat setempat sebagai ‘Rumah Tiang Kembar’ kerana tiang anjungnya dibina sederet sebanyak lima pasang secara berkembar.
Pemilik asal kediaman atau istana ini adalah Yang Mulia Tengku Dalam.Yang Mulia Tengku Dalam atau Tengku Teh binti Tengku Chik Muda adalah kerabat DiRaja dari Dungun. Bonda beliau ialah Yang Mulia Tengku Wook binti Tengku Chik Dungun, manakala nenda beliau ialah Yang Mulia Tengku Neng binti Tengku Wook Ismail Siak dan Yang Di-Pertuan Muda Tengku Abdullah. Jika dilihat daripada susur galur keturunan ini, beliau mempunyai talian persaudaraan dengan Kesultanan Siak Sri Indrapura. Suami beliau pula adalah Yang Mulia Tengku Sri Bijaya Raja (Tengku Chik Ahmad bin Abdul Rahman). Beliau mendiami rumah ini sehingga ke akhir hayat. Selepas kemangkatan beliau, rumah ini telah menjadi harta pusaka dan diletak bawah jagaan Yang mulia Tengku Sri Wangsa Raja (Tengku Hitam) kerana Yang Mulia Tengku Dalam tidak mempunyai zuriat untuk mewarisi rumah tersebut. Setelah Yang Mulia Tengku Hitam mangkat, rumah ini diwarisi oleh putera beliau yang merupakan Bendahari Negeri Terengganu. Rumah ini pernah menjadi Pejabat Hal Ehwal Agama Kuala Terengganu pada tahun 1937 hingga tahun 1938 dan menjadi Pejabat Majlis Perbandaran Kuala Terengganu pada tahun 1946 hingga tahun 1979. Pada 21 Januari 1986, kerajaan negeri telah menyerahkan bangunan ini kepada Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Terengganu (PSMCT) untuk tujuan kegiatan persatuan.
Pemuliharaan bangunan warisan ini telah dilaksanakan oleh Jabatan Warisan Negara, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan pada 2009-2010. Terdapat struktur dan elemen bangunan telah tertimbus atau diganti dan diubah suai. Antara kesan perubahan ketara boleh dilihat semasa diawal pengambilan untuk kerja-kerja konservasi ialah di bahagian verandah di tingkat atas di mana telah dibina dinding bata dan bertingkap cermin nako. Begitu juga dengan tambahan blok tandas di bahagian hadapan. Sementara di tingkat bawah pula, keadaan yang sama telah berlaku di mana ruang yang sama telah dibuat dinding dan tingkap baru. Antara kerja konservasi yang dilaksanakan ialah meruntuhkan elemen-elemen baru dan mengembalikannya kepada elemen asal. Semasa pelaksanaan kerja, sebuah perigi telah ditemui tertimbus di bahagian bawah rumah. Perigi ini telah dikekalkan untuk menjadi bukti sejarah yang menggambarkan bahawa bangunan ini merupakan sebuah rumah kediaman pada suatu ketika dahulu.
Kini bangunan PSMCT ini turut menempatkan pejabat Persatuan Penulis dan Sasterawan Terengganu (PELITA) serta pejabat Jabatan Warisan Negara bagi Zon Timur.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Keunikan Senibina & Elemen Bangunan
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
| Ukiran kerawang motif awan larat kombinasi dari jenis gelang puncaserta daun sendal pada kepala pintu lipat dan pintu dua daun. | Ukiran kerawang motif awan larat kombinasi tumbuhan dan alam semula jadi serta jerejak berukir menyerlahkan keindahan tingkap labuh ram kayu boleh laras. | Ruang serambi kayu direstorasi kepada reka bentuk asal. | |
![]() |
![]() |
![]() |
|
| Ruang dalamanaras bawah bangunan | Ukiran pada jerejak tangga kayu menyerlahkan lagi keunikan rumah tradisi Melayu. | Perigi lama setelah dibina semula. | |
ANTARA KERJA-KERJA KONSERVASI YANG DILAKSANAKAN
![]() |
|
![]() |
|
Pemeriksaan spesis kayu oleh FRIM.
|
Ujian Schmidt Hammer Rebounce pada Mock-Upbahan lepaan.
|
Kerja-kerja mengikis lapisan cat pada permukaandinding kayu
|
![]() |
![]() |
![]() |
|
Kerja-kerja menyusun genting senggora pada bumbung bangunan.
|
Kerja-kerja membentuk motif ukiran kayu oleh pengukir tempatan bagi mengganti ukiran yang rosak sahaja.
|
Kerja mambaik pulihlepaan danmembentuk kembalimotif hiasan pada tiang anjunng bangunan
|
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Bangunan Balai Adat biasanya dibina untuk mesyuarat keluarga dan juga untuk aktiviti-aktiviti upacara di dalam sesebuah petempatan. Balai Adat Kampung Putera Jelebu ini, dibina pada tahun 1965 atas keperluan penduduk kampung sebagai dewan untuk aktiviti Masyarakat Kaum Asli seperti upacara bertunang, akad nikah, bersanding dan sebagainya. Bangunan ini pada asalnya berbentuk terbuka seolah-olah sebuah balai yang mempunyai ruang lanai kecil selepas menaiki tangga sebelum memasuki ke dalam bangunan. Lantainya disokong oleh tiang di bawahnya. Bumbungnya juga terdapat ciri-ciri Minangkabau di mana ia mempunyai rekabentuk yang unik kerana ia menyerupai tanduk kerbau. Pada asalnya bumbung yang digunakan adalah berasal dari atap rembia tetapi setelah diubahsuai, bumbungnya telah ditukarkan kepada zink, walau bagaimanapun bentuk bangunan ini tidak berubah.
Bangunan ini telah dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada tahun 1966.
Bangunan ini telah mengalami kerja-kerja ubahsuai pada tahun 1993 oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA). Pada tahun 1994, bangunan ini telah diambil alih oleh Kementerian Pelajaran untuk digunakan sebagai salah satu tempat keperluannya.
Sehingga tahun 1994, Bangunan ini terbiar kosong dan semakin uzur. Atas usaha Tok Batin Awang Lijon yang merasakan bangunan ini sangat bersejarah dan berharga, beliau telah memohon kepada Kementerian Pelajaran agar hak milik bangunan ini diserahkan kembali kepada penduduk Kg. Putra dan memohon agar bangunan ini dibaikpulih.
Merasakan bangunan ini sewajarnya dipelihara, Bahagian Konservasi Jabatan Warisan Negara telah pun menyenaraikan bangunan ini untuk menjalani kerja-kerja baikpulih agar tidak terus mangalami kerosakan yang serius. Bangunan ini telah dibaikpulih pada 23 Oktober 2008 dan telah siap dibaiki sepenuhnya tanggal 22 Januari 2009. Kerja-kerja pembaikkan merangkumi bumbung dan strukturnya, membaikpulih serta menggantikan dinding dan lantai yang rosak, membaiki motif hiasan dan sebagainya. Bangunan ini akan digunapakai semula oleh Masyarakat Orang Asli untuk aktiviti kemasyarakatan mereka. Dengan adanya Balai ini berupaya mengimarahkan masyarakat orang asli dengan kegiatan kehidupan mereka. Apa yang dapat disimpulkan adalah warisan seni bina sesuatu kaum atau bangsa merupakan intipati kemajuan teknologi, ketinggian nilai seni serta acuan corak budaya kehidupan. Pembangunan dan ketamadunan sesebuah negara harus berpaksi kepada warisan silam bagi menjamin kesinambungan kelestarian kehidupan agar nilai budaya dan keseimbangan alam persekitaran dapat diwariskan dari generasi ke generasi.
JABATAN WARISAN NEGARA
Aras Mezanin, 15-20,
Menara Permodalan Nasional Berhad (PNB),
No. 201-A, Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Emel : info@heritage.gov.my