JABATAN WARISAN NEGARA
Aras Mezanin, 15-20,
Menara Permodalan Nasional Berhad (PNB),
No. 201-A, Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Emel : info@heritage.gov.my
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
||
Pesakit kusta sekelip mata menjadi stigma masyarakat yang pada masa itu serba kekurangan dari segi kemudahan kesihatan. Kusta adalah wabak yang tidak mampu dibendung penularannya kerana belum ada penawar yang khusus ditemui. Maka pesakit kusta diasingkan oleh keluarga dan masyarakat. Pihak hospital membina tempat-tempat pengasingan yang serba daif, terasing dan jauh dari pandangan umum sehingga pesakit kusta merasa lebih tertekan, terbiar dan menunggu kematian. Di Tanah Melayu, pesakit kusta ditempatkan di kawasan terpencil jauh dari hospital utama seperti di Setapak, Tampoi dan Pulau Jerejak.
1926 - Pembinaan Pusat Kawalan Kusta Negara di Sungai Buloh membuka episod baru bagi pesakit kusta. Walau pun kawasan yang dipilih di Sungai Buloh ini agak jauh terpencil dan mereka dikurung dalam satu kawasan berpagar tinggi namun Pusat Kawalan Kusta ini memberikan perasaan yang sangat berbeza dari keadaan di mana mereka diasingkan sebelum ini. Pusat Kawalan Kusta Sungai Buloh ini adalah sebuah pertempatan sangat terancang yang dilakar khas oleh perancang bandar dan arkitek sebagai sebuah 'taman perumahan' moden lengkap dengan hospital, rumah kediaman, rumah ibadat, kelab dan dewan orang ramai. Ia adalah sebuah pekan yang lengkap kerana turut mempunyai pasar, bangunan membasuh (dobi), kedai, balai polis, penjara. Di penempatan ini, pesakit kusta hidup secara bebas dengan kediaman yang disediakan, bercucuk tanam dan berekreasi sesama mereka di bawah pengawasan pegawai-pegawai perubatan yang mengawasi penyakit mereka secara khusus dan berterusan. Di sinilah vaksin mencegah kusta ditemui dari sejenis pokok berbuah dikenai sebagai Pokok Setumpol. Buah dari pokok ini dijadikan sebagai penawar bagi pesakit kusta. Pokok ini kemudiannya menjadi lanskap utama kawasan PKKN ini. Penghuni PKKN membentuk masyarakat majmuk yang sangat unik dan saling bekerjasama kerana berkongsi masalah dan kesedihan yang sama. Seramai 2000 telah didaftarkan menjadi penghuni PKKN pada satu-satu masa terdiri dari masyarakat Cina, Melayu, India, Serani, Siam dan lain-lain. Mereka membentuk pasukan sukarelawan keselamatan di kalangan mereka, menganjurkan sukan dan pesta kebudayaan serta menyambut semua perayaan tiap-tiap kaum bersama-sama.
PKKN Sungai Buloh menjadi sangat penting kerana ia adalah yang pertama seumpamanya di dunia sehingga perancangannya menjadi model kepada lain-lain pusat kusta di serata pelusuk dunia.
![]() |
|
| Wad pesakit (PKKN-1932) | |
![]() |
![]() |
| Anggota Pasukan Keselamatan , (PKKN-1932) | Wang Khas yang digunakan (PKKN-1932) |
Kusta adalah sejenis penyakit berjangkit yang kronik berpunca dari sejenis bakteria dipanggil Mycobacterium Leprae yang melibatkan kulit dan urat saraf. Penyakit ini berjangkit dengan cara jangkitan daripada seseorang kepada seseorang melalui sistem pernafasan. Namun ia memerlukan masa pengeraman yang lama iaitu sehingga 10 hingga 15 tahun sehingga pengidapnya sukar dikesan awal. Tanda awal kusta ialah pada tubuh pesakit terdapat satu atau beberapa tompokan putih yang mati rasa (kebas) atau tompokan merah yang tidak gatal. Permukaan kulit itu akan menjadi kering, kasar, tidak ditumbuhi bulu atau rambut. Pengidap akan kehilangan deria rasa. Kuman kusta akan menyerang bahagian hidung, tangan, belakang telinga dan jari. Sejak tahun 1996, tiada lagi kes baru yang diterima masuk ke PKKN.
Jumlah pesakit kusta yang terdapat di wad PKKN kini hanyalah seramai 121 orang iaitu 66 lelaki dan 55 perempuan dalam purata umur 50 tahun ke atas.
Pusat Kawalan Kusta Negara di Sungai Buloh direka bentuk dengan sangat terancang. Ia adalah kawasan penempatan yang jauh lebih baik dari mana-mana pekan di Tanah Melayu pada masa itu dengan kediaman yang selesa serta serba lengkap dengan kemudahan kesihatan dan kemudahan awam. Ia dibahagikan mengikut zon berdasarkan fungsi iaitu kawasan pentadbiran terdiri daripada hospital dan wad, kawasan kemudahan awam mengandungi dewan, kelab, balai polis, klinik dan padang permainan serta kawasan kediaman. Kediaman pesakit direka berdasarkan mengikut keperluan iaitu rumah kelamin beserta dapur, rumah kelamin tanpa dapur dan rumah bujang. Dapur disediakan bagi mereka yang mampu untuk masak kerana sebahagian pesakit tidak berkeupayaan sama ada tangan mereka telah cacat akibat kusta atau telah uzur. Rumah-rumah ibadat seperti masjid, tokong, kuil dan gereja dibina dalam kelompok kawasan kediaman bagi memudahkan penghuni. Setelah beberapa ketika, bangunan-bangunan rumah persatuan Cina dibina untuk pelbagai suku kaum Cina kerana kaum Cina adalah penghuni terbesar pada masa tersebut.
Kepentingan PKKN Sungai Buloh :
Pesakit-pesakit kusta ditempatkan di ‘chalet-chalet’ dan menjalani kehidupan seharian mereka dengan aktiviti penanaman pokok bunga dan lanskap.
Kediaman kelamin beserta rumah dapur
![]() |
|
|
Hadapan |
|
![]() |
![]() |
| Sisi Kanan | Sisi Kiri |
Kediaman Bujang
![]() |
![]() |
| Hadapan | Pandangan Sisi |
Kediaman Kelamin Tanpa Dapur
![]() |
![]() |
| Hadapan | Pandangan belakang |
Kediaman Kelamin Beserta Rumah Dapur
![]() |
|
| Deretan Chalet Kediaman | |
![]() |
![]() |
| Hadapan | Sisi Kiri |
Tandas Berpusat
![]() |
|
| Tandas baru yang dibina di kawasan Central Zone. | |
![]() |
![]() |
| Tandas lama (asal) di kawasan Central Zone. | Tandas lama (asal) di kawasan East Zone. |
Antara bangunan yang masih kekal sehingga kini
![]() |
![]() |
| Wad-wad pesakit yang masih digunakan. | |
![]() |
![]() |
| Kuil Hindu. | Chinese Associate Club |
![]() |
![]() |
| Kuil Budha | Masjid |
![]() |
![]() |
| Pasar | Klinik Central PKKN |

Bangunan ini dibina hasil usaha seorang jutawan Kuala Lumpur iaitu Loke Yew yang telah menyumbang sebanyak $50 000 British Dollar untuk membina bangunan ini pada tahun 1910. Anak kepada Loke Yew, Alan Loke juga telah menyumbangkan sebanyak $20 000 British Dollar. Dewan Perhimpunan Cina Selangor ini siap sepenuhnya pada tahun 1923 dengan Chong Yoke Choy dipilih sebagai presidennya yang pertama, sementara setiausahanya pula disandang oleh Choo Peng Kai.
Tujuan bangunan ini didirikan adalah sebagai pusat kebajikan kaum Cina di Malaysia terutama sekali di dalam sektor ekonomi dan budaya. Jalinan antara suku Hainan, Hokkien, Kantonese, Teochew yang ramai mendiami Kuala Lumpur pada masa itu dapat menyatukan kaum Cina ketika itu sebagai kaum minoriti di Tanah Melayu.
Bangunan ini telah mencatatkan sejarah terpenting negara kerana telah menjadi tempat pertemuan yang paling penting dan bersejarah antara parti UMNO yang mewakili kaum Melayu dan parti MCA yang mewakili kaum Cina untuk perbincangan pembentukan Parti Perikatan pada 1952 yang merupakan parti terbesar negara sehingga mempelopori kemerdekaan negara.
Kini bangunan ini dikenali sebagai Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor. Ia telah diistiharkan sebagai Bangunan Warisan Kebangsaan pada tahun 2007. Jabatan Warisan Negara telah memperuntukkan sejumlah RM500,000.00 untuk kerja-kerja pemuliharaan bangunan ini pada tahun 2008.
![]() |
![]() |
![]() |
| Keadaan Gedung Raja Abdullah sebelum dibaikpulih | Bangunan Gedung Raja Abdullah menerapkan ciri-ciri Anglo-Indian | Selepas Kerja Konservasi |
Bangunan ini dibina pada 1856 di Pekan Klang sebagai tempat penyimpanan bijih timah dan bahagian atasnya sebagai tempat kediaman. Pada 1853, Raja Abdullah bin Raja Jaafar iaitu adinda kepada Raja Jumaat, Lukut telah dikurniakan pangkat “Orang Besar Klang” oleh Baginda Sultan Muhammad Shah dan dengan itu beliau berjaya membuka beberapa buah lombong bijih timah di Ulu Sungai Klang, sekarang dikenali sebagai Kuala Lumpur. Raja Abdullah merupakan wakil Sultan yang diperintahkan mengutip hasil dan memperdagangkan bijih timah yang dihasilkan di Lembah Klang.
Semasa berlaku Perang Saudara di Selangor pada tahun 1866 di kawasan ini, gudang ini telah dijadikan sebagai kubu pertahanan pengikut Raja Mahadi yang berkubu di Kota Raja Mahadi tidak jauh dari kawasan ini (di perkarangan Pejabat Majlis Perbandaran Kelang sekarang). Residen Inggeris Pertama J.G Davidson menjadikan Gedung ini sebagai Pusat Pentadbiran Daerah yang kemudiannya dijadikan Balai Polis Daerah hingga tahun 1970. Ia dijadikan Muzium Timah oleh Lembaga Muzium Negeri Selangor. Kerja-kerja konservasi oleh Jabatan Warisan Negara yang bermula pada bulan Disember 2008 akhirnya siap sepenuhnya pada Julai 2009. Apa yang menarik mengenai bangunan ini ialah ia bercirikan seni bina Anglo-Indian abad ke-19 dengan gabungan seni bina tempatan. Bangunan kayu bertiang konkrit ini dibina secara memanjang dan tinggi dengan tingkat bawah berlantaikan simen manakala tingkat atas berlantai kayu. Sesuai dengan fungsinya sebagai gedung simpanan bijih timah, bangunan ini dibina mudah tanpa elemen-elemen hiasan seperti rumah-rumah tradisi lain. Terdapat beberapa ruang berbilik di tingkat bawah namun tingkat atasnya dewan besar dibiarkan terbuka dengan serambi di sekeliling.
Kerosakan utama bangunan ini adalah pada lepaan dinding di tingkat bawah yang telah poros disebabkan faktor kelembapan (bangunan ini terletak di tapak yang paling rendah berbanding bangunan-bangunan baru di sekeliling yang dibina kemudian). Sebahagian dinding juga telah retak dipercayai disebabkan oleh gegaran kenderaan di jalan bersebelahan. Kerja-kerja konservasi yang utama selain melibatkan penggantian struktur kayu dan lepaan dinding yang rosak termasuk penggantian lantai konkrit kepada lantai kayu di tingkat atas bagi mengembalikan keaslian bangunan.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
| Keadaan lepaan pada tiang dan dinding di tingkat bawah dan atas yang mengalami keporosan. Hampir kesemua dinding mengalami masalah yang sama. | ||
![]() |
![]() |
![]() |
| Keadaan tiang yang telah dibaiki | Lantai tingkat atas yang telah baiki dan ditukar dengan lantai kayu. Dinding dalamnya juga telah dibaiki dan di cat semula | Keadaan dinding tingkat atas bahagian luar yang telah siap dibaiki |

Sekolah Kebangsaan Convent yang terletak di Jalan Convent ini telah dibina pada tahun 1899. Ia pernah dijadikan “Military Hospital” oleh Tentera Berikat semasa berlakunya Perang Dunia II.
Bangunan tiga tingkat ini dibina dengan gaya seni bina Gothic seperti Convent Bukit Nenas dan lain-lain Convent yang sezaman.
Tingkat 1 dan 2 merupakan bilik-bilik darjah pelajar manakala tingkat teratas digunakan oleh mubalik untuk menempatkan asrama sisters, dewan dan lain-lain kegunaan Convent.
Ia merupakan antara Convent yang tertua di Malaysia dan masih mengekalkan reka bentuk dan fungsi asalnya.
Kerja-kerja Pembaikan dan penyelenggaraan oleh Jabatan Warisan Negara pada tahun 2008 melibatkan kerja-kerja pembaikan struktur kayu serta rawatan anai-anai dan mengecat semula.
JABATAN WARISAN NEGARA
Aras Mezanin, 15-20,
Menara Permodalan Nasional Berhad (PNB),
No. 201-A, Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Emel : info@heritage.gov.my