JABATAN WARISAN NEGARA
Aras Mezanin, 15-20,
Menara Permodalan Nasional Berhad (PNB),
No. 201-A, Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Emel : info@heritage.gov.my
|
BIL |
BUTIRAN |
TAHUN ISYTIHAR |
|
1. |
Congkak |
2009 |
|
2. |
Gasing |
2009 |
|
3. |
Wau Tradisi Malaysia |
2009 |
|
4. |
Dam |
2012 |
|
5. |
Galah Panjang |
2012 |
|
6. |
Katuk Keli |
2012 |
|
7. |
Ketinting |
2012 |
|
8. |
Kuit |
2012 |
|
9. |
Laga Ayam |
2012 |
|
10. |
Sepak Raga |
2012 |
|
11. |
Seremban |
2012 |
|
12. |
Tating Lawi |
2012 |
|
13. |
Kabbadi |
2012 |
|
14. |
Cari Cucu |
2015 |
|
15. |
Lastik |
2015 |
|
16. |
Lumba Kerbau |
2015 |
|
17. |
Menyumpit |
2015 |
|
18. |
Rampanau / Kaki Hantu |
2015 |
|
19. |
Selotop / Pistol Buluh |
2015 |
|
20. |
Tarik Upih |
2015 |
|
21. |
Hencang Buah Keras |
2018 |
|
22. |
Aci Sorok |
2018 |
|
23. |
Jala itik |
2018 |
|
24. |
Guli |
2018 |
|
25. |
Kerchang |
2018 |
|
26. |
Batak Lampung |
2018 |
|
27. |
Baling Tin/Baling Selipar |
2018 |
|
28. |
Rebut Negeri |
2018 |





|
BIL |
BUTIRAN |
TAHUN ISYTIHAR |
|
1. |
Adat Mandi Anak Iban |
2012 |
|
2. |
Adat Perpatih |
2012 |
|
3. |
Adat Pijak Tanah |
2012 |
|
4. |
Adat Temenggung |
2012 |
|
5. |
Berkhatan / Bersunat Anak Anak Melayu |
2012 |
|
6. |
Buka Tanah Baru (Iban Sarawak) |
2012 |
|
7. |
Cukur Jambul / Naik Buai (Kaum Melayu) |
2012 |
|
8. |
Magavau |
2012 |
|
9. |
Melenggang Perut (Kaum Melayu) |
2012 |
|
10. |
Adat Berpantang Selepas Bersalin Masyarakat Melayu |
2015 |
|
11. |
Adat Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong |
2015 |
|
12. |
Adat Perkahwinan Melayu |
2015 |
|
13. |
Adat Bersawah Tradisional Masyarakat Melayu |
2018 |
|
14. |
Adat Bertindik Masyarakat Melayu |
2018 |
|
15. |
Adat Merasi Masyarakat Melayu |
2018 |
|
16. |
Adat Naik Rumah Tradisional / Adat Meletak Kerja (Masyarakat Melayu) |
2018 |
|
17. |
Adat Istiadat Perkahwinan Masyarakat Adat Perpatih Naning Melaka |
2018 |
|
18. |
Adat Istiadat Pertabalan Kesultanan Melayu Semenanjung |
2018 |
|
19. |
Adat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri-Negeri |
2018 |
|
20. |
Upacara Monolob Gunung Kinabalu |
2018 |
|
21. |
Upacara Wangkang |
2018 |




Tarian
Seni Tarian adalah satu bentuk persembahan melalui pergerakan tubuh badan secara berirama yang dilakukan di tempat dan waktu tertentu untuk keperluan pergaulan, mengungkapkan perasaan, maksud dan pemikiran. Sesuatu persebahan tarian itu diperkuatkan penyampaian dan maksud yang ingin disampaikan melalui bunyi-bunyian atau muzik. Gerakan tarian berbeda dari gerakan rutin seharian seperti berlari, berjalan atau bersenam kerana tarian atau pergerakan yang dianggap tari biasanya bertujuan menyampaikan atau menyuarakan sesuatu pergerakan anggota tubuh badan yang disulami emosi atau jiwa penarinya. Seni tarian di Malaysia dipengaruhi dengan perkembangan semasa dunia seperti ballet, moden kontemporari, jazz, latin dan sebagainya namun seni tarian bersifat tradisional yang mewakili masyarakat komuniti tempatan seharusnya dilindungi , diwarisi dan dimartabatkan agar tidak hilang ditelan arus kemodenan zaman. Suatu ketika dahulu istana menaungi kumpulan-kumpulan sendiri bagi mengadakan persembahan di istana.

Gambar menunjukkan persembahan Tarian Ngajat
Tarian Ngajat adalah merupakan identiti utama masyarakat Iban yang menjadi kebanggaan kebudayaan di Sarawak. Tarian Ngajat ditarikan dalam sambutan Hari Gawai sebagai tanda kesyukuran dalam hasil menuai padi sepanjang tahun ini. Tarian Ngajat dibahagikan kepada pelbagai jenis tarian iaitu Ngajat Lesong, Ngajat Bunuh, Ngajat Induk, Ngajat Ngalu Temuai (menyambut tetamu), Ngajat Pua Kumbu dan Ngajat Kuta (persembahan ngajat Tradisional). Dahulunya tarian ini biasanya di persembahkan semasa meraikan kejayaan atau menyambut kepulangan pahlawan-pahlawan Iban yang baru balik dari medan perang dan juga meraikan kejayaan hasil dari cucuk tanam mereka yang merujuk kepada tanaman padi.

Gambar menunjukkan persembahan Tarian Sumazau
Tarian Sumazau merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah yang amat terkenal di Sabah. Ia merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun yang sering dipersembahkan pada Tadau Kaamatan iaitu Pesta Menuai yang dirayakan di negeri Sabah pada setiap bulan Mei. Tarian ini ditarikan dengan kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan dikibar-kibarkan umpama kipasan sayap burung, mengikut alunan rentak yang dimainkan dengan perlahan-lahan dan lemah lembut.

Gambar menunjukkan persembahan Tarian Zapin
Zapin merupakan tarian Melayu yang melambangkan elemen-elemen kesenian Melayu dan Timur Tengah. Bermula dari abad ke-14, imigran Arab yang mendarat di Johor membawa pengaruh kesenian ini ke Semenanjung Malaysia bercirikan selera tempatan yakni dari saduran kesenian Melayu. Tarian Zapin masa kini lebih dikenali sebagai kesenian rakyat yang menggabungkan gerak tari yang berasaskan kaki penari-penarinya. Cara persembahan tarian ini terbahagi kepada tiga peringkat. Peringkat pertama merupakan permulaan tarian atau pembukaan tari. Peringkat kedua ialah pecahan atau gerak serta lenggang tari dan peringkat ketiga merupakan penutup tarian.
Muzik
Seni muzik merupakan satu cabang seni yang mengandungi bunyi-bunyian yang disusun sama ada melalui suara (vocal), alam semula jadi atau persekitaran dan peralatan yang dihasilkan oleh manusia untuk mengeluarkan bunyi berirama melaluinya. Muzik yang baik mampu memberi gambaran tentang pemikiran, emosi dan adakalanya persekitaran budaya si pencipta muzik itu. Muzik dalam erti kata persembahan adalah sebuah persembahan langsung (terus) yang dihidangkan secara kreatif kepada penonton sama ada dipersembahkan secara solo atau berkumpulan. Seiring perkembangan semasa, kepelbagaian genre seni muzik telah berkembang pesat dan mempengaruhi masyarakat komuniti di Malaysia namun genre muzik yang bersifat tradisional khususnya bagi masyarakat komuniti Melayu, etnik Sarawak dan Sabah , Orang Asli serta Cina dan India merupakan elemen muzik yang perlu dilindungi dan diwarisi. Misalannya, ensembel nobat dianggap muzik istimewa dan eksklusif kerana merupakan muzik naungan dan hanya dipersembahkan untuk upacara atau majlis istana.

Gambar menunjukkan persembahan Muzik Nobat
Nobat merupakan satu bentuk kumpulan muzik tradisional yang masih diwarisi turun temurun sehingga kini. Ianya merupakan satu bentuk muzik DiRaja yang hanya dimainkan pada masa-masa tertentu oleh pemain-pemain Nobat. Ia dimainkan khas untuk majlis-majlis yang melibatkan raja-raja atau sultan-sultan seperti hari pertabalan dan kemangkatan.
Teater
Seni teater merupakan satu kombinasi lakonan (dialog pertuturan, gerak isyarat, mimik muka, emosi), muzik , nyanyian , tarian, bunyi-bunyian, unsur ritual , pencahayaan , set , props , kostum , mekap pencahayaan dan unsur kekaguman pentas. Ia boleh mempunyai mana-mana satu atau lebih unsur-unsur kraf yang melebihi daripada cabang seni persembahan yang lain seperti muzik dan tarian. Teater bukan sekadar hiburan tetapi ia juga berperanan sebagai medium untuk pendidikan , alat sebaran dan sebagainya. Teater terbahagi kepada beberapa pecahan genre seperti teater absurd, sandiwara , moden , monodrama, muzik dan sebagainya. Teater bersifat tradisional seperti Mak Yong, Bangsawan, Jikey, Mek Mulung , Hamdolok, Menora , Wang Kulit seharusnya terus dilindungi dan diwarisi.

Gambar menunjukkan persembahan Teater Mek Mulung
Mek Mulung merupakan teater tradisional yang terdapat di negeri Kedah. Mek Mulung merupakan sebuah seni persembahan yang menggabungkan unsur lakonan, tarian serta muzik. Ia merupakan sebuah teater tradisional Melayu yang masih aktif bergiat di Kampung Wang Tepus, Kedah. Persembahan kesenian ini dimainkan oleh watak-watak seperti seorang raja, permaisuri, penari perempuan, ahli muzik dan peran.
Gambar menunjukkan persembahan Teater Mak Yong
Mak Yong iaitu suatu bentuk kesenian tradisional Melayu yang boleh dikategorikan sebagai dramatari kerana persembahannya bukan sahaja mengandungi drama (lakonan) tetapi juga diselang-selikan dengan tarian dan nyanyian yang diringi muzik secara langsung. Pemain dan pemuzik hadir di pentas terbuka dan dipertontonkan serentak. Kesenian ini terbentuk sebagai suatu genre hiburan yang menggabungkan keindahan dan kelembutan gerak tari dan suara korus yang halus dan lunak oleh barisan Inang atau Jong Dondang, lakonan dengan dialog beradat oleh watak utamanya yang terdiri daripada Mak Yong dan Pak Yong yang diriuh-rendahkan pula kelucuan watak-watak Peran Tua dan Peran Muda.
JABATAN WARISAN NEGARA
Aras Mezanin, 15-20,
Menara Permodalan Nasional Berhad (PNB),
No. 201-A, Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Emel : info@heritage.gov.my