JABATAN WARISAN NEGARA
Aras Mezanin, 15-20,
Menara Permodalan Nasional Berhad (PNB),
No. 201-A, Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Emel : info@heritage.gov.my

Jabatan Warisan Negara ditubuhkan pada 1 Mac 2006, dan bertanggungjawab untuk memulihara, memelihara, melindungi dan mempromosikan kekayaan khazanah warisan Malaysia.
Jabatan ini mempunyai peranan seperti yang termaktub dalam Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645). Maka berdasarkan Akta tersebut, Jabatan melaksanakan penyelidikan, arkeologi, konservasi bangunan dan monumen, pewartaaan dan penguatkuasaan, warisan tidak ketara dan warisan semulajadi.
Fungsi utama Jabatan Warisan Negara adalah:
UKIRAN TEMBAGA
Di Semenanjung Malaysia penggunaan bahan logam dalam keperluan hidup manusia telah bermula sejak zaman purba lagi. Penggunaan alat-alat daripada logam yang berukir berterusan hingga kini. Orang-orang Melayu juga banyak sekali menghasilkan beraneka jenis alat yang diperbuat daripada logam.
Perusahaan ini banyak terdapat di kawasan Perbandaran Kuala Terengganu iaitu di Kampung Ladang dan juga Tanjung. Ia dijalankan secara kecil-kecilan. Pada kebiasaannya bengkel perusahaan tembaga ini adalah terletak di bawah rumah pengusaha itu sendiri yang bertiang tinggi. Perusahaan kraf tangan ini adalah melibatkan 90 % kerja-kerja tangan dan hanya kerja-kerja di peringkat mencuci sahaja yang menggunakan alat jentera ringan.
Biasanya hasil kraftangan ukiran tembaga boleh dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu kegunaan dalam upacara tradisi atau adat, kegunaan untuk hiasan dan cenderamata dan juga alatan rumah tangga.

LABU SAYUNG
Labu sayong merupakan sebahagian daripada seni kraftangan tembikar. Ia dibuat daripada hasil tanah liat yang dibakar atau dijemur. Biasanya, ia digunakan sebagai peralatan untuk menyimpan air, makanan termasuklah makanan yang dijeruk seperti pekasam, budu, tapai dan sebagainya. Malahan dikatakan menggunakan peralatan ini dalam urusan memasak dan menyajikan makanan menghasilkan makanan yang lebih sedap. Manakala air minuman yang menggunakan barangan labu sayong ini menjadikan ia segara dan dikatakan mempunyai khasiat tertentu.
Labu sayung ini mendapat namanya daripada bentuknya yang seperti buah labu air, manakala ‘sayong’ merupakan tempat tembikar ini banyak diusahakan iaitu di Kampong Sayong, Kuala Kangsar, Perak. Tembikar yang dikenali sebagai labu sayong, terdapat pelbagai bentuk yang dihasilkan antaranya labu leper, labu bocong, labu tela, labu pucung, dan labu panai.

Cawangan Seni Halus dan Kraf
Seni halus ialah satu proses membina, membuat atau menghasilkan objek atau barangan melalui kreativiti dan kehalusan hasil kerja tangan yang sangat tinggi. Ada juga yang mengatakan ia sebagai satu proses penghasilan hasil seni di dalam bentuk lukisan, catan, cetakan dan arca. Seni halus telah mewarnai kehidupan seharian masyarakat Malaysia. Ia diwarisi melalui pembelajaran turun temurun dari generasi ke generasi yang kaya dengan warisan seni halus ini. Seni halus dibahagikan pada busana, tekstil dan seni hias diri. Manakala kraf pula satu kerja seni untuk menghasilkan sesuatu barangan. Ia meliputi anyaman, motif ukiran, sulaman, tekat, tenunan, seramik serta logam.
Antara seni yang begitu berkait rapat dengan masyarakat pelbagai kaum ini antaranya ialah seni ukiran pada rumah kediaman dan masjid, pembuatan tembikar atau seramik, pembuatan batik, anyaman tikar mengkuang, tenunan songket, tekatan perak dan emas, pua kumbu, kain destar dan kain tenun, manik, penghasilan tembaga, perhiasan diri dan berbagai-bagai seni halus yang lain. Motif penghasilan seni halus ini pula dipengaruhi oleh alam sekeliling seperti flora dan fauna, kaligrafi serta astronomi. Hasil seni halus ini juga memaparkan ketinggian serta kepandaian si penghasil yang menghasilkan kerja tangan tradisional yang begitu halus dan bernilai tinggi. Setiap penghasilan kerja seni juga mempunyai falsafahnya yang tersendiri.


Kegiatan seni anyaman ini telah bermula sejak zaman dahulu lagi. Ini boleh dilihat pada rumah-rumah masyarakat zaman dahulu di mana dinding rumah mereka dianyam dengan buluh dan kehalusan seni anyaman itu masih bertahan sehingga ke hari ini. Rumah yang berdinding dan beratapkan nipah tidak panas kerana lapisan daun nipah yang tebal menebat pengaliran haba.
Penggunaan tali, akar dan rotan merupakan asas pertama dalam penciptaan kraftangan anyaman yang telah menjadi usaha tradisi sejak berabad-abad lalu. Bahan-bahan asas tumbuhan ini tumbuh meliar di hutan-hutan, paya-paya, kampung-kampung dan kawasan di sekitar pasir pantai.
Pelbagai rupa bentuk kraftangan dapat dihasilkan melalui proses dan teknik anyaman dari jenis tumbuhan pandanus (pandan dan mengkuang). Bentuk-bentuk anyaman dibuat didasarkan kepada fungsinya seperti dibentuk menjadi bakul, topi, tudung saji, tikar dan aneka rupa bentuk yang digunakan sehari-hari.
Selain daripada tumbuhan jenis pandanus, bahan asas lain yang sering digunakan ialah daripada tumbuhan bertam, jenis palma engeissona tritis dan nipah. Pada sekitar tahun 1756 hingga 1794 telah terdapat penggunaan tikar Raja yang diperbuat daripada rotan tawar dan anyaman daripada bemban.
Proses menganyam disebut juga sebagai "menaja". Untuk memulakan satu-satu anyaman waktu yang baik ialah pada sebelah pagi atau malam. Dalam keadaan cuaca yang redup atau dingin, daun-daun lebih lembut dan mudah dibentuk tanpa meninggalkan kesan-kesan pecah.
Selain tikar yang datar dengan sifat dua dimensi, terdapat rupa bentuk anyaman tiga dimensi. Bentuk-bentuk anyaman begini biasanya digunakan oleh masyarakat pada masa dahulu untuk mengisi atau menyimpan bahan-bahan keperluan hidup dan kegunaan seharian ialah seperti bakul, kampit (bekas belacan), tudung saji, kembal (rombong) dan sebagainya.
Anyaman buluh dan bertam dibuat dengan cara susunan tegak dan melintang. Anyaman daun pandan dan mengkuang disusun silang dengan kedudukan menyerong. Anyaman kelarai disusun secara tunggal atau lepas (menyeluruh) atau disusun dalam ruang tertentu.
ANYAMAN TEPAS

ANYAMAN MENGKUANG
Anyaman merupakan seni yang mempengaruhi kehidupan dan kebudayaan masyarakat Melayu. Menganyam bermaksud proses menjaringkan atau menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan-bahan tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh, pandan, mengkuang, jut dan sebagainya. Bahan ini biasanya mudah dikeringkan dan lembut.

SENARAI MANUSKRIP WARISAN KEBANGSAAN

PERIBAHASA
PERIBAHASA adalah salah satu bentuk bahasa kiasan orang Melayu yang melambangkan kekayaan khazanah perbendahaaraan warisan budaya bangsa dan menjadi perlambangan ketinggian intelektualan dan adab bangsa Melayu dalam berkomunikasi. Melalui peribahasa, maksud atau kehendak berupa nasihat, pedoman, petua dan teguran disampaikan secara berhemah kepada seseorang. Pada kebiasaannya, perilaku dan sifat alam sekeliling, tumbuhtumbuhan dan binatang akan digubah dalam bentuk ungkapan yang indah supaya sedap didengar dan tidak menyinggung perasaan. Ia boleh membawa pengertian selapis ataupun dua lapis. Peribahasa meliputi Simpulan Bahasa, Perumpamaan, Bidalan, Pepatah dan Perbilangan.

HIKAYAT PELANDUK JENAKA
Hikayat Pelanduk Jenaka mengisahkan tentang seekor pelanduk mempunyai kuasa dan kekuatan serta kebijaksanaan yang dapat menyelesaikan permasalahan di antara haiwan sehingga dia dilantik menjadi ‘Syah Alam di Rimba’.
Sastera rakyat ini telah dikesan sejak turun-temurun manakala manuskrip terawal dikenal pasti pada 1645M yang tersimpan dalam koleksi Perpustakaan Perancis. Hikayat ini pernah dilaporkan oleh G.H. Werndly dalam daftar berjudul Maleische Sparaakkunst yang ditulis di Tanah Melayu dan diterbitkan pada 1736.
Sarjana H.C Klinkert pada tahun 1885 menerbitkan 10 cerita bersiri mengenai pelanduk jenaka antaranya ialah Pelanduk Mendamaikan Harimau Dengan Kambing, Pelanduk Membunuh Raksasa, Beruang Tertakluk dan Kera Tidak Mahu Tunduk.
JABATAN WARISAN NEGARA
Aras Mezanin, 15-20,
Menara Permodalan Nasional Berhad (PNB),
No. 201-A, Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Emel : info@heritage.gov.my