JABATAN WARISAN NEGARA
Aras Mezanin, 15-20,
Menara Permodalan Nasional Berhad (PNB),
No. 201-A, Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Emel : info@heritage.gov.my
Kain samping atau ‘samping’ menurut Kamus Dewan sebagai kain sarung yang dipakai selepas memakai seluar pada (pakaian Melayu) dan biasanya dari paras pinggang hingga paras lutut sahaja. Samping pula merujuk kepada ‘rusuk’. Kain samping, kadang kalanya menggunakan kain sarung sahaja. Kain samping ini juga sebagai ‘sampingan’ atau pelengkap dalam pemakaian baju Melayu.
Ia dianggap sebagai salah satu bahagian penting dan menjadi pelengkap kepada lelaki Melayu semasa memakai pakaian tradisi baju Melayu. Ia diikat dari paras pinggang hingga jatuh ke aras lutut sahaja. Namun, ia dikecualikan kepada kanak-kanak lelaki kerana ia didapati lebih sesuai jika tidak bersamping.
Satu teknik menyungkit dengan menggunakan lidi buluh ataupun bilah nibung melalui benang loseng (warp) di permukaan alat tenun atau kei. Songketmerupakan sejenis kain yang biasanya ditenun tangan, dan mempunyai corak yang rumit dan diperbuat daripada benang emas atau perak. Perkataan songket juga bermaksud membawa keluar atau menarik benang daripada kain atau menenun menggunakan benang emas dan perak. Proses ini dilakukan selepas menyediakan benang ‘karat butang’ bertujuan untuk membuat reka corak ataupun sulaman benang emas, perak ataupun terekam.
Pembuatan kain songket ini dipercayai diilhamkan daripada proses pembuatan kain-kain oleh pedagang-pedagang India yang menggunakan teknik ‘ikat’. Teknik ini amat sukar dan memerlukan kepakaran serta ketekunan yang tinggi. Mereka ini telah membawa masuk bahan mentah seperti benang emas, perak serta sutera di samping kain-kain yang telah siap ditenun.
Songket punya nilai sejarah yang tinggi sebagai fabrik warisan agung. Selain mengangkat martabat si pemakai, motif dan warna tenunan songket melambangkan kedudukan seseorang.

BANGUNAN HONGKONG & SHANGHAI BANK (HSBC) MELAKA
Bangunan lama Hong Kong and Shanghai Bank Corporation (HSBC) yang terletak di Jalan Kota, Bandar Hilir, Melaka adalah sebuah bangunan zaman British yang dibina khas sebagai sebuah bank sekitar tahun 1912.Bangunan ini direka bentuk dengan gaya klasikal sama seperti lain-lain bangunan HSBC pada era tersebut. Sebelum pembinaan bangunan ini, Hong Kong and Shanghai Bank Corporation beroperasi di sebuah ruang dalam Bangunan Stadhuys yang disediakan secara percuma oleh kerajaan Biritish dari tahun 1909 sehingga 1912.
Guna ruang untuk bangunan ini boleh dibahagikan kepada dua, iaitu tingkat bawah dan tangkat atas.Tingkat bawah bangunan adalah merupakan pejabat operasi bank, manakala tingkat atas bangunan adalah kediaman pengurus dan kakitangan bank yang terdiri dari pada warga asing.Pada ketika dahulu, tingkat atas bangunan tersebut dilengkapi dengan beberapa buah bilik besar yang berfungsi sebagai dapur, bilik makan serta bilik mandi gunasama.Pada tahun 1920an, satu blok tambahan (annex) telah dibina pada sudut kiri di bahagian belakang bangunan utama yang bersambung dengan bilik makan ditingkat atas. Ketika pembinaannya, lokasi bangunan ini terletak di pinggir muara Sungai Melaka.Di bahagian belakang bangunan tersebut adalah beberapa buah gudang yang membarisi sepanjang jalan yang kini dikenali sebagai Jalan Quayside.Walaubagaimanapun kawasan muara tersebut telah ditambak menjadikan pemandangan di sekitar bangunan tersebut berbeza daripada pemandangan asal
Selain itu, hasil kajian ekskavasi yang dijalankan oleh Jabatan Warisan Negara, pembinaan bangunan ini terletak di atas kubu atau runtuhan Bastion Hendrik Federick, Kota Melaka yang dibina oleh Portugis pada kurun ke-16. Bukti pembinaan dapat dilihat dari kesan ekskavasi arkeologi yang dilaksanakan di bahagian utara bangunan, di mana unjuran temboknya melintasi bangunan ini.Pada tahun 2007, bangunan ini telah dibeli oleh Jabatan Warisan Negara untuk dijadikan sebagai Pejabat Jabatan Warisan Negara Wilayah Selatan dan Galeri Kota Melaka.
Pada masa kini, bangunan ini sedang menjalani kerja-kerja pemuliharaan dan naiktaraf untuk dijadikan sebagai Galeri Warisan Kota Melaka.Kerja-kerja pemuliharaan dan naiktaraf tersebut telah bermula pada 7hb November 2017 dan dijangka siap pada tahun 2019. Skop kerja utama bagi kerja-kerja pemuliharaan dan naiktaraf adalah merangkumi aspek hiasan dalaman dan pengisian untuk tujuan galeri serta kerja-kerja baikpulih elemen bangunan yang telah rosak seperti dinding berlepa, jenang tingkap, pendawaian dalaman, dan siling.Semua kerja yang dilaksanakan adalah berpandukan kepada Garis Panduan Pemuliharaan Bangunan Warisan memandangkan tapak tersebut telah diwartakan sebagaiTapak Warisan pada 24hb Julai 2017.
![]() |
|
Keadaan bangunan sekitar tahun 1912 |
![]() |
|
Keadaan bangunan sekitar tahun 2015 |
![]() |
|
Kerja-kerja scrap window frame dan hacking dinding dalam yang rosak untuk tujuan baik pulih.
|
![]() |
|
Kerja-kerja pemasangan internal design partition wall |
![]() |
|
Kerja-kerja pemasangan PVC pipe untuk fire protection system di galeri utama aras satu
|
![]() |
|
Lawatan dan pemeriksaan di tapak oleh pihak ICU dan JWN bersama pihak perunding dan kontraktor MABS. |
Tempoh jawatan
Tertakluk kepada seksyen 13, anggota yang dilantik di bawah perenggan 10 (a) atau (g) hendaklah, melainkan jika dia meletakkan jawatannya terlebih dahulu atau pelantikannya terlebih dahulu dibatalkan, memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri pada masa pelantikannya dan adalah layak untuk dilantik semula.
Pembatalan pelantikan dan peletakan jawatan anggota
(1) Pelantikan anggota di bawah perenggan 10(a) atau (g) boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh Menteri.
(2) Seorang anggota yang dilantik di bawah perenggan 10(a) atau (g) boleh pada bila-bila masa meletakkan
jawatannya dengan memberikan empat belas hari notis bertulis yang ditujukan kepada Menteri.
Pengosongan jawatan
Jawatan seseorang anggota yang dilantik di bawah perenggan 10(a) atau (g) hendaklah menjadi kosong jika-
(a) dia meninggal dunia;
(b) telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan –
(i) kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;
(ii) kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau
(iii) apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (pemenjaraan sahaja atau
sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda) selama lebih daripada dua tahun;
(c) dia menjadi bankrap;
(d) dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan kewajipannya;
(e) dia tidak menghadiri mesyuarat Majlis tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi dan dalam hal
Pengerusi tanpa kebenaran Menteri;
(f) peletakan jawatannya diterima oleh Menteri; atau
(g) pelantikannya dibatalkan oleh Menteri.
Pengisian kekosongan
Jika anggota yang dilantik di bawah perenggan 10(a) atau (g) terhenti menjadi anggota Majlis, Menteri boleh melantik seorang lain untuk mengisi kekosongan bagi baki tempoh anggota yang mengosongkan jawatan itu dilantik.
SENARAI AHLI MAJLIS WARISAN KEBANGSAAN 2021-2023
| 1. | YBHG. PROFESOR EMERITUS DATO’ DR. IBRAHIM BIN KOMOO (PENGERUSI) |
| Pengarah | |
| Institut Kajian Bencana Asia Tenggara (SEADPRI) | |
| 2. | YBHG. DATUK HAJAH SARAYA BINTI ARBI (AHLI) |
| Ketua Setiausaha | |
| Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia | |
| 3. | YBHG. DATUK KAMARUL BAHARIN BIN A. KASIM (AHLI) |
| Ketua Pengarah | |
| Jabatan Muzium Malaysia | |
| 4. | MOHD AZMI BIN MOHD YUSOF (AHLI) |
| Pesuruhjaya Warisan | |
| Jabatan Warisan Negara | |
| 5. | YBHG. TPR DR. ALIAS BIN RAMELI (AHLI) |
| Ketua Pengarah | |
| Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (PLANMalaysia) | |
| 6. | YBHG. PROF. EMERITUS DATO’ DR. MOHD GHOUSE BIN NASURUDDIN (AHLI) |
| Pensyarah Universiti | |
| Pusat Pengajian Seni, Universiti Sains Malaysia (USM) | |
| 7. | YBHG. PROFESOR DATO' DR. TEO KOK SEONG (AHLI) |
| Pensyarah Universiti | |
| Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) | |
| 8. | YBRS. PROF. DR. A. GHAFAR BIN AHMAD (AHLI) |
| Pensyarah Universiti | |
| Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan, Universiti Sains Malaysia (USM) | |
| 9. | YBRS. DR. MANIMARAN A/L SUBRAMANIAM (AHLI) |
| Pensyarah Universiti | |
| Universiti Malaya (UM) | |
| 10. | YBRS. ENCIK ARIF BIN ABD. HAMID (AHLI) |
| Penarah | |
| Jabatan Muzium Negeri Sabah | |
| 11. | YBRS. ENCIK TAZUDDIN BIN MOKHTAR (AHLI) |
| Pengarah | |
| Jabatan Muzium Negeri Sarawak |
Pengenalan
Bahagian Warisan Dunia diwujudkan untuk mengenengahkan khazanah warisan negara pada peringkat antarabangsa. Selaras dengan matlamat tersebut, Bahagian ini bertanggungjawab dalam mengurus dan menyelaras hal ehwal hubungan antarabangsa berkaitan warisan bersama agensi atau organisasi di peringkat dunia seperti UNESCO, ASEAN, ISESCO dan lain-lain. Selain berperanan untuk mewujud serta mengukuhkan jaringan kerjasama dan hubungan dua hala di antara negara-negara lain pada peringkat dunia, bahagian ini turut menyelaras urusan berkaitan Jemaah Menteri, Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.
JABATAN WARISAN NEGARA
Aras Mezanin, 15-20,
Menara Permodalan Nasional Berhad (PNB),
No. 201-A, Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Emel : info@heritage.gov.my