
Festival Pertukaran Budaya: Meraikan Warisan Silang Budaya
Festival yang bertemakan “Memupuk Pertukaran, Mempromosi Persefahaman Bersama dan Meraikan Warisan Tidak Ketara” ini merupakan satu inisiatif untuk mempromosikan, meraikan dan menggalakkan aktiviti berkaitan Warisan Budaya Tidak Ketara (WTK) yang telah mendapat pengiktirafan melalui pencalonan pelbagai negara, iaitu Upacara Wangkang (Malaysia - China), Pantun (Malaysia - Indonesia - Brunei Darussalam), dan Kebaya (Malaysia - Brunei Darussalam - Indonesia - Singapura - Thailand) serta Chingay dan Tarian Singa yang kini dalam proses penilaian untuk diinskripsi. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Warisan Negara bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya bersama rakan strategik utama iaitu the International Training Centre for Intangible Cultural Heritage in the Asia-Pacific Region under the auspices of UNESCO (CRIHAP) dan Kerajaan Negeri Melaka. Program ini juga melibatkan kerjasama dengan kerajaan negeri serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan.
Objektif program ini adalah seperti berikut:
(i) Meningkatkan taraf warisan negara ke peringkat antarabangsa.
(ii) Mempromosikan aktiviti ICH yang telah mendapat pengiktirafan UNESCO melalui pencalonan pelbagai negara.
(iii) Mewujudkan kerjasama antarabangsa yang strategik dalam membangunkan pelan pemeliharaan warisan secara bersama.
(iv) Meraikan warisan bersama bagi memupuk semangat pemilikan bersama dalam kalangan peserta tempatan dan antarabangsa.
Program
Program ini terdiri daripada tiga (3) komponen utama:
(i) Festival Warisan Budaya Tidak Ketara (Festival ICH) – merangkumi Perarakan Warisan, Pertandingan Warisan, Demonstrasi dan Pertunjukan Fesyen Kebaya, Persembahan Budaya, serta Jualan Produk Budaya.
(ii) Bengkel Antarabangsa mengenai element WTK, yang bertemakan “Memupuk Pertukaran, Mempromosi Persefahaman Bersama dan Meraikan WTK.”
Bengkel ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman mengenai Pelan Pemeliharaan ICH dalam kalangan negara yang berkongsi elemen serupa dengan Malaysia (Upacara Wangkang, Pantun, Kebaya, Chingay, Tarian Singa), bagi mencapai resolusi untuk pemeliharaan bersama pada masa hadapan.
• (iii) Pameran Pertukaran Budaya
Enam (6) buah negara — Brunei Darussalam, China, Indonesia, Malaysia, Singapura, dan Thailand — akan menyertai pameran bersama bagi mempamerkan keunikan dan kepelbagaian warisan budaya setiap negara peserta, di samping memberikan pendedahan yang lebih luas kepada pengunjung mengenai tradisi warisan, ekspresi seni, amalan adat, dan nilai-nilai budaya.
Pameran berlangsung pada 31 Oktober hingga 1 November 2026 sahaja (9.00 pagi – 10.00 malam) di Muzium Dunia Melayu Dunia Islam.
Demonstrasi, bazar makanan warisan & kraf, serta persembahan budaya diadakan pada 31 Oktober dan 1 November 2026 sahaja (9.00 pagi – 10.00 malam) di Muzium Istana Kesultanan Melaka.