Language Selection   

EN
Icon 11 Icon 10 Icon 1 Icon 9 Icon 2 Icon 3 Icon 4 Icon 5 Icon 6 Icon 7 Gmail Icon

Pengenalan

Bahagian  Konservasi  berperanan  memastikan  prinsip konservasi   yang  merangkumi   kerja   pemeliharaan, pembaikpulihan, pembinaan semula, pemulihan, penyesuaigunaan  dan  pendekatan  konservasi  lain-lain  diamalkan berdasarkan   kaedah   yang   diiktiraf   pada   peringkat antarabangsa seperti United Nations Education, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) dan piagam bawah International Council on Monuments and Sites (ICOMOS) seperti Piagam Burra, Piagam Australia 1999 (Charter for the Conservation of Places of Cultural Significance). Ini bagi memastikan ianya selaras dengan kehendak Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) dan Garis Panduan Pemuliharaan Bangunan Warisan.

Bahagian  Konservasi  dibahagikan  kepada  tiga  (3) cawangan  utama  iaitu  Cawangan  Kajian  Pemuliharaan, Cawangan Pemuliharaan Bangunan dan Cawangan Pelan  Pengurusan  Pemuliharaan  Bangunan. Bahagian  ini bertanggungjawab memastikan pematuhan kepada aspek teknikal  kerja pemuliharaan  dengan  menjalankan  kajian kerosakan pada sesebuah bangunan serta mencadangkan fizikal bangunan. Bahagian Konservasi juga melakukan kajian kerja pembaikan yang perlu dilakukan. Pelaksanaan kajian merangkumi penyediaan pelan lakaran bangunan bagi tujuan pemetaan kerosakan, mengenal pasti punca kerosakan dan seterusnya mencadangkan kaedah pembaikan.

Bahagian Konservasi turut bertanggungjawab mengawal selia pelaksanaan projek konservasi yang dijalankan oleh Jabatan Warisan Negara dan memberi khidmat nasihat bagi kerja konservasi yang dijalankan oleh agensi lain. Bahagian ini  turut  bertindak  sebagai  urusetia  dalam  penyediaan dokumen Pelan Pengurusan Pemuliharaan bagi bangunan yang telah diwartakan bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005. Dokumen ini merupakan dokumen rujukan bagi aktiviti pembangunan, pengurusan dan penyenggaraan sesebuah bangunan warisan yang terlibat.

Selaras dengan visi dan misi Jabatan, Bahagian ini turut menjalankan  aktiviti  penyebaran  dan  perkongsian  ilmu pemuliharaan bangunan warisan kepada masyarakat umum melalui penganjuran bengkel dan kursus.

Sehubungan itu inisiatif pemuliharaan atau konservasi bangunan adalah bertujuan untuk :

  1. Mengekal dan memperkukuhkan nilai warisan dan nilai sejarah sesuatu bangunan, monumen dan tapak;
  2. Melindungi dan mempastikan bangunan, monumen dan tapak warisan selamat dan kekal untuk tempoh melangkaui beberapa generasi untuk menjadi rujukan, pendidikan dan kenangan kepada generasi masa kini dan akan datang;
  3. Bangunan, monumen dan tapak warisan adalah sebahagian bukti kepada sesuatu peristiwa atau sejarah penting. Ia menjadi latar belakang fizikal kepada cerita sejarah tersebut yang akan disampaikan kepada generasi masa depan. Latar belakang sejarah inilah yang akan membentuk wajah dan jati diri bangsa Malaysia.
  4. Warisan akan menjadi aset penting negara sama ada untuk pendidikan dan untuk pulangan ekonomi melalui industri pelancongan, rujukan R&D dan martabat negara di mata dunia. Warisan yang penting akan dikongsi dengan warga dunia sebagai warisan dunia sejagat seperti mana pengiktirafan dalam Senarai Warisan Dunia UNESCO.

 

 
Rumah warisan Melaka ini telah dibina oleh pemiliknya Penghulu Abdul Ghani di Merlimau pada tahun 1894. Pemuliharaan bangunan ini pada tahun 2009 oleh Jabatan Warisan Negara akan mengekalkan rumah tradisional Melayu ini untuk abad yang akan datang.

Pelaksanaan sesebuah projek konservasi  melibatkan pelbagai bidang professional dan kepakaran seperti arkitek, juru ukur bangunan, juru ukur bahan, jurutera, ahli sains dan konservator bangunan. Tidak ketinggalan pakar sejarah dan pakar seni yang berperanan menterjemahkan latar belakang sejarah dan karya seni (ukiran, lukisan mural dan elemen hiasan) yang berkaitan. Manakala, kerja-kerja pemuliharaan bangunan perlu dilakukan oleh kontraktor bangunan yang berwibawa dan mempunyai pengalaman yang berkaitan dengan kerja-kerja pemuliharaan bangunan warisan. Ini termasuk tukang mahir, pengukir dan artisan yang mampu memulihara bangunan, elemen dan hiasannya tanpa menjejaskan keaslian (authenticity) bangunan warisan berkenaan. Seorang konservator bangunan yang baik akan membezakan tindakan pemuliharaan dan mengembalikan keaslian asal bangunan berbanding mencantikkan bangunan secara kosmetik. Menambah-nambah rawatan dan pembaikan kepada bangunan supaya kelihatan lebih cantik adalah satu kesalahan besar kerana ia tidak asli dan mengelirukan fakta sejarah sebenar. Maka itu hasil kerja konservasi yang sebegini akan menghilangkan intergrity, authenticity dan nilai warisan bangunan tersebut.
Aktiviti pemuliharaan bangunan warisan adakalanya boleh mendatangkan keburukan lebih dari kebaikan kepada bangunan warisan jika perlaksanaannya tidak mengikut prinsip dan pendekatan konservasi yang betul kerana bangunan tersebut bukan sahaja akan terjejas dari segi keasliannya, hilang nilai warisan tetapi yang lebih malang bangunan warisan tersebut mengalami kerosakan, kecacatan kekal atau musnah. Justeru, adalah sangat penting untuk mengetahui, memahami dan mengamalkan prinsip asas pemuliharaan agar ianya tidak merosakkan bangunan warisan tersebut yang lazimnya bersifat unik dan tidak dapat dicari gantinya apabila mengalami kemusnahan. Antara prinsip-prinsip asas konservasi bangunan warisan yang diamalkan dan dipersetujui antarabangsa khususnya UNESCO (Malaysia adalah negara anggota UNESCO) adalah sebagaimana berikut:

    1. Meminimakan gangguan (intervention) seperti membaik pulih hanya struktur dan fabrik bangunan bersejarah yang rosak sahaja manakala yang masih elok perlulah dikekalkan keasliannya.
    2. Mengaplikasi kajian saintifik dan ujian makmal bagi mengenalpasti kandungan dan sifat bahan binaan serta tahap kerosakannya. Keputusan kajian saintifik dan ujian makmal dapat dijadikan bukti sokongan dalam membuat sebarang keputusan terhadap kerja pemuliharaan yang akan dilakukan kelak.
    3. Menjalankan aktiviti pendokumentasian ke atas kerja pemuliharaan sebelum, semasa dan selepas. Pendokumentasian ini sangat penting bukan sahaja sebagai medium di dalam membuat keputusan tetapi juga sebagai rekod dan bahan rujukan pada masa hadapan.

 

Keadaan dinding kelarai pada bangunan Masjid Ihsaniah Iskandariah, Kampung Kuala Dal, Perak yang usang dimakan hari

Kerja pemuliharaan yang sedang dijalankan ke atas bangunan masjid yang merangkumi kerja-kerja penggantian dinding kelarai yang telah rosak

 
Dinding kelarai masjid ini dicat warna bendera Negeri Perak berdasar kajian saintifik pada kelarai sedia ada

Di dalam sesebuah projek pemuliharaan bangunan warisan, satu rangka kerja yang khusus perlu dirancang dan diikuti bagi menjamin perlaksanaannya bersifat menyeluruh dan sistematik. Pada asasnya terdapat sekurang-kurangnya lima peringkat yang penting dipatuhi di dalam rangka kerja ini iaitu:

Peringkat Pertama: Penyelidikan Awalan 

Penyelidikan awalan merupakan peringkat bagi mendapatkan maklumat tentang bangunan yang hendak dipulihara dan persekitarannya merangkumi aspek sejarah, seni bina, pemilik atau penghuni bangunan dan juga sebarang kerja-kerja penyelenggaraan yang berkaitan. Kesemua maklumat yang diperolehi selanjutnya akan dipersembahkan dalam sebuah laporan lengkap Kajian Awalan. Laporan Awalan ini antaranya akan menjelaskan berkaitan justifikasi keperluan sesebuah bangunan itu untuk dipulihara. Laporan ini merupakan panduan kepada pihak pembuat keputusan bagi menentukan samada bangunan tersebut perlu dipulihara atau sebaliknya.

Peringkat Kedua: Kajian Kerosakan (Dilapidation survey) 

Kajian dilapidasi (dilapidation survey) merupakan satu kajian yang dilaksanakan ke atas bangunan yang hendak dipulihara dengan tujuan mengenalpasti tahap kecacatan bangunan tersebut. Kajian dilapidasi ini juga bertujuan mengenal pasti punca berlakunya kecacatan bangunan serta mengemukakan cadangan dan kaedah pemuliharaan yang bersesuian. Di dalam kajian ini penggunaan peralatan tertentu dan kaedah pendokumentasian yang teratur adalah penting bagi memastikan hasil kajian ini dapat dijadikan sandaran kepada tindakan selanjutnya atau keputusan berkaitan pendekatan pemuliharaan yang tepat. Peringkat ini juga adakalanya memerlukan hasil kajian makmal sains apabila ujian-ujian tertentu diperlukan.

1) ‘Protimeter’ sejenis alat yang biasa digunakan bagi mengukur kadar kelembapan pada bangunan; 2)‘Crack Detector’ sejenis alat yang berfungsi mengesan dan mengukur keretakan pada bangunan.

 

Menjalankan ‘Kajian Warna’ yang bertujuan mengenal past warna asal bangunan bagi dipadankan dengan warna cat komersil untuk rekod Membuat kerja pengecaman spesis kayu bagi mengenal pasti spesis kayu yang digunakan pada bangunan yang dipulihara

 

Kaedah pendokumentasian bagi kerja pemuliharaan secara Photografi Bersekala yang menggabungkan teknologi photografi dan perisian komputer

Contoh hasil pendokumentasian kerja pemuliharaan secara ‘HABS (Historical Architectural Building Survey) Drawing’



Peringkat Ketiga: Penyediaan Dokumen Tender 

Peringkat penyediaan Dokumen Tender ini merupakan peringkat sangat penting di mana segala keputusan berkaitan pendekatan pemuliharaan telah dicapai oleh anggota profesional projek pemuliharaan yang terlibat. Dalam peringat ini juru ukur bahan akan bekerjasama dengan pihak arkitek dan perunding konservator bangunan dalam menentukan skop kerja dan kesesuaian kaedah dan teknik pemuliharaan bangunan yang diguna pakai. Hasil daripada perbincangan bersama, juru ukur bahan boleh memastikan anggaran kos projek pemuliharaan bangunan yang dicadangkan. Peringkat ini dianggap kritikal dalam rangka kerja pemuliharaan bangunan kerana kegagalan pihak perunding menentukan anggaran kos keseluruhan projek dengan baik akan menimbulkan implikasi kos bagi sesebuah projek pemuliharaan.

 

Peringkat Keempat: Kerja Pemuliharaan Bangunan

Peringkat ini merupakan peringkat perlaksanaan di mana aktiviti sebenar pemuliharaan akan berlaku. Kontraktor bangunan yang dipilih untuk melaksanakan kerja-kerja pemuliharaan bangunan perlu terdiri daripada kumpulan yang terlatih dan berpengalaman luas dalam bidang pemuliharaan bangunan warisan. Ini adalah kerana peringkat ini memerlukan kepakaran dan kemahiran teknikal yang tinggi dalam perlaksanaannya. Kerjasama rapat dari semua pihak khususnya kumpulan perunding dan kontraktor adalah sangat diperlukan bagi memastikan kerja yang dilakukan oleh pihak kontraktor merupakan tindakan yang tepat sebagaimana keputusan yang telah dibuat. Peringkat ini juga memerlukan aktiviti pendokumentasian yang sistematik dengan merekod keadaan bangunan dalam tiga peringkat iaitu sebelum, semasa dan selepas pemuliharaan bangunan menggunakan kaedah Historical, Architectural and Building Survey (HABS).

 

Kerja menanggal jubin bumbung untuk pencucian dan rawatan Kerja menanggal struktur tambahan yang telah dikenalpasti pada bangunan



Sedang melakukan kerja perawatan ke atas elemen ukiran bangunan

Kerja melepa dan mengemas permukaan dinding menggunakan bahan yang sama dengan asalnya

 

Peringkat Lima: Pengurusan dan Penyelenggaraan Tapak Warisan 

Pemuliharaan bangunan warisan secara dasarnya merupakan suatu proses yang berterusan dan bukan bersifat one off. Ianya memerlukan satu perancangan dan tindakan yang menyeluruh melalui pelan pengurusan pemuliharaan warisan budaya. Pengurusan yang profesional bukan sahaja diperlukan semasa kerja-kerja pemuliharaan bangunan di tapak tetapi juga selepas bangunan tersebut siap dipulihara dan berfungsi semula seperti biasa. Ia melibatkan usaha-usaha penjagaan, penyelenggaran dan pembaikan bangunan warisan dari masa ke semasa dan dilaksanakan secara berkala. Justeru, bagi memastikan bangunan warisan terus dipulihara dan dijaga dengan baik serta dapat dihayati oleh generasi masa depan, satu pelan  tindakan pengurusan pemuliharaan sesebuah bangunan warisan yang berkesan perlu diwujudkan.

 

Pencapaian Piagam Pelanggan 2018

Pencapaian Piagam Pelanggan  (Unit Komunikasi Korporat)

Bulan Jumlah 
Aduan
Maklum Balas
Jawapan dalam masa 3 hari
Keputusan
(%)
Januari 3 3 100
Februari 1 1 100
Mac 1 1  100 
April  1   1  100
Mei  2  2  100
Jun      
Julai      
Ogos      
September      
Oktober      
November      
Disember      

 

 

Majlis Bersama Jabatan

Apa Itu MBJ
Majlis Bersama Jabatan (MBJ) ialah sebuah medium dua hala, di mana Pihak Pekerja diberi saluran untuk berkomunikasi dengan Pihak Pengurusan dalam menyuarakan pendapat, pandangan serta menyumbang idea-idea yang bernas demi kepentingan dan kebaikan organisasi.

Penubuhan MBJ
Semua agensi Kerajaan yang mengendalikan secara langsung urusan pentadbiran, pengurusan sumber manusia dan hal ehwal kewangan serta mempunyai kuasa untuk menimbang dan membuat keputusan ke atas perkara-perkara tersebut adalah dikehendaki menubuhkan MBJ. Bagi tujuan penubuhan MBJ, satu draf perlembagaan yang telah dipersetujui oleh Pihak Pengurusan dan Pihak Pekerja perlu digubal terlebih dahulu dan hendaklah dikemukakan kepada JPA untuk kelulusan.

Bidang & Fungsi MBJ
Skop, bidang dan fungsi MBJ lebih menitikberatkan kepada kepentingan pekerja-pekerja dalam sesebuah organisasi. Di samping bertujuan untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak pekerja, ia juga boleh dijadikan sebagai satu forum perbincangan di antara pihak pengurusan dan pekerja. MBJ yang aktif secara tidak langsung akan dapat menyemai semangat bekerja di kalangan pekerja untuk berkhidmat dengan lebih dedikasi dan produktif.

Perkara Yang Boleh Dibincangkan Di Dalam MBJ
Perkara yang boleh dibincang adalah meliputi semua perkara yang berkaitan dengan keadaan bekerja kecuali yang menyentuh dasar kerajaan atau hal-hal peribadi. Walau bagaimanapun, isu berkaitan dasar boleh dibincangkan dengan tujuan menerangkan pelaksanaanya sahaja.

Antara perkara-perkara yang boleh dibincangkan di dalam forum meliputi isu Elaun Dan Kemudahan, Kewangan, Perkhidmatan, Skim Perkhidmatan dan Perjawatan, Kebajikan, Pentadbiran dan Hal-Hal Lain.

Faedah MBJ
Di antara faedah yang boleh didapati daripada mesyuarat MBJ ialah dapat mewujudkan hubungan dan sikap yang positif antara pihak pengurusan dan pihak pekerja,kepuasan hati, peningkatan daya pengeluaran, peningkatan kualiti kerja, penjimatan kos, kemajuan pekerja, sikap hormat menghormati, penyelesaian masalah, kesetiaan kepada organisasi, dan perpaduan.

Rujukan

Bil

Perkara

Muat Turun

1. Pekeliling Perkhidmatan Bil 2 Tahun 1992 - Penyusunan Semula Majlis Bersama Kebangsaan Bagi Pekerja-pekerja Dalam Sektor Awam
2. Surat Pekeliling Bil 3 Tahun 2002 - Majlis Bersama Jabatan di Kementerian, Jabatan, Pihak Berkuasa Badan berkanun & Pihak Berkuasa Tempatan
3. Panduan Penubuhan & Perjalanan Majlis Bersama Jabatan

I. Keahlian

  1. Majlis Bersama Jabatan bagi Jabatan Warisan Negara (selepas ini disebut sebagai 'Majlis') hendaklah mengandungi tiga puluh dua (32) ahli termasuk Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha-setiausaha yang terdiri daripada dua belas (12) orang ahli yang dilantik oleh Ketua Pengarah (selepas ini disebut sebagai 'Pihak Pegawai') dan dua puluh (20) orang ahli yang dipilih oleh kakitangan Jabatan Warisan Negara bagi mewakili pekerja-pekerja di Jabatan Warisan Negara (selepas ini disebut sebagai 'Pihak Pekerja').

II. Pihak Pegawai

      2. Ahli-ahli bagi Pihak Pegawai adalah terdiri daripada pegawai-pegawai di dalam Jabatan Warisan Negara adalah seperti berikut:-

    1. PENGERUSI
      1. Ketua Pengarah

 

    1. AHLI-AHLI
      1. Timbalan Ketua Pengarah
      2. Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan
      3. Pengarah Bahagian Arkeologi
      4. Pengarah Bahagian Konservasi
      5. Pengarah Bahagian Warisan Tidak Ketara
      6. Pengarah Daftar Warisan
      7. Pengarah Warisan Dunia
      8. Penolong Pengarah Kanan Cawangan Kewangan
      9. Penolong Pengarah Kanan Cawangan Pentadbiran
      10. Ketua Unit Integriti

 

  1. SETIAUSAHA BERSAMA
    1. Penolong Pengarah Cawangan Sumber Manusia


Ahli-ahli bagi Pihak Pegawai ini hendaklah dilantik atas nama jawatan masing-masing dan tiada had tempoh memegang jawatan di dalam Majlis.

3. Pihak Pekerja

    1. Ahli-ahli bagi Pihak Pekerja hendaklah terdiri daripada pekerja-pekerja Jabatan Warisan Negara dan dilantik oleh pekerja-pekerja yang berkhidmat di Jabatan Warisan Negara. Peraturan bagi pemilihan ahli-ahli Pihak Pekerja hendaklah mengikut peraturan-peraturan yang akan disediakan buat permulaan oleh satu Jawatankuasa yang ditubuhkan oleh pekerja-pekerja dalam Jabatan Warisan Negara dan diperakukan oleh Ketua Pengarah melalui surat perlantikan.

    1. Pemilihan ahli-ahli Pihak Pekerja hendaklah mengikut peraturan-peraturan di bawah:
        1. Ahli Pihak Pekerja boleh terdiri dari pelbagai skim perkhidmatan yang wujud di Jabatan Warisan Negara seperti Tadbir dan Diplomatik (M), Perundangan dan Kehakiman (L) Kejuruteraan (J), Pentadbiran dan Sokongan (N), Kewangan (W) Sosial (S), Bakat dan Seni (B), Sistem Maklumat (F) dan Perkhidmatan Kemahiran (H)

        1. Keahlian dibahagi seperti kategori berikut:
          1. Kumpulan I (Gred 41-48) - 6 ahli
          2. Kumpulan II (Gred 29-40) - 6 ahli
          3. Kumpulan III (Gred 1-28) - 8 ahli

      1. Pemilihan Pengerusi dan Setiausaha bagi Pihak Pekerja akan dibuat dalam mesyuarat pertama yang akan dipanggil oleh Setiausaha Pihak Pegawai.

    1. Kekosongan yang berlaku di dalam keanggotaan Pihak Pekerja akan dipenuhi oleh calon-calon daripada kalangan pekerja yang dilantik oleh peringkat kumpulan yang berkenaan.

  1. Ahli-ahli bagi Pihak Pekerja akan memegang jawatan selama tempoh dua (2) tahun mulai daripada tarikh perlantikan mereka dan mereka akan terus memegang jawatan tersebut sehingga ahli-ahli yang akan mengambil alih telah dilantik atau mana-mana yang terdahulu.

4. Pegawai-Pegawai Majlis

  1. Pegawai-pegawai Majlis adalah terdiri daripada Pengerusi, Naib Pengerusi dan Setiausaha Bersama. Naib Pengerusi hendaklah terdiri daripada ahli yang dipilih dan  menjadi Pengerusi ahli Pihak Pekerja. Setiausaha Pihak Pegawai dan Setiausaha Pihak Pekerja menjadi Setiausaha Bersama bagi Majlis.

5. Tujuan

  1. Tujuan Majlis adalah untuk memperolehi seluas-luas kerjasama yang menyeluruh di antara Pihak Pegawai dengan Pihak Pekerja Jabatan Warisan Negara dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan kelicinan kerja dan kebajikan pekerja-pekerja yang berkenaan, untuk mengadakan jentera bagi menguruskan soal-soal mengenai syarat-syarat bekerja dan amnya untuk mengumpul berbagai buah fikiran daripada pekerja-pekerja dengan wakil-wakil rasmi Jabatan Warisan Negara.

6. Bidang & Fungsi

  1. Bidang dan fungsi Majlis hendaklah tertumpu hanya kepada perkara-perkara yang termasuk di dalam bidang kuasa Majlis yang mana adalah berikut:
      1. Membincangkan dan memutuskan akan perkara-perkara mengenai syarat-syarat bekerja yang ada kaitan dengan pentadbiran yang berkenaan kecuali semua perkara mengenai pekerja-pekerja perseorangan;

      1. membolehkan kakitangan mengambil bahagian dan lebih bertanggungjawab di atas perkara-perkara mengenai kerja-kerja mereka dan mematuhi syarat-syarat bawah mana tugas-tugas mereka dijalankan;

      1. menggalakkan kakitangan menerusi pengambilan bahagian dalam perbincangan-perbincangan untuk mendapat pengetahuan yang lebih lagi mengenai pentadbiran berbagai Jabatan; dan

    1. mengadakan kemudahan bagi memperbaiki perjalanan dan organisasi pejabat serta peruntukan bagi menerima cadangan dan syor-syor dari kakitangan mengenai perkara di atas.

7. Mesyuarat-mesyuarat

    1. Mesyuarat-mesyuarat biasa bagi Majlis akan diadakan sekurang-kurangnya tiga (3) bulan sekali, iaitu empat (4) kali setahun. Mesyuarat pertama hendaklah diadakan sebelum atau pada 31 Mac, kedua sebelum atau pada 30 Jun, ketiga sebelum atau pada 30 September dan keempat sebelum atau pada 31 Disember.

    1. Korum bagi mesyuarat Majlis hendaklah tidak kurang 50% iaitu enam(6) orang ahli Pihak Pegawai dan 50% iaitu sepuluh (10) orang ahli Pihak Pekerja.

    1. Agenda bagi mesyuarat-mesyuarat Majlis hendaklah disediakan oleh Setiausaha Bersama dan dihantar kepada pihak masing-masing tidak kurang daripada tujuh (7) hari sebelum tarikh mesyuarat. Perkara-perkara yang tidak termasuk di dalam agenda hanya boleh dibincangkan dengan kebenaran Pengerusi dan Naib Pengerusi.

    1. Mesyuarat Khas Majlis boleh diadakan dengan permintaan Pengerusi atau Naib Pengerusi bila dikehendaki. Tarikh mesyuarat tersebut hendaklah dipersetujui oleh Pegawai-pegawai Majlis. Perkara-perkara yang akan dibincangkan di mesyuarat tersebut hendaklah terhad kepada perkara yang dinyatakan di dalam notis panggilan mesyuarat tersebut.

    1. Sekiranya Pengerusi tidak dapat mempengerusikan mana-mana mesyuarat Majlis, maka ahli Pihak Pegawai terkanan boleh mempengerusikan mesyuarat majlis dengan kebenaran daripada Pengerusi. Dalam apa keadaan sekalipun, Naib Pengerusi tidak boleh mempengerusikan mana-mana mesyuarat Majlis.

  1. Minit mesyuarat MBJ hendaklah ditandatangani oleh Setiausaha Pihak Pegawai dan Setiausaha Pihak Pekerja.

8. Keputusan

    1. Segala keputusan-keputusan Majlis hendaklah dicapai secara persetujuan di antara kedua-dua belah pihak.

  1. Keputusan yang diambil jika tidak ada hubungan dengan Jabatan-jabatan lain dan tidak pula bertelingkah dengan dasar Kerajaan akan disenggarakan atau dilaksanakan terus oleh Jabatan Warisan Negara. Bagi keputusan yang ada kaitan dengan dasar Kerajaan ataupun dengan Jabatan-jabatan lain ianya akan dirujukkan kepada Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Jabatan Perkhidmatan Awam ataupun kepada Jabatan-jabatan yang berkenaan sebelum dilaksanakan.

9. Pindaan Kepada Perlembagaan

    1. Perlembagaan Majlis boleh dipinda di mana-mana mesyuarat Majlis dengan persetujuan tidak kurang daripada 50% ahli Pihak Pegawai dan 50% ahli Pihak Pekerja. Notis mengenai pindaan hendaklah diberi dan diedarkan kepada ahli-ahli Majlis sekurang-kurangnya sebulan sebelum tarikh mesyuarat. Segala pindaan perlembagaan yang telah diluluskan oleh Majlis hendaklah dikemukakan ke Bahagian Saraan, Jabatan Perkhidmatan Awam untuk diluluskan.

    1. Jabatan Perkhidmatan Awam sebagai penggubal dasar boleh menetapkan kaedah terbaik bagi menyelesaikan sebarang perbezaaan pendapat dan pertentangan di antara Pihak Pegawai dengan Pihak Pekerja mengenai penggubalan dan pindaan perlembagaan Majlis. Segala keputusan yang dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Awam adalah muktamad selari dengan kuasa yang diperuntukkan dalam perenggan 13 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1992.

10. Pihak Pegawai

Ahli-ahli bagi Pihak Pegawai adalah terdiri daripada pegawai-pegawai di dalam Jabatan Warisan Negara adalah seperti berikut:

 

1.

KOSONG
Ketua Pengarah
Pengerusi

2.

ENCIK MOHAMAD MUDA BIN BAHADIN
Timbalan Ketua Pengarah
Ahli

3.

ENCIK JOHAR BIN KADIS
Pengarah Bahagian Daftar Warisan 
Ahli
S 54

4.

KOSONG
Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan
Ahli
M 52

5.

PUAN EYO LENG YAN
Pengarah Bahagian Warisan Tidak Ketara
Ahli
S 52

6.

ENCIK RUZAIRY BIN ARBI
Pengarah Bahagian Arkeologi
Ahli
S 52 

7.

ENCIK SANGAM @ MUSA ANTOK
Penolong Pengarah Bahagian Konservasi
Ahli
S 48

8.

ENCIK MOHD SYAHRIN BIN ABDULLAH 
Pengarah Bahagian Warisan Dunia (Wakil)
Ahli
S 48

9.

ENCIK ALFIAN BIN MOHD NOR
Penolong Pengarah Kanan Cawangan Kewangan
Ahli
M 44

10.

ENCIK RAJA NORSYAHRUL SAFUAN BIN RAJA HASAN
Penolong Pengarah Kanan Cawangan Petadbiran
Ahli
S 44

11.

CIK NURATIKAH BINTI ASNAWI
Penolong Pengarah Kanan Cawangan Sumber Manusia
Setiausaha
M 41

12.

ENCIK IEEZWAN BIN MOHD SADIK
Ketua Unit Integriti
Ahli
S 41

11. Pihak Pekerja - Kumpulan I (Gred 41-48)

Ahli-ahli bagi Pihak Pekerja hendaklah terdiri daripada pekerja-pekerja Jabatan Warisan Negara dan dilantik oleh pekerja-pekerja yang berkhidmat di Jabatan Warisan Negara

 

1.

KOSONG
Pegawai Kebudayaan
B 44

2.

PUAN ROKIAH BINTI ABDUL SAMAT
Kurator
S 44

3.

PUAN RAFEAH BINTI IBRAHIM
Kurator
Setiausaha MBJ Pihak Pekerja
S 41

4.

PUAN MAS AYU BINTI MOHD TAHIR
Kurator
S 41

5.

ENCIK MUHAMMAD TERMIZI BIN HASNI
Kurator
S 41

6.

KOSONG
Arkitek
J 41

12. Pihak Pekerja - Kumpulan II (Gred 27-40)

1.

ENCIK SUHAIMI BIN MOHAMED SETH
Penolong Kurator
Pengerusi MBJ Pihak Pekerja
S 38

2.

PUAN JULIANA BINTI SULIMAN
Penolong Kurator
S 32

3.

ENCIK ZUL HASNIZAM BIN ABDUL HAMID
Penolong Pegawai Pustakawan
S 29

4.

ENCIK AFZAN BIN AHMAD
Penolong Pegawai Penerangan
S 29

5.

PUAN NURRULL ILZAMALHANA BINTI KAMARUDDIN
Penolong Kurator
S 29

6.

CIK AEERISCIA EPPLE
Penolong Kurator
S 29

 

13. Pihak Pekerja - Kumpulan III (Gred 1-26)

1.

ENCIK KHAIRIL AMRI BIN ABDUL GHANI
Pembantu Muzium
S 26

2.

PUAN NORRULHUDA BINTI ABDUL HALIM
Pembantu Muzium
S 26

3.

PUAN JUANA SAERAH BINTI HJ JAMALUDIN
Pembantu Muzium
S 26

4.

PUAN SHALIZA BINTI LAJIS
Pembantu Muzium
S 22

5.

ENCIK MOHD NOOR BIN YAAKUB
Pembantu Muzium
S 22

6.

ENCIK MOHAMAD KAMARUL HARIS BIN HAMID
Pembantu Muzium
S 22

7.

ENCIK NIK REDZUAN BIN SALLEH
Pembantu Muzium
S 22

8.

ENCIK FARID AZUAN BIN RAMLI
Pemandu Kenderaan
H 11

JABATAN WARISAN NEGARA
Aras Mezanin, 15-20,
Menara Permodalan Nasional Berhad (PNB),
No. 201-A, Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Emel : info@heritage.gov.my

Jumlah Pelawat :

Pilihan Bahasa :
Melayu | English

Peta Laman