Language Selection   

EN
Icon 11 Icon 10 Icon 1 Icon 9 Icon 2 Icon 3 Icon 4 Icon 5 Icon 6 Icon 7 Gmail Icon

Tarian

Tarian

 

Seni Tarian adalah satu bentuk persembahan melalui pergerakan tubuh badan secara berirama yang dilakukan di tempat dan waktu tertentu untuk keperluan pergaulan, mengungkapkan perasaan, maksud dan pemikiran. Sesuatu persebahan tarian itu diperkuatkan penyampaian dan maksud yang ingin disampaikan melalui bunyi-bunyian atau muzik. Gerakan tarian berbeda dari gerakan rutin seharian seperti berlari, berjalan atau bersenam kerana tarian atau pergerakan yang dianggap tari biasanya bertujuan menyampaikan atau menyuarakan sesuatu pergerakan anggota tubuh badan yang disulami emosi atau jiwa penarinya. Seni tarian di Malaysia dipengaruhi dengan perkembangan semasa dunia seperti ballet, moden kontemporari, jazz, latin dan sebagainya namun seni tarian bersifat tradisional yang mewakili masyarakat komuniti tempatan seharusnya dilindungi , diwarisi dan dimartabatkan agar tidak hilang ditelan arus kemodenan zaman. Suatu ketika dahulu istana menaungi kumpulan-kumpulan sendiri bagi mengadakan persembahan di istana.

 

 

 

Gambar menunjukkan persembahan Tarian Ngajat

 

Tarian Ngajat adalah merupakan  identiti  utama masyarakat Iban yang menjadi kebanggaan kebudayaan di Sarawak. Tarian Ngajat ditarikan dalam sambutan Hari Gawai sebagai tanda kesyukuran dalam hasil menuai padi sepanjang tahun ini.  Tarian Ngajat dibahagikan kepada pelbagai jenis tarian iaitu  Ngajat Lesong, Ngajat Bunuh, Ngajat Induk, Ngajat Ngalu Temuai (menyambut tetamu), Ngajat Pua Kumbu dan Ngajat Kuta (persembahan ngajat Tradisional). Dahulunya tarian ini biasanya di persembahkan semasa meraikan kejayaan atau menyambut kepulangan pahlawan-pahlawan Iban yang baru balik dari medan perang dan juga meraikan kejayaan hasil dari cucuk tanam mereka yang merujuk kepada tanaman padi.

 

 

 

 

Gambar menunjukkan persembahan Tarian Sumazau

 

Tarian Sumazau merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah yang amat terkenal di Sabah. Ia merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun yang sering dipersembahkan pada Tadau Kaamatan iaitu Pesta Menuai yang dirayakan di negeri Sabah pada setiap bulan Mei. Tarian ini ditarikan dengan kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan dikibar-kibarkan umpama kipasan sayap burung, mengikut  alunan rentak yang dimainkan dengan perlahan-lahan dan lemah lembut.

 

 

 

 

Gambar menunjukkan persembahan Tarian Zapin

 

Zapin merupakan tarian Melayu yang melambangkan elemen-elemen kesenian Melayu dan Timur Tengah. Bermula dari abad ke-14, imigran Arab yang mendarat di Johor membawa pengaruh kesenian ini ke Semenanjung Malaysia bercirikan selera tempatan yakni dari saduran kesenian Melayu. Tarian Zapin masa kini lebih dikenali sebagai kesenian rakyat yang menggabungkan gerak tari yang berasaskan kaki penari-penarinya. Cara persembahan tarian ini terbahagi kepada tiga peringkat. Peringkat pertama merupakan permulaan tarian atau pembukaan tari. Peringkat kedua ialah pecahan atau gerak serta lenggang tari dan peringkat ketiga merupakan penutup tarian.

 

 

Teater

Teater


Seni teater merupakan satu kombinasi lakonan (dialog pertuturan, gerak isyarat, mimik muka, emosi), muzik , nyanyian , tarian, bunyi-bunyian, unsur ritual , pencahayaan , set , props , kostum , mekap pencahayaan dan unsur kekaguman pentas. Ia boleh mempunyai mana-mana satu atau lebih unsur-unsur kraf yang melebihi daripada cabang seni persembahan yang lain seperti muzik dan tarian. Teater bukan sekadar hiburan tetapi ia juga berperanan sebagai medium untuk pendidikan , alat sebaran dan sebagainya. Teater terbahagi kepada beberapa pecahan genre seperti teater absurd, sandiwara , moden , monodrama, muzik dan sebagainya. Teater bersifat tradisional seperti Mak Yong, Bangsawan, Jikey, Mek Mulung , Hamdolok, Menora , Wang Kulit seharusnya terus dilindungi dan diwarisi.

 

 

 

Gambar menunjukkan persembahan Teater Mek Mulung

 

Mek Mulung merupakan teater tradisional yang terdapat di negeri Kedah. Mek Mulung merupakan sebuah seni persembahan yang menggabungkan unsur lakonan, tarian serta muzik. Ia merupakan sebuah teater tradisional Melayu yang masih aktif bergiat di Kampung Wang Tepus, Kedah. Persembahan kesenian ini dimainkan oleh watak-watak seperti seorang raja, permaisuri, penari perempuan, ahli muzik dan peran.

 

 

 

Gambar menunjukkan persembahan Teater Mak Yong

 

Mak Yong iaitu suatu bentuk kesenian tradisional Melayu yang boleh dikategorikan sebagai dramatari kerana persembahannya bukan sahaja mengandungi drama (lakonan) tetapi juga diselang-selikan dengan tarian dan nyanyian yang diringi muzik secara langsung. Pemain dan pemuzik hadir di pentas terbuka dan dipertontonkan serentak. Kesenian ini terbentuk sebagai suatu genre hiburan yang menggabungkan keindahan dan kelembutan gerak tari dan suara korus yang halus dan lunak oleh barisan Inang atau Jong Dondang, lakonan dengan dialog beradat oleh watak utamanya yang terdiri daripada Mak Yong dan Pak Yong yang diriuh-rendahkan pula kelucuan watak-watak Peran Tua dan Peran Muda.

Pengenalan

PENGENALAN

 

Seni Persembahan adalah satu bentuk pertunjukkan seni yang dilakukan secara langsung atau terus kepada penonton atau khalayak yang membabitkan empat (4) elemen iaitu masa, ruang, tempat dan hubungan antara pelaku dan penonton. Persembahan ini boleh diadakan berdasarkan panduan skrip atau tanpa skrip, spontan atau dirancang dengan teliti dan ia boleh berlaku di mana-mana tempat dan pada bila-bila masa yang dirasakan sesuai. Secara asasnya seni persembahan bertujuan untuk mengekspresikan emosi dan perasaan yang merupakan suatu penyataan yang ingin disampaikan oleh si pelaku kepada khalayak yang menonton atau menyaksikan persembahan itu.

 

Dalam lingkungan warisan, seni persembahan seharusnya memperlihatkan nilai-nilai warisan yang murni dan beradab bagi mewakili suatu cerminan budaya dan ketamadunan kepada masyarakat yang diwakilinya.

CAWANGAN SENI PERSEMBAHAN

 

Cawangan Seni Persembahan, Bahagian Warisan Tidak Ketara menyelaras dan melaksanakan penyelidikan, pendokumentasian, program pengembangan, perlindungan dan pencalonan Warisan, Warisan Kebangsaan, Warisan Dunia dan Warisan Kebangsaan Orang Hidup yang merangkumi seni persembahan agar ia selaras dan teratur mengikut ketetapan Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645).

 

Teras Utama Seni Persembahan di Bahagian Warisan Tidak Ketara merangkumi :

 

  • Teater
  • Tarian
  • Muzik

 

 

Gunung Niah (40,000 Tahun)

Gua Niah (40,000 Tahun)
 
Hematit, berwarna merah yang terdapat di gua-gua, diguna sebagai warna merah untuk lukisan dinding gua Kain Hitam, Niah Bekas tembikar dengan tanda pemukul tekanan di Gua Niah
 

Agop Batu Tulug, Kinabatangan, Sabah (900 Tahun)

Merupakan cenuram batu kapur setinggi 39 meter dan sebahagian daripada pembentukan batu kapur Labang yang berusia 20 hingga 25 juta tahun dahulu. Perkataan 'agop' dalam bahasa Orang Sungai bermaksud gua. Terdapat tiga gua yang utama,  iaitu  Agop Suriba (bawah)  di bahagian lantai hutan, Agop Lintanga (tengah) dan Agop Sawat (atas) masing-masing  dengan  ketinggian antara 12 hingga15 meter.

Statistik menunjukkan terdapat sebanyak 125 keranda kayu balak di Agop Batu Tulug yang berusia 700 hingga 900 tahun dahulu. Keranda-keranda tersebut diperbuat daripada jenis kayu keras seperti belian dan merbau.

Keunikan keranda-keranda tersebut adalah berdasarkan motif-motif figura haiwan seperti kerbau, buaya, biawak, ular dan burung dibahagian kepala manakala motif-motif flora dan tumbuh-tumbuhan diukir pada bahagian badan keranda.

Dipercayai terdapat lebih 2000 keranda kayu balak yang seusia dengan yang terdapat di Agop Batu Tulug yang mendiami di gua-gua batu kapur di sekitar kawasan Lembah Kinabatangan menjadikan Lembah Kinabatangan sebagai salah satu tapak arkeologi yang terpenting di Malaysia.
 

Agop Batu Tulug, Kinabatangan, Sabah
 
  Motif kepala kerbau pada keranda kayu balak Agop Batu Tulug
 
Ukiran yang terdapat pada keranda Agop Batu Tulug Keranda kayu balak bermotif kepala kerbau di Agop Batu Tulug

JABATAN WARISAN NEGARA
Aras Mezanin, 15-20,
Menara Permodalan Nasional Berhad (PNB),
No. 201-A, Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Emel : info@heritage.gov.my

Jumlah Pelawat :

Pilihan Bahasa :
Melayu | English

Peta Laman