Language Selection   

EN
Icon 11 Icon 10 Icon 1 Icon 9 Icon 2 Icon 3 Icon 4 Icon 5 Icon 6 Icon 7 Gmail Icon

Pengenalan

PENGENALAN

 

Negara kita kaya dengan khazanah warisan dalam bidang kesusasteraan tradisional yang diwarisi melalui lisan atau tulisan daripada masyarakat terdahulu. Kesemua hasil karya ini sama ada lisan ataupun tulisan merupakan satu dokumentasi penting dalam merakamkan segala perihal kehidupan sesuatu masyarakat. Ia adalah himpunan daya kreativiti yang menyerlahkan daya fikiran, akal budi, sentuhan jiwa, cita rasa, jati diri dan kebijaksanaan yang lahir dalam masyarakat sejak zaman dahulu.

 

CAWANGAN BAHASA DAN PERSURATAN

 

Cawangan Bahasa dan Persuratan di Bahagian Warisan Tidak Tidak Ketara bertanggungjawab dalam melaksanakan penyelidikan, pendokumentasian, program pengembangan, perlindungan dan pencalonan bagi kategori Warisan, Warisan Kebangsaan dan Warisan Dunia untuk elemen bahasa dan persuratan agar ia selaras dan teratur mengikut ketetapan Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645).

 

Skop bidang utama bahasa dan persuratan di Bahagian Warisan Tidak Ketara merangkumi :

  1. Sastera Lisan
  2. Sastera Tulisan
  3. Manuskrip
  4. Hikayat

JABATAN WARISAN NEGARA
Aras Mezanin, 15-20,
Menara Permodalan Nasional Berhad (PNB),
No. 201-A, Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Emel : info@heritage.gov.my

Jumlah Pelawat :

Pilihan Bahasa :
Melayu | English

Peta Laman