Pilihan Bahasa   

MY
                              

Teater

Teater


Seni teater merupakan satu kombinasi lakonan (dialog pertuturan, gerak isyarat, mimik muka, emosi), muzik , nyanyian , tarian, bunyi-bunyian, unsur ritual , pencahayaan , set , props , kostum , mekap pencahayaan dan unsur kekaguman pentas. Ia boleh mempunyai mana-mana satu atau lebih unsur-unsur kraf yang melebihi daripada cabang seni persembahan yang lain seperti muzik dan tarian. Teater bukan sekadar hiburan tetapi ia juga berperanan sebagai medium untuk pendidikan , alat sebaran dan sebagainya. Teater terbahagi kepada beberapa pecahan genre seperti teater absurd, sandiwara , moden , monodrama, muzik dan sebagainya. Teater bersifat tradisional seperti Mak Yong, Bangsawan, Jikey, Mek Mulung , Hamdolok, Menora , Wang Kulit seharusnya terus dilindungi dan diwarisi.

 

 

 

Gambar menunjukkan persembahan Teater Mek Mulung

 

Mek Mulung merupakan teater tradisional yang terdapat di negeri Kedah. Mek Mulung merupakan sebuah seni persembahan yang menggabungkan unsur lakonan, tarian serta muzik. Ia merupakan sebuah teater tradisional Melayu yang masih aktif bergiat di Kampung Wang Tepus, Kedah. Persembahan kesenian ini dimainkan oleh watak-watak seperti seorang raja, permaisuri, penari perempuan, ahli muzik dan peran.

 

 

 

Gambar menunjukkan persembahan Teater Mak Yong

 

Mak Yong iaitu suatu bentuk kesenian tradisional Melayu yang boleh dikategorikan sebagai dramatari kerana persembahannya bukan sahaja mengandungi drama (lakonan) tetapi juga diselang-selikan dengan tarian dan nyanyian yang diringi muzik secara langsung. Pemain dan pemuzik hadir di pentas terbuka dan dipertontonkan serentak. Kesenian ini terbentuk sebagai suatu genre hiburan yang menggabungkan keindahan dan kelembutan gerak tari dan suara korus yang halus dan lunak oleh barisan Inang atau Jong Dondang, lakonan dengan dialog beradat oleh watak utamanya yang terdiri daripada Mak Yong dan Pak Yong yang diriuh-rendahkan pula kelucuan watak-watak Peran Tua dan Peran Muda.

JABATAN WARISAN NEGARA
Blok A dan B, Bangunan Sultan Abdul Samad,
Jalan Raja 50050 Kuala Lumpur

No. Tel : 03 - 2612 7200
No. Faks : 03 - 2604 4900
Emel : info@heritage.gov.my

Jumlah Pelawat :

Income Tax Planning

    View Service