Pilihan Bahasa   

MY
Icon 11 Icon 10 Icon 1 Icon 9 Icon 2 Icon 3 Icon 4 Icon 5 Icon 6 Icon 7 Gmail Icon

Bahagian Warisan Tidak Ketara

 

Bahagian Warisan Tidak Ketara

 

Bertanggungjawab melaksanakan usaha pemuliharaan, pemeliharaan, perlindungan dan pengekalan warisan adat dan budaya, seni persembahan, bahasa dan persuratan serta seni halus melalui penyelidikan, pendokumentasian, program-program pengembangan dan kesedaran serta promosi warisan kebudayaan tidak ketara kepada masyarakat tempatan dan luar negara.

 

Bidang adat dan budaya merangkumi kepercayaan, budaya lingkungan, adat kitaran seperti adat istiadat, makanan, permainan tradisi, perubatan tradisional dan seni pertahanan diri. Seni persembahan pula merangkumi muzik, tarian dan teater. Manakala, bidang bahasa dan persuratan mencakupi  bahasa, tulisan Jawi, manuskrip, lagu rakyat, cerita rakyat, puisi Melayu tradisional dan sebagainya. Seni halus pula merangkumi busana, tekstil, perhiasan diri dan kraf. Bahagian ini juga bertanggungjawab mengenalpasti mana-mana orang hidup yang bergiat aktif dan berpengetahuan luas dalam bidang warisan untuk dicalonkan sebagai Tokoh Warisan Orang Hidup (WAKOH). Pengiktirafan butiran warisan tidak ketara turut dibawa ke UNESCO untuk mendapatkan status Warisan Dunia.

JABATAN WARISAN NEGARA
Aras Mezanin, 15-20,
Menara Permodalan Nasional Berhad (PNB),
No. 201-A, Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Emel : info@heritage.gov.my

Jumlah Pelawat :

Pilihan Bahasa :
Melayu | English

Peta Laman