Kunjungan hormat Presiden Persatuan Han Malaysia dan Pengerusi serta penasihat Persatuan Tarian Singa & Naga Kun Seng Keng Muar ke Jabatan Warisan Negara. Kunjungan hormat ini disambut oleh Pengarah Bahagian Warisan Tidak Ketara, Dr. Eyo Leng Yan bagi perbincangan awal Penyediaan Borang Pencalonan Tarian Singa di bawah kategori 𝑅𝑒𝑝𝑟𝑒𝑠𝑒𝑛𝑡𝑎𝑡𝑖𝑣𝑒 𝐿𝑖𝑠𝑡 𝑜𝑓 𝐼𝑛𝑡𝑎𝑛𝑔𝑖𝑏𝑙𝑒 𝐶𝑢𝑙𝑡𝑢𝑟𝑎𝑙 𝐻𝑒𝑟𝑖𝑡𝑎𝑔𝑒 𝑜𝑓 𝐻𝑢𝑚𝑎𝑛𝑖𝑡𝑦 pada tahun 2025.
Pencalonan Tarian Singa merupakan inisiatif Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya melalui Jabatan Warisan Negara dalam memartabatkan seni warisan negara di persada dunia. Penyenaraian Tarian Singa ke peringkat UNESCO bukan sahaja akan mengetengahkan keunikan warisan kebudayaan tidak ketara Malaysia, bahkan usaha kelestariannya dapat giat dijalankan oleh pelbagai pihak bagi memastikan warisan ini terus kekal dilindungi.
"𝐾𝑒𝑛𝑎𝑙𝑖, 𝑆𝑎𝑦𝑎𝑛𝑔𝑖 𝑑𝑎𝑛 𝐿𝑒𝑠𝑡𝑎𝑟𝑖 𝑊𝑎𝑟𝑖𝑠𝑎𝑛 𝐾𝑖𝑡𝑎"
#Warisan #MyMOTAC #MalaysiaTrulyAsia #MySeniBudaya #MalaysiaMADANI #TarianSingaAtasTiang #UNESCO