TAHNIAH KEPADA TIGA BADAN BUKAN KERAJAAN NGO IAITU PERSATUAN PENULIS NASIONAL MALAYSIA (PENA), PERTUBUHAN KRAF MALAYSIA (MALAYSIAN CRAFT COUNCIL - MCC) DAN PUSAT BUDAYA PUSAKA SDN. BHD (PUSAKA) YANG TELAH DITAULIAHKAN OLEH UNESCO SEMASA 10TH SESSION OF THE GENERAL ASSEMBLY OF THE STATES PARTIES TO THE CONVENTION FOR THE SAFEGUARDING OF THE INTANGIBLE CULTURAL HERITAGE (10.GA) DI IBU PEJABAT UNESCO, PARIS, PERANCIS
Delegasi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) yang diketuai oleh Ketua Setiausaha MOTAC, YBhg. Dato' Roslan Tan Sri Abdul Rahman dan diiringi oleh pegawai-pegawai daripada MOTAC, Jabatan Warisan Negara (JWN) dan Pejabat Delegasi Tetap Malaysia ke UNESCO, telah menghadiri 10th Session of the General Assembly of the States Parties to the Convention for the Safeguarding of the Intangible Cultural Heritage (10.GA) di Ibu Pejabat UNESCO, Paris, Perancis pada 11-12 Jun 2024.
Delegasi tersebut mewakili Malaysia selaku Negara Anggota 2003 Convention for the Safeguarding of the Intangible Cultural Heritage dan merangkap Ahli Intergovernmental Committee for the Safeguarding of the Intangible Cultural Heritage (IGC ICH) bagi sesi 2022 – 2026. Buat kali pertama, tiga badan bukan kerajaan (NGO) Malaysia iaitu Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Pertubuhan Kraf Malaysia (Malaysian Craft Council - MCC) dan Pusat Budaya Pusaka Sdn. Bhd (PUSAKA) telah ditauliahkan oleh UNESCO untuk bertindak dalam kapasiti penasihat kepada Jawatankuasa IGC ICH.
Antara peranan NGO bertauliah adalah bertindak sebagai :
i) Penasihat kepada Jawatankuasa antara Kerajaan untuk Melindungi Warisan Kebudayaan Tidak Ketara (IGCICH).
ii) Melaksanakan program berkaitan elemen warisan kebudayaan tidak ketara terutamanya yang telah mendapat pengiktirafan UNESCO melalui promosi, aktiviti, bengkel dan sebagainya.
iii) Menjadi focal point / induk kepada komuniti, penggiat, pengamal, kumpulan, persatuan dan individu yang lain mengikut domain masing- masing. Menggalakkan NGO untuk berdaftar sebagai NGO bertauliah.
Kepada NGO yang berminat untuk berdaftar di bawah UNESCO, boleh mendapatkan maklumat dan borang permohonan melalui https://ich.unesco.org/en/accreditation-of-ngos-00192