Pilihan Bahasa   

MY
                              

Kraf

 

Anyaman

Kegiatan seni anyaman ini telah bermula sejak zaman dahulu lagi. Ini boleh dilihat pada rumah-rumah masyarakat zaman dahulu di mana dinding rumah mereka dianyam dengan buluh dan kehalusan seni anyaman itu masih bertahan sehingga ke hari ini. Rumah yang berdinding dan beratapkan nipah tidak panas kerana lapisan daun nipah yang tebal menebat pengaliran haba.

Penggunaan tali, akar dan rotan merupakan asas pertama dalam penciptaan kraf tangan anyaman yang telah menjadi usaha tradisi sejak berabad-abad lalu. Bahan-bahan asas tumbuhan ini tumbuh meliar di hutan-hutan, paya-paya, kampung-kampung dan kawasan di sekitar pesisir pantai.

Pelbagai rupa bentuk kraf tangan dapat dihasilkan melalui proses dan teknik anyaman dari jenis tumbuhan pandanus (pandan dan mengkuang). Bentuk-bentuk anyaman dibuat didasarkan kepada fungsinya seperti dibentuk menjadi bakul, topi, tudung saji, tikar dan aneka rupa bentuk yang digunakan sehari-hari.

Selain daripada tumbuhan jenis pandanus, bahan asas lain yang sering digunakan ialah daripada tumbuhan bertam, jenis palma engeissona tritis dan nipah. Pada sekitar tahun 1756 hingga 1794 telah terdapat penggunaan tikar Raja yang diperbuat daripada rotan tawar dan anyaman daripada bemban.

Proses menganyam disebut juga sebagai "menaja". Untuk memulakan satu-satu anyaman waktu yang baik ialah pada sebelah pagi atau malam. Dalam keadaan cuaca yang redup atau dingin, daun-daun lebih lembut dan mudah dibentuk tanpa meninggalkan kesan-kesan pecah.

Selain tikar yang datar dengan sifat dua dimensi, terdapat rupa bentuk anyaman tiga dimensi. Bentuk-bentuk anyaman begini biasanya digunakan oleh masyarakat pada masa dahulu untuk mengisi atau menyimpan bahan-bahan keperluan hidup dan kegunaan seharian ialah seperti bakul, kampit (bekas belacan), tudung saji, kembal (rombong) dan sebagainya.

Anyaman buluh dan bertam dibuat dengan cara susunan tegak dan melintang. Anyaman daun pandan dan mengkuang disusun silang dengan kedudukan menyerong. Anyaman kelarai disusun secara tunggal atau lepas (menyeluruh) atau disusun dalam ruang tertentu.

 

Anyaman Mengkuang

Anyaman merupakan seni yang mempengaruhi kehidupan dan kebudayaan masyarakat Melayu. Menganyam bermaksud proses menjaringkan atau menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan-bahan tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh, pandan, mengkuang, jut dan sebagainya. Bahan ini biasanya mudah dikeringkan dan lembut.

Ukiran

Ukiran Kayu

Kayu dilihat sebagai sumber alam yang mudah diukir dan tahan lama sehingga mencecah beratus-ratus tahun. Antara kayu yang menjadi pilihan seperti cengal, merbau, kempas dan lain-lain. Dikatakan sejarah ukiran Melayu telah dikesan seawal zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi dengan hiasan di istana-istana. Ukiran-ukiran kediaman ini sangat masyhur di negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu, Melaka dan Negeri Sembilan. Selain itu, ukiran-ukiran ini dapat juga dikesan pada bangunan-bangunan seperti istana, rumah-rumah, masjid, pintu gerbang, alatan muzik, perabot, peralatan memasak, pengangkutan seperti sampan, perahu, kereta kuda atau pedati lembu.


Gambar 4:       Ukiran kayu teknik tembuk tembus bersilat dengan motif bunga asam paya



Gambar 5:       Ukiran Kayu teknik tebuk timbul bersilat dengan motif bayam peraksi



Gambar 6:       Topeng Mah Meri merupakan salah satu hasil kerja tangan ukiran kayu dalam kalangan masyarakat Orang Asli

 

Sulaman

Sulaman Benang



Gambar 7:       Sulaman benang menggunakan mesin

Manik Sarawak



Gambar 8:       Manik Sarawak dapat digubah menjadi pelbagai barangan kraf tangan

Kasut Manik



Gambar 9:       Kasut manik dengan pelbagai corak menarik

Tekat

Seni tekat dikenali juga dengan nama bersuji. Menekat merupakan kerja menyulam benang emas ke atas kain dasar (jenis baldu). Kerja-kerja menekat memerlukan pemidang untuk meregangkan kain baldu, mempulur sebagai acuan motif dan benang emas untuk membentuk bunga tekat.

Tekat adalah satu daripada seni tekstil warisan Melayu yang agung. Sulaman tekat dikenali juga dengan nama bersuji, menekat merupakan kerja menyulam benang emas ke atas kain dasar (jenis baldu). Kerja-kerja menekat memerlukan pemidang untuk merenggangkan kain baldu, mempulur sebagai acuan motif dan benang emas untuk membentuk bunga tekat.

Asal usul dan perkembangan tekat secara langsung dikaitkan dengan kegunaan pakaian dan kelengkapan keluarga diraja atau istana. Perkembangan awal seni tekat dapat dikesan pada awal kurun ke-15, iaitu semasa zaman keagungan Sultan Melayu Melaka. Kesan penggunaan sulaman dapat dilihat di kalangan masyarakat Cina berketurunan Baba Melaka. Mereka menggunakan sulaman tekat untuk pakaian-pakaian mereka. Terdapat beberapa jenis tekat yang dikerjakan oleh tukang pandai menekat. Antaranya ialah tekat timbul benang emas, tekat gubah dan tekat perada.

 

Tenunan

 

Kain Tenun Pahang Diraja



Gambar 10:     Kain Tenun Pahang Diraja

Tenun Pahang merupakan pakaian rasmi pembesar-pembesar Negeri Pahang. Tokoh yang bertanggungjawab memperkenalkan kain tenunan Pahang kepada penduduk negeri Pahang, khasnya penduduk di daerah Pekan ialah Tuk Tuan atau Keraing Aji. Beliau berketurunan Bugis dan bermastautin di Kampung Mengkasar, Pekan, Pahang. Tenunan Pahang menggunakan alat yang dikenali kei siam. Kedua-dua benang sutera dan benang kapas boleh digunakan. Ragam hias yang sederhana tetapi sangat unik kain ini dapat dilihat pada jalur-jalur atau petak-petak yang kadangkala diselitkan benang emas atau perak. Terdapat beberapa corak tradisional seperti corak melintang, memanjang, kain beragi, corak rawa, corak Bugis dan corak Muar.

 

 

Tembikar

Labu Sayong

Labu sayong merupakan sebahagian daripada seni kraf tangan tembikar. Ia dibuat daripada hasil tanah liat yang dibakar atau dijemur. Biasanya, ia digunakan sebagai peralatan untuk menyimpan air, makanan termasuklah makanan yang dijeruk seperti pekasam, budu, tapai dan sebagainya. Malahan dikatakan menggunakan peralatan ini dalam urusan memasak dan menyajikan makanan menghasilkan makanan yang lebih sedap. Manakala air minuman yang menggunakan barangan labu sayong ini menjadikan ia segara dan dikatakan mempunyai khasiat tertentu.

Labu sayong ini mendapat namanya daripada bentuknya yang seperti buah labu air, manakala ‘sayong’ merupakan tempat tembikar ini banyak diusahakan iaitu di Kampong Sayong, Kuala Kangsar, Perak. Tembikar yang dikenali sebagai labu sayong, terdapat pelbagai bentuk yang dihasilkan antaranya labu leper, labu bocong, labu tela, labu pucung, dan labu panai.

Logam

Di Semenanjung Malaysia penggunaan bahan logam dalam keperluan hidup manusia telah bermula sejak zaman purba lagi. Penggunaan alat-alat daripada logam yang berukir berterusan hingga kini. Orang-orang Melayu juga banyak sekali menghasilkan beraneka jenis alat yang diperbuat daripada logam.

Perusahaan ini banyak terdapat di kawasan Perbandaran Kuala Terengganu iaitu di Kampung Ladang dan juga Tanjung. Ia dijalankan secara kecil-kecilan. Pada kebiasaannya bengkel perusahaan tembaga ini adalah terletak di bawah rumah pengusaha itu sendiri yang bertiang tinggi. Perusahaan kraf tangan ini adalah melibatkan 90 % kerja-kerja tangan dan hanya kerja-kerja di peringkat mencuci sahaja yang menggunakan alat jentera ringan.

Biasanya hasil kraf tangan ukiran tembaga boleh dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu kegunaan dalam upacara tradisi atau adat, kegunaan untuk hiasan dan cenderamata dan juga alatan rumah tangga.

Alat Tembaga


Gambar 11:   Set cembul pada bekas tepak sirih turut dihiasi dengan seni ukiran tebuk timbul

JABATAN WARISAN NEGARA
Blok A dan B, Bangunan Sultan Abdul Samad,
Jalan Raja 50050 Kuala Lumpur

No. Tel : 03 - 2612 7200
No. Faks : 03 - 2604 4900
Emel : info@heritage.gov.my

Jumlah Pelawat :

Income Tax Planning

    View Service