Language Selection   

EN
                              

Insentif Potongan Cukai Bangunan Warisan

PENGENALAN

1. Insentif potongan cukai ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk memberi penjelasan berhubung peluasan permohonan potongan cukai di bawah Perenggan 34 (6) (h) Akta Cukai Pendapatan 1967 [Akta 53] yang memperuntukkan seperti berikut:

“(h) Suatu jumlah yang bersamaan dengan perbelanjaan yang ditanggung oleh orang yang berkaitan dalam tempoh yang berkaitan untuk penyediaan perkhidmatan, kemudahan awam dan sumbangan kepada projek amal atau komuniti yang berkaitan dengan pendidikan, kesihatan, perumahan, pemuliharaan atau pemeliharaan alam sekitar, peningkatan pendapatan golongan miskin, infrastruktur, teknologi maklumat dan komunikasi atau penyelenggaraan bangunan yang ditetapkan sebagai tapak warisan oleh Pesuruhjaya Warisan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645], yang diluluskan oleh Menteri.”

2. Pengecualian cukai ini adalah terpakai ke atas sumbangan dan penajaan projek pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan warisan yang telah diisytiharkan sebagai tapak warisan oleh Pesuruhjaya Warisan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645].

KELAYAKAN MEMOHON

Syarikat atau individu, perkongsian, badan amanah, badan bukan kerajaan (NGO), koperasi, persatuan dan perkongsian liabiliti terhad.

BENTUK SUMBANGAN DAN PENAJAAN

1. Pemberian tunai;
2. Pembelian Barang/ Peralatan/ Bahan Mentah;
3. Pembiayaan projek pembangunan, pemuliharaan dan penyelenggaraan warisan;
4. Konservasi bangunan warisan; dan
5. Perkhidmatan seperti kepakaran dalam bidang pemuliharaan warisan yang berkaitan.

KRITERIA PROJEK

1. Projek kerja pemuliharaan dan pemeliharaan bangunan warisan yang dipersetujui oleh Jabatan Warisan Negara dari segi teknikal, pelaksanaan, mekanisme dan lain-lain.
2. Projek perlindungan bangunan warisan memberi manfaat kepada kelestarian seni, budaya dan warisan tanpa mempunyai kepentingan kepada penyumbang.
3. Projek disumbangkan secara sukarela dan tidak disyaratkan oleh pihak berkuasa di bawah sesuatu peraturan.
4. Tidak bertentangan dengan Akta Warisan Kebangsaaan 2005 [Akta 645] serta akta-akta lain dalam Malaysia.
5. Dapat meningkatkan visibiliti pemuliharan dan perlindungan warisan di kalangan masyarakat.

SENARAI SEMAK

1. Bagi mendapatkan kelulusan projek yang dipohon, pihak penyumbang/ wakil dikehendaki mengemukakan permohonan sekurang-kurangnya 30 hari sebelum tarikh pelaksanaan yang lengkap dengan dokumen berikut :

a) Borang ( JWN.01/2024 );
b) Kertas Kerja Cadangan Projek (jika berkaitan); dan
c) Dokumen sokongan yang berkaitan (sekiranya perlu).

TATACARA PERMOHONAN :

Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada
Ketua Pengarah
Jabatan Warisan Negara
Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya
Blok A dan B, Bangunan Sultan Abdul Samad
Jalan Raja, 50050 Kuala Lumpur
No. Tel : 03-2612 7200
No. Faks : 03-2604 4900
Emel : info@heritage.gov.my
warisandunia@heritage.gov.my

*Kegagalan mengemukakan dokumen lengkap berdasarkan senarai semak boleh menyebabkan permohonan ditolak.

MUAT TURUN

1. Borang ( JWN.01/2024 )
2. Garis Panduan Peluasan Permohonan Potongan Cukai Bagi Sumbangan Dan Penajaan Projek Komuniti Dan Kebajikan Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Bangunan Warisan

3. Garis Panduan Pemuliharaan Bangunan Warisan

Image

JABATAN WARISAN NEGARA
Blok A dan B, Bangunan Sultan Abdul Samad,
Jalan Raja 50050 Kuala Lumpur

No. Tel : 03 - 2612 7200
No. Faks : 03 - 2604 4900
Emel : info@heritage.gov.my

Jumlah Pelawat :

Income Tax Planning

    View Service