Pilihan Bahasa   

MY
                              

SONGKET

SONGKET

15 Disember 2021

 

 

 

 

 

 

 

 


Pengiktirafan di bawah Representative List of the Intangible Heritage of Humanity

Songket digelar Ratu kain dalam tenunan Melayu kerana kerumitan pembuatannya dan tenunan yang menggunakan benang emas. Kain songket mendapat nama daripada tekniknya mengungkit benang emas di celah benang pakan dan loseng. Songket ditenun menggunakan alat tenunan kek Melayu dan benang emas sebagai benang pakan tambahan. Penggunaan benang emas menunjukkan kain ini bernilai tinggi dan pemakainya mempunyai darjah kebesaran, kekayaan serta kekuasaan. Oleh itu dahulu hanya Raja, kerabat diRaja dan pembesar negara yang boleh menggunakan kain songket.

Songket boleh didapati di rantau Melayu Nusantara seperti Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan Brunei. Perusahaan kain songket di Malaysia banyak terdapat di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Melaka dan Sarawak. Identiti kain songket diterjemahkan melalui ragam hias dan reka corak yang mengandungi unsur-unsur alam seperti tumbuhan, unggas dan geometrik.

Walaupun masih dianggap tekstil Melayu klasik yang mewah, tetapi kini songket boleh diguna dan dipakai oleh setiap lapisan masyarakat terutamanya semasa menghadiri majlis adat istiadat atau hari-hari perayaan. Songket pada awalnya

dijadikan sebagai kain sarung atau samping dan kerudung. Kegunaan dan fungsi songket kini telah dikomersialkan antaranya dijadikan sebagai bahan hiasan dalaman seperti langsir, alas meja, sarung kusyen, hiasan dinding dan juga sebagai perhiasan diri seperti beg tangan dan kasut.

SONGKET

15 December 2021

Inscribed on the Representative List of the Intangible Heritage of Humanity

 

Songket is known as the queen of all fabrics in Malay weaving due to the complexity of its production and the use of gold thread. The term Songket is derived from the technique employed to make it: inserting gold thread in between the weft and warp threads. Songket is woven using the Malay weaving loom called 'kek', with gold thread as the weft thread. The use of gold thread indicated the high quality of the cloth and those who wore it were from wealthy and influential families. In the past, only rulers, members of royalty and the country's dignitaries were allowed to ware it.

Songket can be found in Malaysia, Indonesia, Thailand, the Philippines and Brunei. The producing communities of Songket in Malaysia are mostly in state of Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Melaka and Sarawak. The identity is traced by its design patterns that use geometry and elements of nature such as flowers, birds and insects.

The timeless Songket which was once regarded as a luxury textile can today be enjoyed by all. It is widely used in ceremonial gatherings and celebrations. From its humble use as a sarong (a large tube or length of fabric), samping (a piece of cloth, smaller then sarong wrappped around man's waist while wearing trousers) and shawl. Nowaday, Songket has been widely developed into various decorative items such as curtains, tablecloths, handbags and handicraft.

JABATAN WARISAN NEGARA
Blok A dan B, Bangunan Sultan Abdul Samad,
Jalan Raja 50050 Kuala Lumpur

No. Tel : 03 - 2612 7200
No. Faks : 03 - 2604 4900
Emel : info@heritage.gov.my

Jumlah Pelawat :

Income Tax Planning

    View Service