Pilihan Bahasa   

MY
                              

PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah negara berbilang bangsa dan kaum yang terdiri daripada 3 kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India manakala Malaysia Timur sendiri terdiri daripada beratus-ratus etnik peribumi. Kepelbagaian kaum dan sejarah yang panjang menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang unik dengan latar budaya yang berbeza. Perbezaan agama, budaya dan adat resam setiap kaum dan etnik dirai dan dihormati bagi mengekalkan keharmonian dan keamanan negara. Adat budaya yang merangkumi seluruh aspek kehidupan masyarakat telah berkembang melalui tradisi pewarisan daripada satu generasi ke generasi dan diamalkan sejak turun temurun ini telah mempengaruhi sebahagian besar gaya hidup masyarakat Malaysia dan menjadi identiti setiap kaum.

 

            Justeru, Bahagian Warisan Tidak Ketara melalui Cawangan Adat Budaya berperanan untuk melaksanakan penyelidikan, pendokumentasian dan aktiviti kesedaran serta pengembangan bagi melestarikan serta mendidik masyarakat berkaitan warisan budaya di Malaysia. Warisan adat budaya kita wajar dihargai kerana kepelbagaian dan asimilasi budaya inilah yang membentuk landskap Malaysia pada hari ini sehingga Malaysia dikenali diseluruh dunia. Cawangan Adat Budaya memfokuskan kepada aspek-aspek berikut:-

 

  1. Adat
  2. Makanan warisan
  3. Perubatan tradisional
  4. Permainan tradisi
  5. Pertahanan diri

 

JABATAN WARISAN NEGARA
Blok A dan B, Bangunan Sultan Abdul Samad,
Jalan Raja 50050 Kuala Lumpur

No. Tel : 03 - 2612 7200
No. Faks : 03 - 2604 4900
Emel : info@heritage.gov.my

Jumlah Pelawat :

Follow us on Social Media

Ikuti Kami di Sosial Media

Income Tax Planning

    View Service