- Details
- Hits: 51
KEMPEN SOKONG PENCALONAN BUDAYA SARAPAN MALAYSIA SEBAGAI REPRESENTATIVE LIST OF INTANGIBLE CULTURAL HERITAGE OF HUMANITY, UNESCO
Sarapan apa pagi ini?
Kami tahu antara menu sarapan wajib anda tentu Nasi Lemak, Roti Canai dan Teh Tarik yang sememangnya tidak dapat lari daripada budaya kita.
Makan Nasi Lemak bungkus beraroma daun pisang, Roti Canai lembut dicecah kuah dal atau kari serta minum secawan teh tarik “kaw-kaw” pasti akan membangkitkan mood anda di pagi hari!
Namun sama ada kita sedari atau tidak, budaya menikmati sarapan pagi di rumah, kedai makan atau bungkus untuk dinikmati bersama keluarga atau rakan-rakan bukan sahaja mengeratkan hubungan tetapi juga mencerminkan keharmonian masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.
Gabungan tiga menu kegemaran rakyat Malaysia ini telah berjaya menyatu menjadi “Hidangan Malaysia”, diterima dan dikongsi bersama oleh masyarakat pelbagai kaum hingga melahirkan “Budaya Sarapan Malaysia” yang menarik untuk pertonton kepada masyarakat luar.
Melihat signifikannya budaya sarapan pagi rakyat Malaysia ini, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Warisan Negara (JWN) akan mengemukakan pencalonan Malaysian Breakfast Culture: Dining Experience in A Multi-Ethnic Society kepada UNESCO di bawah kategori Representative List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity.
Justeru, ayuh rakyat Malaysia! Mari kita zahirkan sokongan untuk menjayakan pencalonan ini dan mengangkat nama Malaysia ke mata dunia kerana anda semua turut memainkan peranan dalam menghidupkan “Budaya Sarapan Malaysia” .
APA YANG ANDA BOLEH LAKUKAN?
- Muat naik gambar anda menikmati menu tradisi sarapan rakyat Malaysia di mana-mana platform media sosial dan jangan lupa letakkan hashtag (#) berikut:
- Mengisi borang persetujuan dan sokongan secara dalam talian dengan mengimbas kod QR yang disediakan atau tekan pautan yang diberikan:
