Welcome to Jabatan Warisan Negara   Click to listen highlighted text! Welcome to Jabatan Warisan Negara Powered By GSpeech
All for Joomla All for Webmasters

PROGRAM SINGGAH SANTAI@PNM 2018

Pada 28 Julai 2018 yang lalu, Jabatan Warisan Negara (JWN) telah memenuhi jemputan daripada Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) untuk menyertai Program Singgah Santai@ PNM 2018. Program bersiri ini bertujuan untuk menarik minat masyarakat awam ke perpustakaan sekaligus merapatkan hubungan perpustakaan dengan komuniti setempat. Dengan tema program ‘Belia Disanjung, Warisan Dijunjung’, JWN telah mengambil inisiatif untuk mengadakan aktiviti demonstrasi  pelbagai permainan tradisi seperti congkak, dam aji, sepak raga, tating lawi (sepak bulu ayam), kercang, ceper (tuju tutup botol) dan batu seremban. Para pengunjung terutamanya belia dan pelajar sekolah berpeluang mencuba dan bermain sendiri pelbagai permainan tradisi ini dan merasai keseronokan yang pernah generasi dahulu lalui. Pendedahan secara holistic permainan tradisi ini kepada orang ramai  terutamanya generasi muda melalui program sebegini merupakan usaha Jabatan untuk memastikan kelestarian budaya warisan kita terus terpelihara.     

Login to post comments
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Brown Green Pink Violet
Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech