Welcome to Jabatan Warisan Negara   Click to listen highlighted text! Welcome to Jabatan Warisan Negara Powered By GSpeech
All for Joomla All for Webmasters

SELANGOR INTERNATIONAL INDIGENOUS ARTS FESTIVAL (SIIAF 2018)

 “Selangor International Indigenous Arts Festival (SIIAF 2018)” telah berlangsung pada 4-5 Ogos 2018 (Sabtu & Ahad) yang lalu bertempat di Taman Botani Negara, Shah Alam. Acara ini merupakan penganjuran kali ke-4 sejak tahun 2015 ia mula diperkenalkan. SIIAF 2018 telah dirasmikan oleh Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah dan turut hadir bersama dengan tuanku ialah YB Dato’ Menteri Besar Selangor serta Exco Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan. Wakil daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan) YBhg Dato’ Haslina binti Abdul Hamid juga turut hadir bersama.

Tema SIIAF 2018 adalah “Discover The Hidden Gems of Selangor” atau “Terokai Khazanah Permata Negeri Selangor iaitu Kaum Orang Asal di Negeri Selangor”. Tuanku Raja Muda Selangor juga telah melihat sendiri replika kercang terbesar sepanjang 30 kaki yang telah dimasukkan dalam Malaysia Book of Record sebagai kercang terbesar dan terpanjang di Malaysia dan diletakkan di Taman Botani Negara, Shah Alam.

Tuanku Raja Muda Selangor turut berkesempatan melawat ruang pameran yang disediakan oleh Jabatan Warisan Negara (JWN). JWN telah menyediakan demo pembuatan permainan kercang dan menyediakan pameran tentang permainan tradisional yang popular di Malaysia seperti congkak, batu seremban, dam aji, tating lawi, sepak raga, kercang, galah panjang dan gasing. JWN juga menyediakan ruang permainan tradisi anjung seperti dam haji, congkak, batu seremban untuk pengunjung bermain.

 

Login to post comments
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Brown Green Pink Violet
Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech