Welcome to Jabatan Warisan Negara   Click to listen highlighted text! Welcome to Jabatan Warisan Negara Powered By GSpeech
All for Joomla All for Webmasters

Thursday - May 25, 2017

Weather: 27°C

PENGENALAN

Pada menjalankan kuasanya melalui Akta Warisan Kebangsaan (Akta 645), Bahagian X, Subseksyen 67 (1), maka menteri boleh mengishtiharkan ‘mana-mana orang hidup sebagai suatu Warisan Kebangsaan’.

Semenjak Akta ini diwartakan (30 Disember 2005), maka seramai lima (5) orang yang hidup telah diangkat sebagai Warisan Kebangsaan Orang Hidup (WAKOH) pada tahun 2015 terdiri daripada pelbagai latar belakang kemahiran dan ketokohan dalam bidang seni budaya.

Tokoh-tokoh tersebut ialah;

i.      Dato' Aripin Bin Said (Lagu Rakyat)

ii.     Romli Bin Mahamud (Awang Batil)

iii.    Maznah Anak Unyan (Ayaman Kraftangan Tradisional Orang Asli)

iv.   Mathew Ngau Jau ( Muzik Sape)

v.    Saad Bin Talib (Mek Mulung)

KRITERIA DALAM MEMBUAT PERTIMBANGAN MENGIKUT  SUBSEKSYEN 67 (2) ADALAH :

a)    kepentingan sejarah, hubungan dengan atau perhubungan dengan sejarah Malaysia;

b)    ciri-ciri  reka bentuk atau estetik;

c)    pembaharuan atau pencapaian saintifik atau teknikal;

d)    hubungan sosial atau kebudayaan;

e)    potensi untuk mendidik, menjelaskan atau menyediakan penyiasatan saintifik lanjut berhubung dengan warisan kebudayaan Malaysia;

f)     kepentingan dalam mempamer kekayaan, kepelbagaian atau integrasi bentuk yang luar biasa;

g)    jarang tidaknya atau keunikan warisan semula jadi, warisan budaya ketara atau tidak ketara atau warisan kebudayaan di bawah air;

h)    gambaran bentuk suatu tapak atau objek sebagai sebahagian daripada kelas atau jenis suatu tapak atau objek; dan

i)      apa-apa perkara lain yang berkaitan dengan penentuan warisan kebudayaan yang penting.

Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Brown Green Pink Violet
Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech