Welcome to Jabatan Warisan Negara   Click to listen highlighted text! Welcome to Jabatan Warisan Negara Powered By GSpeech
All for Joomla All for Webmasters

Tarian

 

Seni tarian adalah satu bentuk persembahan melalui pergerakan tubuh badan secara berirama yang dilakukan di tempat dan waktu tertentu untuk keperluan pergaulan, mengungkapkan perasaan, maksud, dan pemikiran. Sesuatu persembahan tarian itu diperkuatkan penyampaiannya dan maksud yang ingin disampaikan melalui bunyi-bunyian atau muzik yang mengiiringinya. Gerakan tarian berbeda dari gerakan rutin seharian seperti  berlari, berjalan atau bersenam kerana tarian atau pergerakan yang dianggap tari biasanya bertujuan menyampaikan atau menyuarakan sesuatu melalui pergerakan anggota tubuh badan yang disulami emosi atau jiwa penarinya. Seni tarian di Malaysia turut dipengaruhi dengan perkembangan semasa dunia seperti ballet, moden kontemporari, jazz, latin dan sebagainya namun seni tarian bersifat tradisional yang mewakili masyarakat komuniti tempatan seharusnya terus dilindungi, diwarisi dan dimartabatkan agar tidak hilang ditelan arus kemodenan zaman. Suatu ketika dahulu istana turut menaungi kumpulan-kumpulan tariannya sendiri bagi mengadakan persembahan di istana.

 

 

Jenis                    :Seni Tarian

Seni Persembahan         :TARIAN PIRING

TARIAN PIRING atau Tarian Piriang merupakan sebuah seni tarian yang asalnya dibawa oleh masyarakat Minangkabau yang berasal dari daerah Bukit Tinggi, Sumatra Barat, Indonesia. Ia merupakan salah satu seni tarian Minangkabau yang masih diamalkan oleh penduduk Negeri Sembilan malahan ia telah diterima sebagai amalan budaya masyarakat Minang dan Melayu Negeri Sembilan.

Tarian ini memiliki gerakan yang menyerupai gerakan para petani semasa bercucuk tanam, membuat kerja menuai dan sebagainya. Tarian ini juga melambangkan rasa gembira dan syukur dengan hasil tanaman mereka. Tarian ini merupakan tarian gerak cepat dengan para penari memegang piring di tapak tangan mereka, diiringi dengan lagu yang dimainkan oleh caklempong dan saluang. Bagi menambah unsur-unsur estetika, magis dan kejutan dalam tarian ini, penari lelaki dan perempuan akan memijak piring-piring pecah tanpa rasa takut dan tidak pula luka. Penonton akan berasa ngeri dan kagum apabila kaca-kaca pecah dan tajam itu dipijak sambil melakukan gerak tari.

Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Brown Green Pink Violet
Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech