Welcome to Jabatan Warisan Negara   Click to listen highlighted text! Welcome to Jabatan Warisan Negara Powered By GSpeech
All for Joomla All for Webmasters

Cawangan Bahasa dan Persuratan melaksana penyelidikan, pendokumentasian, program pengembangan, perlindungan dan pencalonan Warisan, Warisan Kebangsaan dan Warisan Dunia bagi elemen Bahasa dan Persuratan yang merangkumi bidang bahasa persuratan agar ia selaras dan teratur mengikut ketetapan Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645).

Bahasa dan Persuratan di Bahagian Warisan Tidak Ketara merangkumi :

  1. Prosa dan Puisi
  2. Cerita-Bukan Cerita
  3. Manuskrip

 

 

  1. Prosa dan Puisi

Dari segi bentuk, kesusateraan Melayu tradisional terbahagi kepada dua, iaitu prosa dan puisi; malah kadang kala pembahagian kepada prosa dan puisi dianggap sebahagian daripada dua genre puisi:

  1. Yang tergolong sebagai prosa termasuklah semua genre yang disebut dan dijadikan topik atau bab-bab dalam kajian ini (dan akan dihuraikan secara terperinci seterusnya).
  2. Yang tergolong sebagai puisi termasuk pantun, syair, nazam, gurindam, seloka, teka-teki, peribahasa berirama, teromba, talibun, prosa lirik, mantera dan dikir.

 

 

  1. Cerita-Bukan Cerita

Dari segi isinya, baik lisan mahupun tulisan dapat dibahagikan kepada dua:

  1. Yang berbentuk cerita, kisah atau naraftif.
  2. Yang berbentuk bukan cerita, bukan kisah atau bukan naratif.

 

 

Sastera Lisan

Cerita-cerita lisan terbahagi kepada dua bentuk; cerita dan bukan cerita. Bentuk cerita termasuk;

  1. Cerita asal-usul.
  2. Cerita binatang.
  • Cerita jenaka.
  1. Mitos dan legenda.
  2. Cerita-cerita romantik atau lipur lara (termasuk syair dan prosa lirik).

 

 

Bukan cerita termasuk;

  1. Peribahasa (bidalan, pepatah, perbilangan dan perumpamaan).
  2. Pantun
  • Teromba
  1. Mantera
  2. Zikir/dikir
  3. Gurindam, Seloka dan Teka-Teki.

 

 

 

Sastera lisan telah digolongkan ke dalam Sastera Rakyat dengan mengambil kira sastera lisan yang telah tertulis sebagai “cerita”, “hikayat” atau “kaba”.

 

Sastera Tulisan

 

Cerita

  1. Sastera Hikayat
  2. Hikayat-hikayat berunsur Hindu dan pancaran daripada epik India Ramayana dan Mahabharata: Hikayat Seri Rama, Hikayat Pandawa Lima, Hikayat Perang Pandawa Jaya.
  3. Hikayat lain berunsur India.
  4. Hikayat-hikayat daripada sumber Islam dan tempatan.
  5. Hikayat-hikayat daripada pelbagai unsur, Hindu, Islam dan daerah lain di Nusantara.
  6. Sastera Epik
  7. Epik kebangsaan: Hikayat Hang Tuah
  8. Epik berunsur Islam: Hikayat Muhammad Hanafiyah, Hikayat Amir Hamzah

 

  1. Sastera Panji dan Perwayangan
  2. Cerita-cerita panji Jawa dan Melayu termasuk dalam bentuk syair: Syair Ken Tambuhan, Syair Jaran Tamasya.
  3. Cerita-cerita wayang, pokok dan ranting daripada Ramayana dan Mahabharata.
  4. Cerita lain daripada tradisi wayang.

 

 

  1. Sastera Sejarah
  2. Sejarah bersifat mitos dan lagenda: Merong Mahawangsa, Hikayat Banjar.
  3. Sejarah berunsur mitos dan sejarah: Sejarah Melayu, Hikayat Raja Pasai.
  4. Sejarah sebenar; merangkumi tempat, tokoh dan peristiwa: Misa Melayu, Sejarah Riau, Syair Residen De Brauw.
  5. Salasilah dan peraturan: Asal Raja-Raja Sambas, Surat Pengangkatan dan lain-lain.

 

 

 

  1. Kisah Para Nabi dan Tokoh-Tokoh Islam
  2. Cerita sekitar kehidupan Nabi Muhammad s.a.w.: Hikayat Nur Muhammad, Hikayat Nabi Bercukur, Hikayat Nabi Wafat.
  3. Cerita tentang tokoh-tokoh dan keluarga Rasulullah: Hikayat Fatimah, Hikayat Khadijah Kahwin.
  4. Cerita Nabi dan Rasul yang lain: Kisas al-Anbia, Hikayat Nabi Yusof.
  5. Cerita tokoh-tokoh Islam, termasuk sebelum Islam: Iskandar Zulkarnain, Hikayat Tamin al-Dari, dan para sahabat yang lain.
  6. Cerita wali Allah, ahli sufi, dan sebagainya: Hikayat Luk,am al-Hakim, Hikayat Sultan Ibrahim ibn Adham.
  7. Watak dan peristiwa lain: Hikayat Perang Khaibar, Hikayat Seribu Masali, dan lain-lain.

Bukan Cerita

 

  1. Sastera Kitab
  2. Ilmu fikah: Sirat al-Mustaqim
  3. Ilmu tasawuf, sufi dan lain-lain: Kitab al-Hakim, Syarab al-Asiqin, Thabit al-Muktadin, Mirat al-Tulab.
  4. Ilmu tahwid: Petunjuk Tentang Membaca al-Qur’an, Tanbihal-Makmun, Sirat al-Qari.
  5. Perundangan, faraid, dan lain-lain: Hukum Warisan dan Perkahwinan, Ilmu Faraid.

 

 

  1. Sastera Undang-Undang dan Ketatanegaraan
  2. Kanun dan undang-undang: Hukum Kanun Melaka, Undang-Undang Pahang
  3. Peraturan dan adat-istiadat: Adat Raja-Raja Melayu.
  4. Ketatanegaraan: Taj al-Salatin, Bustan al-Salatin.
  5. Hukum adat, termasuk teromba dan tambo.

 

 

  1. Kepustakaan Ilmu Tradisional
  2. Ilmu husab: Ilmu Hisab, Ilmu Hitungan.
  3. Ilmu bahasa: Bustan al-Katibin, Assir al-Hawi fi Ta’lima al-Nahu al-Jawi (Sri Lanka).
  4. Ilmu pertanian: Ilmu Tanaman
  5. Ilmu perubatan, perbomohan: Kitab Tib, Ilmu Mendukun.
  6. Ilmu penujuman: Kitab Bintang, Kutika Ramalan, Rejang Kutika.
  7. Lain-lain: Ilmu Berahi, Rahsia Perempuan.

 

 

Pembahagian kepada lisan dan tulisan, cerita dan bukan cerita, bukanlah suatu pembahagian yang tekal. Suatu cerita lisan mungkin terdapat dalam bentuk bertulis, demikian pula sebaliknya. Hal ini berlaku kerana proses menuliskan cerita-cerita lisan telah lama berjalan dan masih dijalankan. Sementara proses penciptaan dan transmisi cerita-cerita lisan masih berterusan dalam konteks dan daerahnya sendiri.

 

Pada pembahagian cerita dan bukan cerita juga, garis pemisahnya tidak semestinya tetap. Cerita atau “unsur cerita” mungkin terdapat dalam golongan bukan cerita, misalnya karya-karya yang bermotif pengajaran, termasuk karya-karya sufi misalnya, bentuk cerita terdapat sebagai anekdot dan interpolasi. Yang menjadi ukuran di sini ialah isi dan motif karya, misalnya pengajaran agama Islam, kewarganegaraan atau yang lain. Perihal inilah yang membezakan penggolongan karya walaupun antara berbagai-bagai karya terdapat unsur-unsur yang sama.

Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Brown Green Pink Violet
Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech