Welcome to Jabatan Warisan Negara   Click to listen highlighted text! Welcome to Jabatan Warisan Negara Powered By GSpeech
All for Joomla All for Webmasters

Thursday - February 23, 2017

Weather: 27°C

Malaysia amat kaya dengan warisan kebudayaan termasuk makanan warisannya yang pelbagai dan esotik. Adalah menjadi satu tanggungjawab mengangkat Makanan Tradisi  ke suatu tahap yang tinggi dan seiring dengan perkembangan teknologi makanan masa kini. Di Malaysia, masyarakat majmuk telah menyumbang penghasilan pelbagai jenis masakan warisan yang menonjolkan kekreatifan di samping kesenian seperti teknik pembuatan, pembungkusan dan penyajian makanan.

Kehidupan masyarakat yang tinggal “mesra” bersama alam telah membenarkan alam diterokai terutama dalam memperolehi sumber untuk menghasilkan makanan, penyajian dan pembungkusannya. Warisan berbentuk masakan dan penyajian makanan ini juga merupakan satu ciri kebudayaan yang unik dan bersifat tradisi.

Makanan Warisan terbahagi kepada makanan yang dimasak dan makanan mentah. Terdapat pelbagai teknik penyediaan makanan iaitu bahan mentah dimasak secara membakar atau salai, mengukus, mengoreng, merendang, merebus atau sup dan sebagainya. Makanan yang tidak dimasak merangkumi proses menjeruk, diperap atau penapaian dan sebahagiannya dimakan segar.

Sehinga kini, jumlah Makanan Warisan Kebangsaan 2015 yang diisytihar adalah 51. Antaranya ;

 

Air Nira

 

Ais Kepal

 

Bubur Anak Lembah

 

Inang-Inang

Lompat Tikam

 

Kuih Ros

Langgan Berita

Dapatkan Berita Terkini Percuma!

  • Berita Terkini
  • Acara Terkini

Rakan Media Sosial

Statistik

00087301
Kemaskini Terkini : Isnin 06 Februari 2017, 16:26:46.
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Brown Green Pink Violet
Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech