Welcome to Jabatan Warisan Negara   Click to listen highlighted text! Welcome to Jabatan Warisan Negara Powered By GSpeech
All for Joomla All for Webmasters

DONDANG SAYANG DISENARAIKAN SEBAGAI UNESCO REPRESENTATIVE LIST OF THE INTANGIBLE CULTURAL HERITAGE OF HUMANITY

Pencalonan Dondang Sayang telah berjaya mendapat pengiktirafan oleh pihak UNESCO sebagai Representative List of The Intangible Cultural Heritage of Humanity semasa Mesyuarat Intergovernmental Committee for the The Safeguarding of the Intangible Cultural Heritage (IGC-ICH) kali ke-13 yang telah diadakan di Swami Vivekananda International Convention Center, Port Louis, Republik Mauritius pada 24 November-01 Disember 2018 baru-baru ini. Delegasi Malaysia telah diketuai oleh Ketua Pengarah Jabatan Warisan Negara, Dato’ Dr. Zainah Ibrahim. Turut hadir adalah YB Datuk Muhammad Jailani Khamis, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Negeri Melaka bersama pegawai-pegawai lain.

Program pengiktirafan telah diwujudkan di bawah Convention for the Safeguarding of Intangible Cultural Heritage 2003 yang mana hanya negara yang meratifikasi konvensyen tersebut sahaja yang boleh menghantar pencalonan untuk disenaraikan. Malaysia telah menandatangani Konvensyen ini pada tahun 2013. Dondang Sayang merupakan pengiktirafan pertama setelah Malaysia meratifikasi Konvensyen 2003 tersebut. Konvensyen ini sangat penting kerana ianya bertujuan untuk melindungi warisan kebudayaan tidak ketara di seluruh dunia.

Penyenaraian di peringkat UNESCO merupakan pengiktirafan bertaraf dunia ke atas salah satu khazanah warisan negara bagi warisan kebudayaan tidak ketara. Keputusan telah diumumkan pada 29 November 2018 (Khamis). Ianya telah diputuskan oleh 24 Jawatankuasa yang bermesyuarat terdiri daripada 24 Negara Anggota yang dipilih. Selain Dondang Sayang, terdapat warisan kebudayaan tidak ketara dari negara lain turut mendapat pengiktirafan.  Pada kali ini, sebanyak 31 butiran di bawah kategori  Representative List of the Intangible Heritage of Humanity dan 7 butiran di bawah kategori List of Intangible Cultural Heritage in Need of Urgent Need for Safeguarding.

Pencalonan Dondang Sayang telah disediakan dan diselaras oleh Jabatan Warisan Negara, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dengan bantuan pakar daripada universiti tempatan. Selain itu, ianya juga telah mendapat kerjasama daripada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Melaka; agensi di bawah Kerajaan Negeri Melaka terutama sekali Perbadanan Muzium Negeri Melaka (PERZIM), Institut Seni Malaysia Melaka (ISSMA) dan lain-lain.

Pengiktirafan ini amat bermakna kerana kali terakhir Malaysia memperolehi pengiktirafan adalah pada tahun 2005, iaitu pengiktirafan Mak Yong di bawah Masterpieces of Oral and Intangible Cultural Heritage of Humanity. Pengiktirafan sebegini amat diingini oleh Negara Anggota kerana memberikan kelebihan dari segi perlindungan, promosi dan peluang mengetengahkan identiti negara masing-masing. Selain itu, pengiktirafan ini juga akan dapat meningkat visibiliti satu-satu negara di peringkat antarabangsa yang secara tidak langsung berpotensi meningkatkan kedatangan pelancong yang ingin melihat persembahan dengan lebih dekat lagi.

Setelah memperolehi pengiktirafan, Malaysia perlu menggalas tanggungjawab bagi memastikan Dondang Sayang terus terlindung untuk diwarisi kepada generasi akan datang sepertimana yang telah dijanjikan kepada pihak UNESCO. Laporan juga perlu dihantar pada setiap empat (4) tahun sekali kepada pihak UNESCO mengenai pelaksanaan program dan aktiviti serta usaha perlindungan dan lain-lain. Justeru itu, semua pihak perlu berganding bahu untuk turut sama membantu memastikan khazanah warisan ini terus kekal terlindung dan terus tersenarai di peringkat dunia.

Login to post comments
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Brown Green Pink Violet
Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech