Welcome to Jabatan Warisan Negara   Click to listen highlighted text! Welcome to Jabatan Warisan Negara Powered By GSpeech
All for Joomla All for Webmasters

LAWATAN KERJA KE TAPAK PERMATANG KUARZA GOMBAK. SELANGOR (PKGS)

 Satu lawatan kerja ke tapak Permatang Kuarza Gombak, Selangor (PKGS) telah diadakan pada 31 Julai 2018 yang lalu. Lawatan ini telah diketuai oleh YBhg Dato’ Dr. Zainah binti Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Warisan Negara. Kakitangan lain yang telah turut serta termasuk Hj. Mesran bin Mohd Yusop, Timbalan Ketua Pengarah, Encik Mohd Syahrin Bin Abdullah, Pengarah Bahagian Warisan Dunia dan lain-lain. Selain itu, agensi jemputan yang turut serta adalah daripada PLANMalaysia@Selangor (Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Selangor); Jabatan Perhutanan Negeri Selangor; Majlis Perbandaran Selayang; Pejabat Daerah Tanah dan Gombak serta Jabatan Mineral dan Geosains Selangor/ Kuala Lumpur.

 Lawatan ini bertujuan untuk membuat tinjauan dan melihat keadaan semasa tapak. Lawatan ini juga telah turut membincangkan tentang isu-isu berkaitan keselamatan dan penjagaan tapak. Sebagai Jabatan yang bertanggungjawab dalam memelihara dan memulihara warisan di Malaysia serta memartabatkan khazanah warisan negara ke peringkat antarabangsa, pihak JWN dengan kerjasama pihak Kerajaan Negeri Selangor dan PLANMalaysia@Selangor sedang dalam usaha untuk mencalonkan tapak PKGS sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO di bawah kategori tapak semula jadi.

 Terdapat beberapa pintu laluan masuk untuk ke tapak PKGS, dan lawatan ini menggunakan laluan masuk “West” yang terletak di sebelah kiri Empangan Klang Gate dan  mempunyai 14 “check point”. Tapak PKGS terletak di bawah pemilikan Kerajaan Negeri Selangor dan penjagaannya di bawah Jabatan Perhutanan Negeri Selangor dan Jabatan Mineral dan Geosains Selangor/ Kuala Lumpur. Pada masa sekarang, tapak ini terpaksa ditutup kepada orang ramai atas faktor keselamatan.

 Puncak yang tertinggi di tapak Permatang Kuarza Gombak, Selangor adalah 455 meter dari aras laut. Selain itu juga, terdapat sebuah empangan yang terletak bersebelahan dengan permatang kuarza yang dicadangkan diletakkan sebagai sebahagian kawasan Penampan (Buffer Zone). Permatang Kuarza Gombak Selangor adalah panjang 14 km dan 50 meter lebar yang terbentuk dari empat jenis kuarza yang berlainan. Sehingga kini, adalah dipercayai bahawa Permatang Kuarza Gombak, Selangor ini merupakan permatang kuarza yang terdedah di permukaan terpanjang di dunia. Ia merupakan tembok batuan semulajadi luar biasa yang terletak di pinggir Banjaran Titiwangsa. Usia batuannya yang mencecah jutaan tahun dan memiliki nilai saintifik serta nilai landskap semula jadi yang sangat unik adalah merupakan tapak warisan geologi bertaraf kebangsaan yang sangat bernilai tinggi.

 Tapak yang dicalonkan itu secara keseluruhannya terdiri daripada batuan Kuarza, iaitu mineral semulajadi dengan rumus kimia silikon dioxida (SiO2) yang mana ianya terbentuk apabila sisa magma mengalami proses penghabluran didalam rejahan (dike) menegak apabila magma ditolak ke atas melalui rekahan besar batu granit yang dikenali sebagai Granit Kuala Lumpur lebih kurang 200 juta tahun yang lalu. Morfologi Pseudo-karst yang terdiri daripada 4 bentuk iaitu dome, table, ramp dan tower dapat dilihat daripada Permatang Kuarza Gombak Selangor.

 Kawasan tapak Permatang Kuarza Gombak Selangor ini juga meliputi kawasan Hutan Simpan Hulu Gombak yang mempunyai pelbagai spesis flora dan fauna. Antara spesis fauna yang terdapat di Hutan Simpan Hulu Gombak adalah Kambing Gurun (Seraw), Beruang Madu (Sun Bear) dan Tikus Duri Hitam Pudar (Brown Spiny Rat).

 Sehingga kini, pelbagai usaha sedang giat dijalankan bagi pencalonan tapak Permatang Kuarza Gombak, Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Dokumen Tentative List bagi pencalonan PKGS telahpun dihantar kepada pihak UNESCO World Heritage Centre pada 31 Januari 2017 dan proses seterusnya adalah untuk penyediaan dossier pencalonan dan dokumen Pelan Pengurusan Pemuliharaan (CMP) dengan kerjasama pihak PLANMalaysia@Selangor. Kedua-dua dokumen tersebut merupakan dokumen wajib yang perlu dikemukakan kepada pihak UNESCO bagi tujuan penilaian sebelum satu-satu tapak dapat diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia. Harapan Jabatan warisan Negara agar semua pihak yang terlibat dapat memberikan kerjasama erat dapat diteruskan bagi memastikan segala usaha pemeliharaan dan pemantauan tapak PKGS kelak dapat dilaksanakan dengan lancar. Ini kerana pengiktirafan tersebut bukan sesuatu yang bersifat kekal malah status Tapak Warisan Dunia boleh ditarik balik sekiranya nilai keunggulan sejagat (OUV) serta integrity dan authenticity sesuatu tapak tidak dipelihara dengan baik.

Rabung Tapak Permatang Kuarza (PKGS) ini dianggap sebagai rabung kuarza yang terpanjang di dunia.

YBhg. Dato Dr. Zainah Binti Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Warisan Negara sedang memberikan ucapan kepada semua yang hadir.

Sesi taklimat dan penerangan diberikan kepada peserta lawatan sebelum lawatan tapak dijalankan.

 Laluan yang curam di sepanjang check point telah disediakan tali sokongan bagi tujuan keselamatan pendaki.

 Aktiviti pendakian yang amat mencabar kerana laluan permatang yang sempit dan curam.

Batuan kuarza merupakan keistimewaan bagi tapak ini yang membentuk permatang dan rabung yang panjang di sekitar lerengan bukit.

Pemandangan Bandar Kuala LUmpur dapat dilihat dari puncak pendakian.

Bergambar kenangan bersama YBhg. Dato Dr. Zainah Binti Ibrahim dan peserta lawatan yang terlibat.

 

Login to post comments
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Brown Green Pink Violet
Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech