Welcome to Jabatan Warisan Negara   Click to listen highlighted text! Welcome to Jabatan Warisan Negara Powered By GSpeech
All for Joomla All for Webmasters

SAMBUTAN HARI UNESCO MALAYSIA 2018, BULATAN SULTAN AZLAN SHAH, MERU, IPOH PERAK DARUL RIDZUAN 29 HINGGA 30 SEPTEMBER 2018

Sambutan Hari UNESCO Malaysia 2018 telah diadakan di Bulatan Sultan Azlan Shah, Ipoh Perak bermula pada 29 hingga 30 September 2018. Sambutan ini dianjurkan oleh pihak Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia yang bertemakan “Youth for Change”. Tujuan sambutan diadakan adalah untuk meningkatkan visibiliti dan peranan SKUM diperingkat kebangsaan dan juga meningkatkan jalinan kerjasama antara SKUM dengan agensi kerajaan mahupun bukan pihak kerajaan.

Pihak Jabatan Warisan Negara (JWN) telah terlibat dalam pengisian program di khemah pameran bersama-lain-lain agensi di bawah JKT Kebudayaan. Antara pengisian program yang telah dijalankan  antaranya Pameran Tapak Warisan Dunia UNESCO di Malaysia, pameran replika Perak Man, demonstrasi  pembuatan alat batu pra-sejarah, demonstrasi masakan warisan iaitu kebebe yang merupakan makanan tradisi masyarakat Melayu di Hulu Perak dan juga aktiviti ekskavasi arkeologi.

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Malaysia, YBrs Dr. Maszlee bin Malik pada 29 Oktober 2018, Sabtu pada jam 10 pagi. Antara VVIP lain Encik Shahbaz Khan, Pengarah Biro Sains,UNESCO Wilayah Asia Pasific, pihak MOTAC diketuai oleh Cik Saraya Arbi. Bagi pihak JWN diketuai oleh Dato’ Dr. Zainah Binti Ibrahim, KP JWN.

Kakitangan dari Bahagian Arkeologi sedang memberi penerangan kerja-kerja ekskavasi arkeologi dijalankan bersama pengunjung kanak-kanak.

Pelajar sekolah turut serta dalam kerja-kerja ekskavasi arkeologi

Dato’ Dr. Ketua Pengarah dan tetamu VIP melawat ke tapak khemah demonstrasi alat batu prasejarah

Pegawai JWN sedang membuat demonstrasi memotong ayam menggunakan alat batu

Demonstrasi penyediaan makanan warisan negeri Perak iaitu kebebe yang merupakan sejenis makanan yang menggunakan pelbagai tumbuhan pucuk, ulaman dan buah-buahan tempatan.

 Bergambar kenangan bersama Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan), pegawai-pegawai Motac dan VIP semasa Sambutan Hari  UNESCO 2018

 

 

 

Login to post comments
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Brown Green Pink Violet
Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech