Welcome to Jabatan Warisan Negara   Click to listen highlighted text! Welcome to Jabatan Warisan Negara Powered By GSpeech
All for Joomla All for Webmasters

PEMBENTANGAN AKHIR KAJIAN AWALAN (PRE-LIMINARY) KAWASAN TERTIARI TAPAK WARISAN DUNIA MELAKA DAN GEORGE TOWN

Tarikh : 10 Ogos 2018 (Jumaat) Masa : 9.30 Pagi Tempat: Bilik Mesyuarat Mezzanine Blok B, Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur
Jumaat, 14 September 2018

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA PROGRAM HARI WARISAN ARKEOLOGI LEMBAH LENGGONG BIL 1/2018

Tarikh : 12 September 2018 (Rabu Masa : 11.00 Pagi Tempat: Bilik Mesyuarat Rumah Rehat Lenggong 33400 Lenggong, Perak Satu Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Program Hari Warisan Arkeologi Lembah Lenggong telah diadakan pada 12 September 2018 (Rabu) bagi membincangkan dan menyelaras pengisian program serta agihan tugas setiap agensi berkaitan. Program bakal diadakan pada 19 hingga 20 Oktober 2018 (Jumaat-Sabtu). Lokasi yang dicadangkan adalah di Galeri Arkeologi Lembah Lenggong. Program ini akan melibatkan kerjasama pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan di peringat Negeri Perak, pelajar-pelajar dan komuniti setempat. Program ini adalah bertujuan untuk mempertingkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan Tapak …
Jumaat, 14 September 2018

MESYUARAT PENCALONAN TAMAN NEGERI ROYAL BELUM SEBAGAI TAPAK WARISAN DUNIA UNESCO

Tarikh : 6 Ogos 2018 (Isnin) Masa : 2.30 Petang Tempat: Bilik Mesyuarat Mezzanine Blok B, Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur Mesyuarat dipengerusikan oleh YBrs Hj. Mesran bin Mohd Yusop, Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Warisan Negara. Turut dihadiri oleh wakil-wakil dari agensi di peringkat negeri termasuk Pejabat Tanah & Galian Negeri Perak, Perbadanan Taman Negeri Perak, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, WWF (World Wide Fund for Nature), Persatuan Pencinta Alam Malaysia dan agensi yang berkaitan. Tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk menyelaras maklumat dan…
Jumaat, 14 September 2018

SESI PENERANGAN DAN KONSULTASI MENGENAI PENCALONAN DONDANG SAYANG SEBAGAI REPRESENTATIVE LIST OF THE INTANGIBLE CULTURAL HERITAGE OF HUMANITY BERSAMA STAKEHOLDERS DAN WAKIL KOMUNITI

Sesi penerangan dan konsultasi mengenai pencalonan Dondang Sayang bersama stakeholders dan wakil komuniti telah diadakan pada 21 Mac 2017 di Pejabat JWN Zon Selatan, Bangunan HSBC, Banda Hilir, Melaka. Ia bertujuan untuk menjelaskan mengenai usaha pencalonan dan perkara-perkara berkaitan sebagai tanda persetujuan untuk diangkat ke peringkat UNESCO. Dondang Sayang merupakan sejenis nyanyian yang popular dalam kalangan masyarakat Melayu dan Cina Peranakan di Melaka. "Dondang" bermakna nyanyian, manakala "Dondang Sayang" bermaksud nyanyian mengulit kasih. Ia merupakan elemen warisan kebudayaan tidak ketara yang dicalonkan sebagai Representative List of The Intangible Cultural Heritage Of Humanity, UNESCO pada tahun 2017.
Jumaat, 27 Julai 2018

MAJLIS MENANDATANGANI DOKUMEN PENCALONAN PANTUN SECARA BERSAMA (MULTI-NATIONAL) REPUBLIK INDONESIA

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan melalui Jabatan Warisan Negara (JWN) telah mencalonkan “Pantun” sebagai elemen Warisan Kebudayaan Tidak Ketara dibuat secara bersama (multi-national) dengan Republik Indonesia. Pantun adalah sejenis puisi tradisional masyarakat Melayu dan dicipta sebagai suatu bentuk pengucapan bagi menyampaikan buah fikiran dan perasaan seseorang. Pantun juga adalah merupakan genre kesusasteraan tradisional Melayu yang berkembang di seluruh dunia khususnya di Nusantara sejak ratusan tahun dahulu dan juga sering dijadikan sebagai alat komunikasi masyarakat pada ketika itu. Bagi tujuan penyenaraian Pantun, pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan melalui Jabatan Warisan Negara telah mengadakan mesyuarat pada 27 Februari 2017 bersama wakil Republik Indonesia…
Jumaat, 27 Julai 2018
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Brown Green Pink Violet
Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech