Welcome to Jabatan Warisan Negara   Click to listen highlighted text! Welcome to Jabatan Warisan Negara Powered By GSpeech
All for Joomla All for Webmasters

Pemindahan Masjid Kampung Teluk Memali ke Ipoh selesai

27 Ogs 2018 0 comment  

 

Ketua Pegawai Eksekutif ATSA Architects, Azim A Aziz berkata pembinaan dan pemulihan masjid itu yang menelan belanja RM600,000 merangkumi kos mengalihkan bangunan, melantik kontraktor serta memperbaiki pelbagai kerosakan dan telah menerima Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) daripada pihak berkuasa tempatan.

Beliau berkata usaha yang dilakukan pihaknya dengan kerjasama Politeknik Ungku Omar (POU) mengambil masa lebih setahun dengan mengekalkan nilai warisan dan keaslian seni bina dan struktur rumah ibadat itu bagi memastikan ia tidak lupus ditelan zaman.           

Azim berkata pihaknya mengambil masa yang lama untuk memindahkan struktur bangunan masjid itu kerana perlu dibaik pulih seperti kayu jenis cengal dan jati yang digunakan telah rosak selain menghantar kayu-kayu titu untuk diperbaiki ke sebuah syarikat yang mahir dalam seni bina pertukangan rumah tradisional  di Chemor di sini. “Kita memindahkan kolah wuduk dengan menggalinya di tapak asal dan turut membina kemudahan tambahan seperti balai lintang dan tandas.  

“Kita membaikpulih masjid tradisional ini mengikut piawaian Jabatan Warisan Negara dan kini dalam proses permohonan pewartaan status warisan untuk menjadikan ia sebagai bangunan warisan di negara ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis penyerahan bangunan masjid itu kepada MAIPk di sini, malam tadi.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MAIPk, Mohd Haidi Sulaiman berkata pembinaan masjid tradisional itu turut mendapat kelulusan dan sokongan jawatankuasa fatwa negeri yang memberi kebenaran untuk melaksanakan projek pembinaannya.

“Masjid yang berhampiran Sungai Perak itu tidak lagi digunakan di Kampung Teluk Memali apabila penduduk kampung dipindahkan ke kawasan lebih tinggi kerana kampung itu sering berlakunya banjir.        

“Kita memilih Bandar Seri Botani kerana mahu unsur-unsur tradisional masjid ini bercampur dengan kawasan di sini sekali gus menjadi satu kelainan dan cantik di sesebuah kawasan perumahan,” katanya.- Bernama

http://www.sinarharian.com.my/nasional/pemindahan-masjid-kampung-teluk-memali-ke-ipoh-selesai-1.869639

Login to post comments
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Brown Green Pink Violet
Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech