Welcome to Jabatan Warisan Negara   Click to listen highlighted text! Welcome to Jabatan Warisan Negara Powered By GSpeech
All for Joomla All for Webmasters

Pertandingan Citra Khas Boria PPKI (Program Pendidikan Khas Integrasi) Sekolah-Sekolah Rendah dan Menengah Zon Pudu dan Bangsar

Dengan matlamat bagi memberi pendidikan asas nyanyian boria kepada pelajar pendidikan khas peringkat sekolah rendah dan menengah serta meningkatkan ilmu pengetahuan tentang nilai-nilai kesenian bangsa sebagai teras pembentukan masyarakat berbudaya, suatu Pertandingan Citra Khas Boria PPKI (Program Pendidikan Khas Integrasi) Sekolah-Sekolah Rendah dan Menengah Zon Pudu dan Bangsar telah dianjurkan oleh PPKI SK Seri Permaisuri pada 5 Julai 2018 bertempat di Aras 3, Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur. Jabatan Warisan Negara turut dijemput bersama bagi menjadi panel penilai dalam pertandingan tersebut. Melalui pertandingan ini, ianya membantu murid-murid berkeperluan khas mempelajari gerakan asas yang terdapat dalam Boria yang seterusnya mampu meningkatkan kemahiran bertutur melalui kaedah pengulangan dalam menyebut bait-bait lirik Boria yang dipersembahkan. Malahan sekaligus dapat menjalinkan kerjasama dan hubungan erat antara murid-murid di sekolah yang berbeza wilayah. Pertandingan Citra Khas Boria PPKI Sekolah-Sekolah Rendah dan Menengah Zon Pudu dan Bangsar ini dengan jayanya telah dirasmikan oleh Encik Abdul Aziz Bin Md Hashim, Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas.

Login to post comments
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Brown Green Pink Violet
Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech