Welcome to Jabatan Warisan Negara   Click to listen highlighted text! Welcome to Jabatan Warisan Negara Powered By GSpeech
All for Joomla All for Webmasters

Pendaftaran Online Pertandingan Video Pendek Nilai-Nilai Murni 'ADAB' dibuka dari 17 Mei - 30 Jun 2018

08 Jun 2018 0 comment  

A. MAKLUMAT PERTANDINGAN.

 

  1. Pertandingan video pendek nilai-nilai murni adalah di bawah penganjuran Jabatan Warisan Negara, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.

 

  1. Pertandingan video pendek nilai-nilai murni ini dihasilkan bertujuan memupuk kembali kesedaran masyarakat Malaysia akan perihal pentingnya penerapan nilai-nilai murni dalam setiap tingkah laku dan amalan kehidupan sepanjang hayat.

 

  1. Konsep dan tema pertandingan adalah “ADAB”.

 

  1. Tema dan konsep “ADAB” dipilih kerana ia membawa maksud nilai-nilai murni dan mempunyai perlambangan kepada keperibadian seseorang yang mencerminkan jiwa bangsanya. Maksud kamus Dewan Bahasa Edisi Kedua, ‘adab” membawa pengertian budi pekerti yang halus dan tingkah laku yang baik. Dalam pengertian lain “adab” menjangkau kepada peradaban sistem dan tahap perkembangan sosial sesuatu bangsa atau kemajuan sosial dan kebudayaan sesuatu bangsa.

 

B. TERMA DAN SYARAT.

 

  1. Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas.

 

  1. Semua penyertaan hendaklah mendaftar secara online melalui Borang Penyertaan Pertandingan Video Pendek Nilai-Nilai Murni “ADAB” di laman sesawang heritage.gov.my. Tarikh pendaftaran online adalah pada 17 Mei 2018 dan ditutup pendaftaran pada 17 Jun 2018.

 

  1. Tarikh tutup penghantaran hasil video adalah pada 17 Ogos 2018.

 

  1. Hasil video hendaklah dimuat-naik ke dalam “thumbdrive” dan dihantar bersama salinan Borang Penyertaan Pertandingan Video Pendek Nilai-Nilai Murni “ADAB” melalui perkhidmatan pos/kurier atau secara terus ke alamat berikut :

 

PERTANDINGAN VIDEO PENDEK NILAI-NILAI MURNI “ADAB”

BAHAGIAN WARISAN TIDAK KETARA

JABATAN WARISAN NEGARA

BLOK B, BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD,

JALAN RAJA, 50500, KUALA LUMPUR.

 

TeL : 03-2604 4931 /03-2604 4926 /03-2604 4912

 

  1. Hasil video perlu menepati kualiti audio visual yang baik dan jelas.

 

  1. Penyertaan adalah terbuka kepada para amatur secara individu atau secara kumpulan.

 

  1. Setiap peserta boleh menghantar lebih dari satu (1) video tetapi tidak melebihi tiga (3) penyertaan video. Hanya satu (1) hadiah sahaja boleh dimenangi bagi setiap penyertaan.

 

  1. Genre adalah terbuka sama ada animasi, drama, sketsa, komedi, dokumentari atau gabungan kreatif.

 

  1. Segala kos produksi dan penerbitan, kerosakan atau kerugian ditanggung sepenuhnya oleh peserta, sama ada sebelum, semasa atau selepas penghantaran video dilakukan.

 

  1. Semua penyertaan mestilah merupakan kerja asal/asli dan tidak pernah menyertai mana-mana pertandingan sebelum ini.

 

  1. Hasil video dilarang menyentuh isu-isu sensitiviti keagamaan dan perkauman.

 

  1. Durasi video adalah bebas tetapi tidak boleh melebihi lima (5) minit termasuk montaj dan kredit penghargaan.

 

  1. Peserta bebas menggunakan sebarang gajet/gear yang bersesuaian untuk menghasilkan video yang berkualiti dengan elemen lakonan atau unsur-unsur lain berdasarkan kreativiti masing-masing.

 Info Tambahan:

 

Hasil video hendaklah mengikut spesifikasi minima seperti berikut :

Resolution :  720P

Size : 1080 X 720 HD 16:9

 

Hasil video hendaklah sesuai untuk diterbitkan dan dipaparkan dalam segala bentuk media video. Format yang dibenarkan adalah AVI, MOV & MP4.

 

Bagi tujuan hebahan dan promosi melalui sistem penyiaran (broadcast), peserta amat digalakkan untuk menghasilkan video mengikut spesifikasi minima berikut:

Resolution:  1080P

Size : 1980 X 1080 HD 16:9

 

  1. Penyampaian atau bahasa pengantar video hendaklah menggunakan Bahasa Kebangsaan dengan pilihan sarikata english atau tanpa sarikata.

 

  1. Semua penyertaan tidak boleh dimuat naik ke mana-mana portal/ media sosial/ blog sebelum keputusan diumumkan secara rasmi oleh pihak penganjur.

 

  1. Pihak penganjur berhak menolak atau membatalkan mana-mana penyertaan yang tidak mengikut atau memenuhi terma dan syarat pertandingan.

 

C. HAK CIPTA.

 

  1. Penganjur tidak akan bertanggung-jawab atas sebarang tuntutan akibat pelanggaran hasil hakcipta yang melibatkan muzik dan seumpamanya. Peserta hendaklah bertanggung-jawab sepenuhnya sama ada sebelum, semasa atau selepas video dihasilkan.

 

  1. Kesemua hasil video pemenang akan menjadi hak milik penganjur.

 

  1. Penganjur berhak sepenuhnya untuk menerbitkan, mengeluarkan, memapar, mengedar, menyunting dan menayangkan mana-mana karya pemenang pada mana-mana laman web, pameran, media atau media sosial atas tujuan promosi oleh pihak penganjur sama ada di dalam atau di luar negara.

 

D. PENILAIAN DAN PEMENANG PERTANDINGAN.

 

  1. Pengadilan dan penilaian hasil video adalah berdasarkan kepada idea asal, kandungan, daya tarikan dan gaya penyampaian.

 

  1. Penilaian dan undian “online” akan mula dibuka kepada para NETIZEN pada tarikh 1 September hingga 14 Oktober 2018. Peratusan undian netizen adalah sebanyak 40%.

 

  1. Penilaian oleh PANEL PENILAI PENGANJUR akan turut dilakukan dan peratusan penilaian adalah sebanyak 60%.

 

  1. Tiga (3) video terbaik akan dipilih sebagai pemenang.

 

  1. Semua pemenang akan dimaklumkan secara rasmi oleh pihak Jabatan Warisan Negara.

 

  1. Tawaran hadiah bagi para pemenang adalah seperti berikut;

 

JUARA:

Wang Tunai + Sijil + Hadiah Iringan

 

NAIB JUARA:

Wang Tunai + Sijil + Hadiah Iringan

 

TEMPAT KETIGA:

Wang Tunai + Sijil + Hadiah Iringan

 

SAGUHATI ISTIMEWA

Wang Tunai + Sijil+ Hadiah Iringan

 

  1. KEPUTUSAN ADALAH MUKTAMAD DAN SEBARANG RAYUAN TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.

                                                 

 

 

 

 

 

 

 

Login to post comments
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Brown Green Pink Violet
Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech