Welcome to Jabatan Warisan Negara   Click to listen highlighted text! Welcome to Jabatan Warisan Negara Powered By GSpeech
All for Joomla All for Webmasters

Tuesday - May 23, 2017

Weather: 26°C

ICH CAPACITY BUILDING WORKSHOP: MODULE 1 & MODULE DI THE STRAITS HOTEL & SUITES, MELAKA

Majlis Perasmian telah diadakan dan disempurnakan dengan Pukulan gong sebanyak 3 kali sebagai acara kemuncak perasmian oleh YBhg. Datuk TKSU, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (KPK) iaitu YBhg. Datuk Hj. Ab. Ghaffar bin A. Tambi Majlis Perasmian telah diadakan dan disempurnakan dengan Pukulan gong sebanyak 3 kali sebagai acara kemuncak perasmian oleh YBhg. Datuk TKSU, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (KPK) iaitu YBhg. Datuk Hj. Ab. Ghaffar bin A. Tambi

 

Bagi merialisasikan objektif program, Encik Khalid bin Syed Ali, Pengarah Bahagian Warisan Tidak Ketara telah menjemput Dr. Paritta Chalermpow Koanantakool dari Bangkok, Thailand dan Dr. Alexandra Denes dari Chiang Mai, Thailand. Fasilitator yang dijemput adalah sekretariat UNESCO yang berpengalaman luas dan merupakan pakar berhubung Safeguarding of the Intangible Cultural Heritage, UNESCO. Merujuk sekretariat, Convention 2003, UNESCO telah memperuntukkan 4 modul pembelajaran utama iaitu:

Module 1: Implementation of 2003 Convention at the National Level

Module 2: Community -Based, Inventorying of ICH Elements

Module 3: Elaboration of Safeguarding Measures

Module 4: Elaboration of Nomination Files to the List Intangible Culture & Request for International Assistance.

Melalui program selama 7 hari tersebut, para peserta telah didedahkan kepada Module 1 dan Module 2 manakala sambungan Module 3 dan Module 4 dirancang akan dilaksanakan pada tahun hadapan. Sesi bengkel dimulakan dengan ceramah dan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dan pada sebelah malamnya, Majlis Perasmian telah diadakan dan disempurnakan dengan Pukulan gong sebanyak 3 kali sebagai acara kemuncak perasmian oleh YBhg. Datuk TKSU, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (KPK) iaitu YBhg. Datuk Hj. Ab. Ghaffar bin A. Tambi. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Ketua-ketua Pengarah Agensi dan SUB Bahagian KPK, Pengarah-pengarah dari Agensi di Melaka serta Pengarah-pengarah dari Jabatan Warisan Negara sendiri.

Sesi bengkel diteruskan lagi dengan sesi ceramah dan latihan dalam kumpulan. Para peserta juga telah dibawa melawat ke Kampung Alai Dalam untuk menyaksikan sendiri bagaimana Adat Perkahwinan Masyarakat Melayu di Melaka diadakan. Di majlis tersebut para peserta telah dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan tradisional serta persembahan Dondang Sayang.

Pada hari-hari berikutnya, setelah mendengar ceramah dan menjalani latihan dalam kumpulan, para peserta telah dipecahkan kepada 4 kumpulan dan diberikan tugasan untuk melakukan amali kerja dilapangan iaitu inventori data Warisan Tidak Ketara (ICH) ke kampung-kampung warisan seperti Kampung Alai, Kampung Chetty, Kampung Portugis dan Kampung Baba Nyonya. Aktiviti tersebut berakhir kira-kira jam 5.00 petang dan para peserta telah diminta pulang ke hotel untuk membuat persediaan pembentangan maklumat (presentation) yang telah diperolehi.

Di hari terakhir sesi bengkel, para peserta telah diminta membentang semua maklumat yang telah dikumpul untuk perbincangan bersama disamping untuk dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua peserta. Majlis penutup program dan penyampaian sijil kepada semua peserta telah diadakan pada petang tersebut dengan disempurnakan oleh YBrs. Dr. Zainah binti Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Warisan Negara merangkap Pesuruhjaya Warisan. Pada sebelah malamnya pula, majlis makan malam secara santai telah diadakan dan diserikan lagi dengan persembahan Dondang Sayang oleh artis kebudayaan dari Institut Seni Malaysia Melaka (ISMMA).

 

Login to post comments
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Brown Green Pink Violet
Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech