Welcome to Jabatan Warisan Negara   Click to listen highlighted text! Welcome to Jabatan Warisan Negara Powered By GSpeech
All for Joomla All for Webmasters

Thursday - December 14, 2017

Weather: -273°C

Sungai Batu Bakal Dibangunkan Sebagai Produk Arkeo Pelancongan

12 Jun 2016 0 comment  

MERBOK, KEDAH, 20 Mei 2016 - Penemuan tapak Sungai Batu oleh Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG) Universiti Sains Malaysia (USM) yang telah berjaya melengkapkan lagi maklumat tamadun Kedah Tua, iaitu sebuah kerajaan yang wujud sejak 2600 tahun dahulu mampu dibangunkan sebagai produk arkeo pelancongan di negeri Kedah.

Hal ini dinyatakan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Agama, Kerja Raya, Pelancongan dan Warisan, Dato Hj Mohd Rawi Hj Abd Hamid ketika menyampaikan ucapan perasmian sempena Festival Kedah Tua.

Kata Mohd Rawi, kawasan ini sangat berpotensi dibangunkan sebagai sebuah produk pelancongan bersama Gunung Jerai dan hutan bakau Merbok di sekitarnya.

"Penganjuran festival ini secara tidak langsung berjaya meletakkan nama Kedah sebagai sebuah pusat pelancongan arkeologi  dalam peta tamadun dunia yang lebih jelas dan holistik terutamanya kepada pelancong-pelancong asing," katanya lagi.

Jelasnya, Jabatan Warisan Negara juga sedang merancang untuk penyediaan Sungai Batu sebagai calon Tapak Warisan Dunia UNESCO. 

"Demi untuk menjayakan lagi misi ini, pihak kerajaan negeri Kedah juga telah pun membeli lot tanah utama lokasi tapak Sungai Batu iaitu lot 1284, 1286 dan 709 untuk dibangunkan sebagai Taman Warisan Sungai Batu.

“Saya juga berharap dengan adanya kerjasama dengan PPAG USM, usaha kita untuk bangunkan kawasan Sungai Batu ini sebagai Tapak Warisan UNESCO akan dapat dilaksanakan," katanya lagi.

Sementara itu, Pengarah PPAG USM, Profesor Dato' Dr. Mokhtar Saidin berkata, penganjuran Festival Kedah Tua 2016 ini bertujuan bagi mendedahkan keistimewaan dan keunikan Sungai Batu sebagai tapak tamadun terawal di Asia Tenggara kepada penduduk setempat, orang awam seterusnya masyarakat dunia.

"Di Asia Tenggara tiada tamadun yg lebih tua seperti Sungai Batu dan di sini juga adalah antara tapak arkeologi yang mempunyai data yang agak lengkap dengan penemuan tapak peleburan besi, tapak ritual, pelabuhan, dan shahbandarnya yang mampu menjadikannya sebagai suatu tapak warisan dunia," tambahnya.

Bersempena festival ini, turut diadakan Kedah Tua International Conference (KTIC’16) bertempat di Hotel Park Avenue, Sungai Petani bermula 21-22 Mei dan seramai 29 orang pembentang antarabangsa telah dijemput termasuk pakar tamadun Mesopotamia, Mesir, Indus, China, Yunani-Rom dan Mesoamerika, di samping pakar tamadun di setiap negara Asia Tenggara.

"Penumpuan akan diberikan terhadap kepentingan arkeologi di Lembah Bujang dan membuat perbandingan antara semua tamadun utama dunia dari abad keenam Sebelum Masihi hingga abad ke-12 Masihi selain akan tertumpu kepada peranan dan sumbangan Sungai Batu dalam pembangunan tamadun utama dunia iaitu Mesopotamia, Mesir, Indus, China, Mesoamerica dan Greek Rome," jelas Mokhtar.

Sementara itu, pelbagai aktiviti menarik bakal diadakan sempena Festival Kedah Tua ini di tapak Sungai Batu termasuk lawatan berpandu ke tapak arkeologi, pameran arkeologi dan tamadun, jualan kraftangan, penyertaan dalam ekskavasi, membuat bata dan eksperimen peleburan besi, pertandingan, persembahan kebudayaan warisan dan kenduri rakyat.

Festival Kedah Tua ini ialah anjuran PPAG USM, Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Jabatan Warisan Negara, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Kerajaan Negeri Kedah, Malaysian Inbound Tourism Association (MITA) dan Pertubuhan Akitek Malaysia (PAM

Login to post comments
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Brown Green Pink Violet
Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech