Welcome to Jabatan Warisan Negara   Click to listen highlighted text! Welcome to Jabatan Warisan Negara Powered By GSpeech
All for Joomla All for Webmasters

Wednesday - October 18, 2017

Weather: 25°C

BICARA WARISAN KEBANGSAAN ORANG HIDUP ( WAKOH)

Maka Program Bicara WAKOH ini adalah antaranya bertujuan untuk memperkenal dan mempromosikan tokoh-tokoh yang telah diangkat dan dianugerahkan sebagai Warisan Kebangsaan Orang Hidup untuk memberi peluang kepada masyarakat umum khususnya golongan muda bagi mengenali WAKOH dengan lebih dekat dan berkongsi kepakaran, ilmu dan pengalaman WAKOH sehingga diangkat dan diberi penganugerahan Warisan Kebangsaan Orang Hidup.

Program bicara ini bersifat santai dan terbahagi kepada 2 segmen. Segmen 1 (sebelah pagi) akan menekankan bual bicara seperti sesi memperkenalkan diri, sejarah penglibatan awal; pengalaman dan perjuangan serta cabaran WAKOH dalam bidang yang diceburinya. Sementara pada Segmen 2 (sebelah petang), WAKOH akan mengadakan demonstrasi dan bengkel mengikut kesesuaian peserta dan memberi tunjuk ajar secara terus kepada peserta disamping mengadakan sesi soal jawab.

Program ini juga merupakan satu landasan promosi kepada jabatan dalam mewar-warkan kepada masyarakat mengenai usaha-usaha berterusan jabatan dalam melindungi nilai-nilai warisan negara khususnya dalam menghargai jasa dan sumbangan para penggiat seni budaya terhadap nilai-nilai warisan negara. Jabatan telah mengangkat dan mengisytiharkan seramai 21 tokoh penggiat seni budaya warisan Malaysia dari pelbagai latarbelakang kaum, budaya dan agama sebagai Warisan Kebangsaan Orang Hidup.

Program Bicara WAKOH kebiasaannya diakhiri dengan sesi minum petang sambil beramah mesra.

 

 

Login to post comments
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Brown Green Pink Violet
Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech