Welcome to Jabatan Warisan Negara   Click to listen highlighted text! Welcome to Jabatan Warisan Negara Powered By GSpeech
All for Joomla All for Webmasters

Thursday - December 14, 2017

Weather: -273°C

BENGKEL APRESIASI SYAIR

 

Penganjuran bengkel ini dilakukan untuk memartabatkan syair agar ia tidak terus pupus ditelan zaman, selaras dengan usaha Jabatan Warisan Negara sebagai agensi yang melindungi warisan tidak ketara berdasarkan Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645). Program ini merupakan langkah yang sangat baik sebagai wadah untuk memartabatkan warisan kebangsaan Malaysia dan memberi pendedahan serta mendidik masyarakat termasuklah warga Jabatan Warisan Negara. Selain itu, bengkel ini juga turut bertujuan membudaya warisan dalam kehidupan harian dan menyemarakkan Bulan Bahasa Kebangsaan 2016.

Bengkel ini akan memberi tunjuk ajar cara penyampaian 9 irama syair yang akan dibicarakan oleh Puan Zaiton Hussien dari Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. Ia telah pada 21 Oktober 2016, Jumaat di Pusat Pengembangan Warisan, Jalan Sultan Suleiman, Kuala Lumpur. Seramai 85 peserta telah menyertai bengkel ini. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Warisan Negara, YBrs. Dr Zainah bt Ibrahim. Bengkel ini diharap dapat mencapai objektifnya untuk memperkenalkan syair sebagai puisi melayu tradisional yang perlu disebarluaskan wilayahnya sejauh mungkin, selaras dengan kedudukannya yang telah diangkat sebagai Warisan Kebangsaan pada tahun 2009.

 

 

Login to post comments
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Brown Green Pink Violet
Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech