Welcome to Jabatan Warisan Negara   Click to listen highlighted text! Welcome to Jabatan Warisan Negara Powered By GSpeech
All for Joomla All for Webmasters

Thursday - December 14, 2017

Weather: -273°C

BENGKEL KALIGRAFI JAWI

 

Cawangan Bahasa dan Persuratan, Bahagian Warisan Tidak Ketara telah bekerjasama dengan Persatuan Seni Khat Kebangsaan (PSKK) mengadakan Bengkel Khaligrafi Jawi ini diadakan untuk meningkatkan kesedaran dan pendedahan tentang pentingnya tulisan khat jawi dalam tamadun Islam dan kemajuan bangsa Melayu, mengetahui perkembangan tulisan jawi serta hubungannya dengan Al-Quran dan Islam serta memberikan latihan dan tunjuk ajar dalam menulis dan melukis Khat Diwani Jali. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pegarah Jabatan Warisan Negara, Tn. Hj. Mod Zaky bin Hj Din. Bengkel ini telah diadakan pada 7 Mei 2016,Sabtu bertempat di Pusat Pengembangan Warisan, Jalan Sultan Suleiman, Kuala Lumpur.B Penceramah daripada PSKK yang mengendalikan kursus ini ialah Ustaz Abdul Wahab bin Khalid, Ustaz Sufian bin Kamaruddin danUstaz Zamri bin Amid.

 

Seramai 85 orang peserta dari pelbagai kaum dan agama telah menghadiri bengkel ini. Bengkel Kaligrafi Jawi ini merupakan salah satu cara untuk memperkenalkan dan memelihara warisan seni khat Negara, selaras dengan kedudukannya sebagai Warisan Kebangsaan yang telah diisytiharkan pada tahun 2009. Diharap dengan perlaksanaan program ini, ia dapat mempertingkatkan kesedaran kepada masyarakat untuk mengenali, mempelajari dan mewarisi salah satu warisan negara yang melambangkan identiti Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.

 

 

 

 

 

Login to post comments
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Brown Green Pink Violet
Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech