Welcome to Jabatan Warisan Negara   Click to listen highlighted text! Welcome to Jabatan Warisan Negara Powered By GSpeech
All for Joomla All for Webmasters

Friday - October 20, 2017

Weather: 30°C

Seminar Antarabangsa Pemuliharaan Warisan 2016 - IHCS 2016

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Dato' Seri Mohammed Nazri Bin Abdul Aziz melancarkan International Heritage Conservation Seminar (IHCS) - 2016 di Hotel The Everly, Putrajaya dengan disaksikan oleh Ketua Pengarah JWN, Dr. Zainah Binti Ibrahim  Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Dato' Seri Mohammed Nazri Bin Abdul Aziz melancarkan International Heritage Conservation Seminar (IHCS) - 2016 di Hotel The Everly, Putrajaya dengan disaksikan oleh Ketua Pengarah JWN, Dr. Zainah Binti Ibrahim

 

Seminar ini telah dihadiri seramai 250 orang peserta yang terdiri daripada agensi kerajaan, swasta, badan berkanun seperti Lembaga Arkitek Malaysia (LAM), Lembaga Jurutera Malaysia (LJM), Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP), Pertubuhan Jurukur di Raja Malaysia (RISM), Lembaga Jurukur Bahan Malaysia (BQSM) dan juga Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS) Tempatan.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata "Terdapat banyak permohonan untuk kerja-kerja pemuliharaan namun tidak kesemua permohonan dapat diluluskan," katanya dalam sidang media selepas merasmikan seminar tersebut. Beliau berkata Jabatan Warisan Negara (JWN) telah melaksanakan projek pemuliharaan atau konservasi terhadap kira-kira 200 bangunan warisan sejak penubuhannya pada 2005. Antaranya ialah Masjid Kampung Kuala Dal, Padang Rengas, Perak; Rumah Penghulu Natar, Melaka; Masjid Lama Mulong, Kelantan; Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur serta Gereja St George dan Rumah Teh Bunga di Pulau Pinang.

Pemuliharaan bangunan warisan juga secara tidak langsung dapat memberi pulangan ekonomi kepada negara melalui pelancongan warisan dan dapat memberi pulangan ekonomi kepada negara kerana statistik kementerian menunjukkan lebih 50 peratus pendapatan sektor pelancongan dan kemasukan pelancong terhasil melalui pelancongan warisan.

Berikut adalah senarai speaker dan kertas kerja yang dibentangkan:

Keynote Speaker membentangkan tajuk: Heritage Conservation In Malaysia: It’s Importance For Economic Benefits Of The Country.  Oleh YBhg Dato’ Ar. Haji Hajeedar Bin Haji Abdul Majid, Pengerusi, Majlis Warisan Kebangsaan.

 Speaker pertama membentangkan tajuk: Assessing Economic Values in Heritage Conservation oleh Prof Chrstian Ost (Professor in Economics and former dean ICHEC Brussels Management School, Belgium).

 Speaker kedua membentangkan tajuk: Conservation of Heritage Building – a Current Scenario oleh Prof. A. Ghafar Bin Ahmad (Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang).

 Speaker ketiga membentangkan tajuk: Initiatives To Improve Management Of Heritage Building (The UNESCO Experience) oleh Richard Adams Engelhardt (Founder and Executive Secretary, UNESCO-ICCROM Asian Academy for Heritage Management (AAHM)), Bangkok, Thailand.

 Speaker keempat membentangkan tajuk: Conserving Heritage Building And Its Relation To Economic Values oleh Dr Saidatul Akma Mohd (Fakulti Sains Kemasyarakatan, USM).

 Speaker kelima membentangkan tajuk: The Economic Benefits Of Heritage Conservation: Challenges for Heritage Conservation and Sustainable Development In The 21st Century oleh  Assoc. Prof. Sr. Dr. Mohammad Fadhil Bin Mohammad (Senior Lecturer, Faculty of Architecture, Planning and Surveying, Universiti Teknologi Mara, Malaysia)

 Speaker keenam membentangkan tajuk: Initiatives to Improve Management of Heritage Building (The Country Experience)oleh Ms Abha Narain Lambah (Conservation Architect, Abha Narain Lambah Associates, Mumbai, India)

Setelah selesai pembentangan kertas oleh semua panel, sesi rumusan kesemua topik yang dibincangkan dikupas dan diulas untuk pemahaman yang lebih terperinci kepada para peserta. Sesi ini dikendalikan oleh Dr Neil Khor (CEO, Think City Sdn. Bhd) sebagai moderator dan panel perbincangan terdiri daripada Prof. Christian Ost, Mr Richard Engelhardt, Ms Abha Narain Lambah, Prof A.Ghafar Ahmad, Dr Saidatul Akma Mohd dan Assoc Prof Sr Dr Mohammad Fadhil Mohammad. Setelah itu majlis diakhiri dengan ucapan perasmian penutup dan penyampaian cenderamata kepada semua speaker.

 Setelah tamat sesi seminar , peserta dibawa melawat bangunan yang telah menjalankan kerja-kerja konservasi di negeri Selangor iaitu Istana Bandar dan Masjid Alaiddin di mana kedua-duanya terletak di Banting, Kuala Langat, Selangor. Di sini peserta dapat lihat dengan jelas proses pemeliharaan dan pemuliharaan yang dijalankan keatas kedua-dua bangunan. Semoga dengan seminar seumpama ini,  para peserta dapat menimba ilmu dari pakar-pakar dan semoga dengan kertas kerja yang dibentangkan menjadi nadi penggerak kepada pemulihan dan pemeliharaan bangunan ke arah penjanaan ekonomi melalui pelancongan warisan dapat ditingkatkan di masa-masa akan datang.   

Login to post comments
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Brown Green Pink Violet
Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech