Welcome to Jabatan Warisan Negara   Click to listen highlighted text! Welcome to Jabatan Warisan Negara Powered By GSpeech
All for Joomla All for Webmasters

SESI BRAINSTORMING BAGI TASK FORCE GALERI & AKTIVITI AGROKULINARI MAHA 2018

Satu sesi “Brainstorming” bagi task force untuk galeri dan aktiviti agrokulinari sempena MAHA 2018 telah diadakan pada 27-28 September 2018 bertempat di MAEPS Serdang. Sesi ini telah diselaraskan oleh Bahagian Industri Asas Tani, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia (MOA). Bengkel ini turut dihadiri oleh Setiausaha Bahagian (SUB) Industri Asas Tani, Puan Roziah binti Abudin. Bengkel ini telah dihadiri wakil daripada Bahagian Warisan Tidak Ketara, Jabatan Warisan Negara (JWN) iaitu Puan Junaidah binti Salleh, Ketua Penolong Pengarah (KPP) dan Encik Mohd Ieezwan bin Mohd Sadik, Penolong Pengarah Cawangan Adat dan Budaya.

            Kluster agrokulinari merupakan salah satu daripada kluster yang diwujudkan untuk menonjolkan nilai estetika serta keunikan citarasa etnik masyarakat Malaysia dalam industri makanan dan minuman. Objektif bengkel ini bertujuan untuk mengenalpasti input bagi galeri kluster agrokulinari merangkumi informasi, video (footage) dan bahan pameran. Dalam sesi ini juga, bertujuan untuk merangka aktiviti sepanjang tempoh program MAHA 2018 iaitu selama 11 hari bermula pada 22 November sehingga 2 Disember 2018. JWN telah dipertanggunjawabkan untuk membantu pihak urusetia dalam merangka dan memberikan idea dalam merekabentuk sudut menu dan persembahan makanan dan juga sudut bacaan.

 

Isnin, 15 Oktober 2018

PEMBENTANGAN AKHIR KAJIAN AWALAN (PRE-LIMINARY) KAWASAN TERTIARI TAPAK WARISAN DUNIA MELAKA DAN GEORGE TOWN

Tarikh : 10 Ogos 2018 (Jumaat)

Masa : 9.30 Pagi

Tempat: Bilik Mesyuarat Mezzanine

             Blok B, Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur

 

Jumaat, 14 September 2018

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA PROGRAM HARI WARISAN ARKEOLOGI LEMBAH LENGGONG BIL 1/2018

Tarikh : 12 September 2018 (Rabu

Masa : 11.00 Pagi

Tempat: Bilik Mesyuarat

               Rumah Rehat Lenggong

              33400 Lenggong, Perak

Satu Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Program Hari Warisan Arkeologi Lembah Lenggong telah diadakan pada 12 September 2018 (Rabu) bagi membincangkan dan menyelaras pengisian program serta agihan tugas setiap agensi berkaitan.

Program bakal diadakan pada 19 hingga  20 Oktober 2018 (Jumaat-Sabtu).  Lokasi yang dicadangkan adalah di Galeri Arkeologi Lembah Lenggong. Program ini  akan melibatkan kerjasama pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan di peringat Negeri Perak, pelajar-pelajar dan komuniti setempat.

Program ini adalah bertujuan untuk mempertingkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan Tapak Warisan Dunia Arkeologi Lembah Lenggong khususnya kepada masyarakat umum. Disamping itu juga, program ini dapat menjalinkan hubungan kerjasama yang lebih erat antara jabatan/agensi di peringkat Negeri dan Persekutuan.

Majlis perasmian bermula jam 11.00 pagi dan dicadangkan akan disempurnakan oleh YB Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia. Antara pengisian program ini adalah program gotong royong, program Tunas Arkeologi, Forum Warisan dan kenduri rakyat.

Jumaat, 14 September 2018

MESYUARAT PENCALONAN TAMAN NEGERI ROYAL BELUM SEBAGAI TAPAK WARISAN DUNIA UNESCO

Tarikh : 6 Ogos 2018 (Isnin)

Masa : 2.30 Petang

Tempat: Bilik Mesyuarat Mezzanine

Blok B, Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur

Mesyuarat dipengerusikan oleh YBrs Hj. Mesran bin Mohd Yusop, Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Warisan Negara. Turut dihadiri oleh wakil-wakil dari agensi di peringkat negeri termasuk Pejabat Tanah & Galian Negeri Perak, Perbadanan Taman Negeri Perak, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, WWF (World Wide Fund for Nature), Persatuan Pencinta Alam Malaysia dan agensi yang berkaitan.

Tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk menyelaras maklumat dan tugasan antara agensi yang berkaitan untuk proses pencalonan Taman Negeri Royal Belum sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Dokumen Tentative List  Taman Negeri Royal Belum yang merupakan dokumen awal telah dihantar kepada pihak UNESCO pada Februari 2017 serta telah diluluskan semasa Mesyuarat World Heritage Committee ke 41 di Krakow, Poland.

Jumaat, 14 September 2018

BENGKEL KERJA KAYU DALAM PEMULIHARAAN SIRI 2

 

 

Khamis, 06 September 2018 Written by

Karnival Permainan Pendidikan Khas Peringkat Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Jabatan Warisan Negara (JWN) sentiasa menyokong aktiviti membudayakan warisan seni budaya Malaysia kepada setiap golongan masyarakat. Penglibatan dalam aktiviti sihat seperti bersukan contohnya akan membentuk sahsiah diri seseorang untuk menjadi seorang yang mudah bekerjasama, fokus dan berdisplin. Apatah lagi sekiranya aktiviti-aktiviti sihat ini diterapkan diawal usia bak kata pepatah ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’.

Justeru, JWN mengalu-alukan usaha  Sektor Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang telah menganjurkan Karnival Permainan Pendidikan Khas pada 6-16 Ogos 2018. Sebanyak 65 sekolah rendah dan menengah di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang menawarkan pendidikan khas kepada murid berkeperluan khas telah turut serta dalam karnival ini.  Seramai 8 kakitangan Bahagian Warisan Tidak Ketara (BWTK), JWN telah dijemput sebagai pengadil bagi pertandingan sukan rakyat yang berlangsung pada 14-16 Ogos 2018 di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur. Pertandingan yang dibahagikan kepada kategori sekolah rendah dan menengah ini melibatkan permainan congkak, batu seremban, dam aji, sepak takraw, galah panjang dan tarik tali. Selain kakitangan JWN sendiri, sukarelawan dari IPG Ilmu Khas turut dijemput menjadi pengadil pada pertandingan ini.

Ternyata objektif karnival ini yang bertujuan memberi peluang kepada para pelajar berkeperluan khas menonjolkan bakat individu serta sifat berdaya saing secara sihat berjaya dicapai. Karnival ini ternyata membuka mata bahawa kekurangan pada seseorang bukanlah penghalang untuk melakukan sebarang aktiviti yang diminati. Semua peserta yang mengambil bahagian jelas menunjukkan kesungguhan dan semangat kesukanan yang tinggi serta jelas keseronokan mereka bermain dan bergaul diantara satu sama lain walaupun berlainan sekolah. Selain sukan rakyat, permainan lain yang dipertandingkan pada Karnival Permainan ini adalah bowling, futsal dan bola jaring. Majlis penutup karnival ini telah dirasmikan oleh En. Abdul Aziz bin Md Hashim, Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.       

Selasa, 28 Ogos 2018
Halaman 1 dari 7
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Brown Green Pink Violet
Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech