Welcome to Jabatan Warisan Negara   Click to listen highlighted text! Welcome to Jabatan Warisan Negara Powered By GSpeech
All for Joomla All for Webmasters

BENGKEL KERJA KAYU DALAM PEMULIHARAAN SIRI 2

 

 

MELAKA – Pada 15 hingga 17 Ogos 2018, Bahagian Konservasi Jabatan Warisan Negara telah mengadakan Bengkel Kerja Kayu dalam Pemuliharaan Siri 2 yang diadakan di Amverton Heritage Resort, Ayer Keroh yang dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Zainah Binti Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Warisan Negara seramai 35 orang peserta dan 4 orang penceramah telah menghadiri bengkel ini.

Bengkel Kerja Kayu dalam Pemuliharaan Siri 2 ini merupakan kesinambungan daripada Siri 1 yang telah diadakan di Seremban. Objektif bengkel ini diadakan adalah bertujuan bagi:

  1. Menjamin setiap kerja pemuliharaan bangunan warisan dilaksanakan mengikut pemuliharaan kayu yang betul.
  2. Mengenalpasti kelemahan yang wujud, semasa melakukan kerja-kerja pemuliharaan bangunan kayu bagi mengelakkan kesilapan berulang.
  3. Memantapkan etika dan integriti pegawai projek dalam melakukan pemantauan kerja-kerja pemuliharaan bangunan kayu.

Bagi memastikan peserta lebih memahami konsep pemuliharaan kayu, para peserta dikehendaki melaksanakan latihan praktikal didalam kumpulan seperti berikut:

  1. Ice breaking - Mengenali Ragam Hias Rumah Tradisional Melayu.
  2. Demonstrasi Pembuatan Tanggam.

Selain itu, ceramah berkaitan dengan pemuliharaan kayu turut diadakan. Penceramah jemputan ini terdiri daripada:

1.Ar. Mastor Bin Surat dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan tajuk Senibina Warisan Melayu : Falsafah Binaan.

  1. Dr. Mohd Nor Zamri bin Mat Amin dari Pusat Pembangunan Kemahiran Industri Kayu (WISDEC) dengan tajuk Pengenalan Jenis Kayu dan Kaedah Rawatannya.
  2. Encik Azzaha Bin Ibrahim dari Varna Art Sdn. Bhd bertajuk Motif dan Ragam Hias Di dalam Seni Bina Rumah Melayu (Kayu).
  3. Tuan Haji Shaari Bin Md Saod dari NTQT Sdn. Bhd. berkenaan dengan tajuk Jenis-Jenis Tanggam dan Kaedah Penggunaannya.

Semoga bengkel yang telah dijalankan ini dapat memberikan manfaat yang berguna kepada peserta.

 

 

Login to post comments
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Brown Green Pink Violet
Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech