Welcome to Jabatan Warisan Negara   Click to listen highlighted text! Welcome to Jabatan Warisan Negara Powered By GSpeech
All for Joomla All for Webmasters

 

Muzium Diraja (Istana Kenangan) sebelum kerja-kerja pemuliharaan dilaksanakan.

 

Muzium Diraja (Istana Kenangan) semasa kerja-kerja pemuliharaan dilaksanakan

Istana Kenangan, Istana Lembah atau Istana Tepas dan kini  dikenali sebagai Muzium DiRaja Kuala Kangsar  terletak di Kuala Kangsar, Perak. Istana ini dibina  pada tahun 1926 sebagai tempat bersemayam sementara  D.Y.M.M. Almarhum Sultan Iskandar Shah  kerana ketika itu Istana Iskandariah sedang dalam kerja-kerja  pembinaan. Istana ini juga pernah  menjadi Istana Tetamu pada hari-hari Istiadat DiRaja Perak. Bahagian tengah tingkat  atas istana ini menempatkan sebuah singgahsana. Tingkat bawah pula digunakan sebagai pejabat rasmi Sultan, di mana ianya berlantaikan  simen dan disekelilingnya ditutupi dengan bidai. Istana ini seterusnya diduduki oleh keluarga DiRaja Perak sehingga tahun 1982. Almarhum Sultan Idris II telah berkenan menyerahkan istana ini di bawah pengawasan Jabatan Muzium. Pada tahun 1986, istana ini berfungsi sebagai Muzium DiRaja dan diserahkan kepada Pentadbiran Negeri Perak Darul Ridzuan.

 

Senibina istana ini , melambangkan senibina Melayu tradisional.  Bentuknya melambangkan sebilah pedang yang tersimpan di dalam sarungnya.  Pembinaan keseluruhannya menggunakan kayu jenis keras, berdindingkan tepas dan beratapkan kayu berlian tanpa menggunakan sebarang paku. Dibina di atas enam puluh batang tiang, di mana panjangnya lebih kurang 41 meter dan lebarnya 11 meter.  Ukiran pada Istana ini  menggunakan tepas yang dianyam dengan corak-corak anyaman Melayu tradisional.  Kerosakan yang dikesan pada bangunan adalah meliputi struktur bumbung, papan cantik, tebar layar.  lantai papan,dinding, pintu, tingkap, tiang, alas tiang, tangga dan parameter bangunan.

Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Brown Green Pink Violet
Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech