Welcome to Jabatan Warisan Negara   Click to listen highlighted text! Welcome to Jabatan Warisan Negara Powered By GSpeech
Items filtered by date: September 2017 - Jabatan Warisan Negara

Kementerian dan Kesenian Negara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKKNWPKL) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Persatuan Solidariti Seni Malaysia serta agensi-agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia akan mengadakan Program Permainan Tradisional Malaysia@Kepong pada 16 & 17 September 2017 bertempat di Taman Metropolitan Kepong. Program ini menrupakan salah satu program tahunan JKKN bagi tujuan untuk mengangkat dan menghidupkan kembali aktiviti seni permainan tradisional dan sukan rakyat kepada masyarakat bandar yang mana pengalaman ini juga boleh dikongsi bersama oleh pelancong dari dalam dan luar negara. Penganjuran festival ini berkesinambungan dari kejayaan pelaksanaan Festival Permainan Tradisional yang telah diadakan pada 20 dan 21 Ogos 2016 di tempat yang sama.

 

Jabatan Warisan Negara telah dijemput untuk turut sama mengadakan pameran dan demonstrasi yang bertemakan permainan tradisi. Mereka melihat bahawa agensi ini berusaha dan berjaya dalam memartabatkan permainan tradisi seluruh Malaysia melalui program dan aktiviti serta dalam kajian-kajian. Justeru melalui penglibatan-penglibatan program pengembangan seperti ini adalah peluang kepada JWN untuk berkolaborasi dan menyebarluas ilmu serta dapatan maklumat serta bahan-bahan kajian yang diperolehi untuk dikongsikan kepada umum.

 

Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Kegiatan harian, bermusim dan tahunan daripada individu ke individu tidak banyak berbeza. Ini membolehkan mereka bekerja dan berhibur pada masa yang sama. Malah sejak dari kecil lagi mereka membiasakan diri dengan keadaan yang demikian. Apabila musim menuai padi berakhir dan musim tengkujuh tiba pesawah dan nelayan mengisinya dengan kerja-kerja sampingan. Kerja-kerja demikian boleh ditangguhkan dengan mudah. Tempoh peralihan antara musim inilah digunakan untuk mengadakan keramaian serta pesta.

 

Apabila sesuatu permainan diadakan di sesebuah kampung, penduduk kampung berdekatan turut berkunjung untuk mengambil bahagian atau sekadar memberi semangat. Suasana pesta di padang permainan boleh mewujudkan interaksi sosial di antara kampung-kampung yang mengambil bahagian. Oleh yang demikian permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah guli, congkak, wau, selambut, sepak raga, gasing dan lain-lain.

 

Kercang adalah sejenis alat permainan tradisi Orang Asli di Endau, Rompin. Alat permainan ini biasanya diperbuat dari rotan yang disusun secara berlapis-lapis mengikut peringkat kesukarannya. Peringkat pertama adalah yang paling mudah diikuti peringkat kedua, ketiga dan seterusnya.

 

Falsafah permainan ini ialah mencari jalan keluar dari tersesat di hutan. Tali yang boleh digerakkan di antara lapisan-lapisan rotan diumpamakan seperti pengembara yang kesesatan di hutan menyusup dan melangkah halangan untuk keluar dari kesesatan itu. Lapisan-lapisan rotan itu pula disimbolkan sebagai keadaan mukabumi yang terdapat di hutan seperti lurah, gaung, permatang dan sebagainya. Pemain yang paling dulu berjaya membebaskan tali yang terperangkap ditengah-tengah lapisan kercang dianggap memenangi pertandingan dalam permainan ini.

 

Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech