Welcome to Jabatan Warisan Negara   Click to listen highlighted text! Welcome to Jabatan Warisan Negara Powered By GSpeech
Items filtered by date: Ogos 2017 - Jabatan Warisan Negara

Bertempat di Dewan Serbaguna (CETal) Universiti Teknologi PETRONAS telah berlangsung Sayembara Penyampaian Syair sempena Festival Citra Siswa 2017 pada 13 Ogos 2017. Program ini adalah hasil kerjasama antara Jabatan Warisan Negara (JWN), Universiti Teknologi PETRONAS dan  Dewan Bahasa dan Pustaka. Pertandingan ini disertai oleh siswa dan siswi daripada Institut Pengajian Tinggi. Selain diadakan syair, pertandingan teater turut diadakan pada hari yang sama. Langkah untuk menganjurkan program ini adalah bertepatan dengan agenda pemerkasaan dan jati diri Melayu yang hendak diperkukuh sebagaimana yang dihasratkan oleh kerajaan demi melahirkan generasi muda yang patriotik dan kukuh jati dirinya yang menghargai bahasa dan warisan bangsanya yang diwarisi sehingga ke hari ini. Objektif program ini diadakan adalah untuk menyuntik minat dan kecintaan pelajar Institut Pengajian Tinggi pelbagai latar belakang agama dan budaya khususnya generasi muda terhadap seni budaya yang sarat dengan ilmu, nilai dan pengajaran yang tiada tolok bandingannya. Peganjuran program ini juga untuk melahirkan bakat muda dan pelapis dalam bidang penyampaian kesenian tradisional dalam kalangan pelajar IPT.

Sayembara Penyampaian Syair telah dimenangi oleh Cik Idayu Natasha binti Mahadzir  yang mendendangkan  Syair Siti Zubaidah dari Institut Perguruan Guru Kampus Bahasa Melayu, sebagai Johan yang membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM1000, piala pusingan, buku terbitan JWN dan sijil penyertaan.  Tempat Kedua dimenangi oleh Cik Wan Nor Izzaidah dari Institut Penguruan Guru Kampus Pendidikan Islam yang membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM800, piala pusingan, buku terbitan JWN dan sijil penyertaan. Tempat Ketiga pula dimenangi oleh Cik Fatihah dari Universiti Teknologi PETRONAS yang membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM500, piala pusingan, buku terbitan JWN dan sijil penyertaan. Manakan dua hadiah saguhati berupa wang tunai berjumlah RM300, piala pusingan, buku terbitan JWN dan sijil penyertaan dimenangi oleh  Cik Intan Suhaili Sanip dari Institut Penguruan Guru Kampus Pendidikan Islam dan Encik Mohd Shafiq Hafizuddin bin Md Fadil dari Institut Penguruan Guru Kampus Bahasa Melayu.

Justeru itu, pelaksanaan program ini diadakan bagi memastikan khazanah negara yang amat bernilai ini tidak lapuk ditelan zaman, bahkan akan terus dipulihara, disemarakkan dan dimartabatkan sebagai khazanah warisan dunia pada satu hari nanti.

 

Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech